Tuesday, December 31, 2013

SALAM 'GULING-GULING' TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia hingga tarikh hari ini 31 Disember 2013. Dapat mengikuti sambutan guling-guling walau cuma dari rumah... Insya Allah, mudah-mudahan kita semua akan diperpanjangkan juga usia menyaksikan fajar tahun baru 2014 hanya beberapa jam dari sekarang. 

Hari ni aku tak nak mencoretkan perkara yang berkaitan sambutan tahun baru dimana aku rasa tak perlu aku ulas lagi. Hampir semua dari kita dah dapat berita sensasi tentang sambutan 'guling-guling' bagi menyambut tahun baru 2014 yang bakal menjelma Insya Allah, pada jam 12.01am nanti. 

Namun, aku lebih berminat nak 'guling-guling' sendiri sambil membaca twitter, facebook dan Instagram untuk mendapatkan info tentang prestasi permainan 'guling-guling' di dataran merdeka pada saat ini.

Aku akan mencoretkan imbasan 'peristiwa' sensasi dan pastinya yang poyo jugak sepanjang tahun 2013 dalam beberapa entry aku yang akan datang. 

Justeru, kali ini aku cuma nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua warga yang hidup diatas muka bumi ini, terutamanya korang yang rajin melawat dan membaca coretan aku kat sini. Jika ada ayat dan kata-kata yang menyinggung, percayalah itu bukan dengan maksud untuk menjatuhkan. Aku mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki... Ia tidak lebih dari sekadar kritikan poyo aku serta  luahan rasa hati aku yang perlu aku 'muntahkan' di ruangan ini. Takut kalau aku luahkan kat orang, mungkin dapar penampar beruk pulak aku nanti.. nanti bertingkek-tingkek pulak poyo eden ni kang...kehkehkeh

Okaylah... kepada yang sedang bermain 'guling-guling' tu, ikutlah law permainan... nanti kalau banyak sangat fault, camaner nak menang. Usahlah terlalu terpengaruh dengan provokasi member-member yang cuma jadi tukang sorak untuk merasakan enjoynya bersama 'pemain' pujaan mereka...

Selamat malam dan selamat tahun baru 2014. Salam dan gud nite

© Senyum Poyo

Wednesday, December 25, 2013

NAIK: APA LAGI LEPAS NI?

Well, tak yah nak di intro lagi pasal 4 huruf ni.. N A I K !!! Rasanya semua orang satu malaya ni dah tahu. Tak kira yang duduk di bandar ataupun di luar bandar... Malah, yang di pendalaman pun tahu akan perkataan tu... 

Berdesing telinga, buntang mata dan semakin kencang nafas bila terbaca dan terdengar tentang berita keNAIKan harga barangan yang diumumkan baru-baru ni. Ramai yang kecewa, malah ramai juga yang hilang rasional dalam memberi reaksi kepada perkara ini. Tak kisah apa pun respon, ini satu petanda yang semua rakyat Malaysia sedang berada didalam keadaan sedar... maksud aku bukan 'lena' dengan 'gula-gula' yang diberikan kepada mereka... Ops! mungkin gula-gula dah tak de lagi sebab harganya pun dah NAIK... kihkihkih...

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk memberi keyakinan untuk kita semua... Ketika TNB dengan gahnya mengumumkan keuntungan lebih 4 billion, kadar tariff letrik bakal di NAIK kan bulan depan... Ketika mereka yang dipinjamkan kuasa sedang kesini, kesana dengan perbelanjaan bahan bakar, harga petrol di NAIK kan... Ketika segelintir konglomerat 'sahabat' sedang tersenyum mengira keuntungan, harga gula pula di NAIK kan... dan ketika kita semua belum sempat nak mengamok dan naik angin, kadar tol, cukai pintu dan ntah apa-apa lagi diumumkan bakal NAIK... adush! apakah ini satu 'pembalasan' yang harus ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia kerana 'majoriti' telah mengundi mereka? Wallahu a'lam..

Namun disebalik segala isu yang berkaitan dengan NAIK ini timbul ketika ini, mereka yang telah 'diundi' oleh 'yang jadi majoriti' tersebut telah meng kompomkan bahawa mereka sebenarnya berjaya membahlolkan pengundinya dulu... tak caya? cer cari balik dan baca balik komen-komen segelintir Menteri persekutuan berkaitan dengan keNAIKkan kos hidup ni... Alah bukannya susahpun, kat youtube, facebook semua tu belambak... siap ada gambar lagi... Pada aku, mereka ini belum layak jadi pemimpin... Kenapa lah korang undi depa tu dulu? Aku pun kena tempias nih!!

Tapi, tiada apa yang mampu kita semua buat selain dari mengomel dan menyumpah di kedai kopi, surau dan juga FB & Twitter? Dan percayalah,  ketika kita semua bertelagah dan menyumpah-nyumpah tentang isu ini, mereka akan mengalihkan topik perbincangan kepada isu lain...

Tak caya? cer tunggu dalam beberapa hari lagi... isu DAP, sambungan Isu drama Liwat, isu Syiah dan macam-macam lagi akan jadi headline... so, korang rasa kita semua akan lupa pasal NAIK tu tak? kehkehkeh

So korang rasa apa pulak lepas ni? camaner nak TURUNKAN yang NAIK tu? jawapan aku, tunggulah 5 tahun lagi baru kita cakap... Oh My Country!

© Senyum Poyo

Monday, December 9, 2013

SEKALI AIR BAH SATU MUSIBAH

Bukan nak emo la sangat.. Tapi entah kenapa hati aku tersentuh sekali kali ni.. Sejak beberapa hari lalu semua media seolah berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama memberi laporan tentang banjir yang melanda beberapa negeri.. Selain dari segelintir media yang benar-benar memaparkan situasi malang di tempat kejadian, tak kurang pula yang berkejaran memprovok para pemimpin2 popular untuk mendapatkan pandangan… Walau apa pun, bagi aku ini satu perkara yang harus dibanggakan kerana keprihatinan para wartawan dan juga editor terhadap isu sejagat.

Namun sebagai manusia yang dikurniakan perasaan dan akal, aku tidak dapat membohongi rasa kurang senang dengan sikap segelintar pihak yang cuba mencari populariti peribadi melalui isu ini. Ketika saudara senegara kita sedang menghadapi ujian sukar ini, ada pula yang cuba mempolitikkan isu hanya untuk mendapatkan perhatian kononya merekalah di barisan hadapan yang bertindak dengan berkesan dan pantas. Fuh!

Yang membuatkan aku bertambah kecewa bercampur sedih ialah apabila ada segelintir manusia yang dipinjamkan pangkat dan kedudukan telah membuat statement menongkat langit yang kononnya hanya merekalah yang berkejaran menyelesaikan permasalahan ini. Lebih berani lagi, mereka mendakwa bahawa tanpa usaha gigih mereka, sesetengah daerah yang terlibat pastinya lumpuh sepenuhnya… Astaghfirallah!

Aku jadi semakin gusar dengan statement seperti ini. Sedarkah mereka  siapakah yang menurunkan bala bencana dan mengapakah ianya diturunkan? Aku berharap dan berdoa agar mereka ini diampunkan dan kita semua tidak di ‘hukum’ atas kekhilafan sipentutur… na u’dzubillah..

Selain doa yang mampu dipanjatkan, aku yang kerdil ni hanya mampu meluahkan rasa hati yang sangat simpati di ruangan ini aje. Membantu pun sekadar yang termampu. Bagaimanapun aku yakin, ramai lagi yang secara diam-diam telah memberikan sumbangan mereka yang lebih besar sebagai tanggungjawab sesama manusia. Semoga segalanya menjadi amal jariah… Insya Allah..

Kepada yang hanya pintar ‘bertutur’, mintak tolonglah terjemahkan kepada tindakan. Laksanakanlah tanggungjawab itu tanpa perlu menggembar-gemburkan di media yang silap haribulan, spiritualnya akan menghakis segala usaha yang telah dilaksanakan. Apa yang paling utama disaat ini ialah kebajikan mangsa-mangsa yang diruntun duka yang tak tahu bila akan berakhirnya… Usahlah mempolitikkan sesuatu kesulitan orang lain demi mendapatkan populariti hanya untuk mendapat keyakinan untuk mengekalkan pangkat dan kuasa... Jika musibah ini boleh ditimpa oleh mereka, tidak mustahil ianya juga boleh tiba kepada kita... Kerana segala yang berlaku hari ini dan akan datang adalah ditentukan oleh Dia Yang Maha Kuasa...

Marilah sama-sama kita berniat dengan ikhlas untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan dan kedukaan saudara kita. Mudah-mudahan ianya mampu meringankan kesulitan mereka yang memerlukan.

Ingatlah sekali air bah, itu petanda tibanya musibah… mungkin disebabkan keangkuhan kita yang bercambah… sebelum ia parah, marilah bersama kita berubah… semoga segala usaha mendapat barokah... Insya Allah...


Wallahu a’lam bi sawwaf..

Sunday, December 1, 2013

GAJI oh GAJI!

Alhamdulillah, syukur... Hari ni dah masuk bulan december.. bulan penutup untuk tahun 2013... Seperti biasa, bulan ni jugak lah bulan yang banyak orang bercuti... Sekolah Cuti, Cuti perayaan, Cuti Negeri dan ramai jugak yang akan menghabiskan cuti tahunan... Untuk aku yg kerja sendiri ni, suka hati mak bapak aku lah bila nak cuti... keh keh

Entry aku kali ni nak citer sikit pasal gaji... untuk yang bekerja makan gaji, bulan ni jugaklah nak menanti keputusan appraisal, KPI dan yang sewaktu dengannya kerna gaji baru untuk tahun depan akan ditentukan oleh report tu... Ops! mungkin ada satu lagi... 'tukang kipas'! hehe

Bagi yang makan gaji, kenaikan yang diharapkan adalah untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi... Kalau nak mengharapkan lebihan tu, kena lah berdoa banyak-banyak siang malam, pagi petang... 

Namun perkara yang mungkin tidak dapat diterima ramai ialah berita tentang kenaikan gaji menteri besar dan sekutu2 yang aku sendiri pun rasa keterlaluan (jika benar apa yang dilaporkan)... Aku tidak peduli siapa mereka ini kerna aku tidak ada kepentingan politik dimana2 parti pun... kalau aku tidak setuju dengan kebatilan, walau darah daging pun aku tidak mungkin menyokongnya...

Ketika kita semua sedang 'seram' dengan naiknya harga minyak, sebahagian barangan asas serta GST yang bakal diperkenalkan, ada pulak berita macam ni... Dan ianya datang dari pihak yang sebelum ini 'memperjuangkan' hak dan kepentingan kita semua... abih cam no? nak harap sapa pulak lepas ni?

Aku bukan nak menuding jari kepada mana2 pihak, tetapi seharusnya keputusan sebegini diteliti dan dikongsikan dengan umum sebelum membuat apa2 keputusan dan pengumuman... ini kerana sumber untuk menampung jumlah gaji yang bakal dikeluarkan pada depa tu bukan dari penat lelah mak bapak depa je... sumber tu pun datang dari mak bapak aku dan aku jugak...

Jadi eloklah keputusan ini dikaji semula... tidak ada 'malu'nya jika mengaku ini sebagai satu kesilapan ketika membuat keputusan... semua manusia biasa itu pasti sentiasa ada kekhilafan... syukurlah kerna masih ramai yang mahu menegurnya...

Renung-renungkan lah... 

© Senyum Poyo - Tak berapa nak Poyo kali ni...