Monday, April 29, 2013

USAH MENAKUT-NAKUTKAN!

Bahang pilihanraya ke -13 semakin terasa sejak penamaan calon beberapa hari lalu. Dengan pengumuman itu maka bermulalah kempen dari semua parti yang terlibat. Pelbagai ragam dan gaya cuba dipersembahkan di pentas-pentas ceramah disana-sini... Jalanraya, pokok, tiang lampu malah pagar menjadi ruang pameran lambang-lambang parti serta wajah-wajah calon yang garang, manis, handsome dan cun... hehehe

Pada aku yang tak terlibat langsung dengan urusan politik, terasa kali ini lain macam punya aura... Seolah-olah PRU ke 13 ini adalah penentuan kepada kesinambungan apa yang dirancang oleh pemerintah terdahulu. Kepada yang inginkan perubahan didalam barisan kepimpinan tertinggi negara pula, ini kali adalah peluang terbaik untuk mereka membuktikan bahawa mereka bakal menumbangkan 'jaguh' yang lebih 50 tahun berkuasa. Maka masing-masing mulalah 'berjuang' dipentas kempen yang disediakan yang hanya tinggal beberapa hari lagi... 

Justeru, tiada lagi rasa 'selesa' dari kalangan pemimpin yang sedia ada. Malah, bertambah gusar melihat perkembangan kebangkitan generasi muda khasnya dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Namun tiada siapa yang mampu menduga, apakah kebangkitan mereka ini untuk menyokong atau menolak kedua-dua pihak...

Apa yang aku perhatikan dengan teliti adalah gaya dan cara mereka ini berkempen. Terasa benar ada pihak yang sangat gusar dengan situasi semasa dan mereka menggunakan pendekatan kutuk-mengutuk, caci-mencaci serta sumpah-menyumpah. Hey, ketahuilah bukan itu yang ingin didengar oleh kebanyakkan dari orang seperti aku.. (ops mungkin tak ramai orang macam aku kot.. kih kih kih)... Sebenarnya kami mahu mendengar apakah perancangan yang bakal dilaksanakan untuk masa depan negara dan anak cucu sepanjang 5 tahun selepas PRU nanti... Bagaimana menyelaraskan kehidupan kita secara seimbang agar tidak terasa di himpit oleh segelintir insan kununnya berjuang untuk kita... Saban hari kita dengar, tonton dan baca tentang 'perjuangan' segelintir mereka ini didalam mengurangkan bebanan kita... tapi pada masa yang sama, kita terus dihimpit oleh 'cengkaman' kehidupan yang semakin menyeksakan...

Senario ini membuatkan aku menjadi meluat. Apa lagi bila perkara pokok 'dilencongkan' dengan paparan kisah video seks yang di lakonkan oleh 'pelakon' yang bersilih ganti dan di ulangtayang puluhan kali...  uweek! nak muntah dah!!! Kononnya,  bercakap atas nama maruah dan akhlak... Pada aku, orang yang membongkar dan memaparkan keaiban orang lain itulah yang rendah akhlaknya.... ntah dari mana sumber diperolehi, terus mencari publisiti untuk meraih sokongan... come on lah... rakyat dah matang lah woi!

Yang menggusarkan aku pulak ialah apabila beberapa golongan penyokong yang berada di bawah semakin hilang kawalan diri... emosi mendahului akal pemikiran. Kekerasan dan keganasan dijadikan cara untuk meraih perhatian dari masyarakat. Politik menakut-nakutkan menjadi taruhan kepada segelintir golongan yang terdesak ini... Kesiannya. Pemimpin mereka yang diatas sana senyum dan senang hati, mereka yang dibawah bertelagah dan bermusuhan sesama sendiri... Ini bukan budaya kita lah wei!

Walaupun aku bukanlah bisnesman yang ada kepentingan dalam politik mana-mana parti, tetapi aku inginkan keamanan dan kemakmuran untuk menjalani kehidupan harian. Pada aku, siapa pun yang memerintah harus menjalankan tanggungjawab untuk mentadbir negara dengan teratur dan berwawasan... Jika dia gagal, maka kita punya hak untuk mengubahnya... Tak perlu bertelagah dan bercakaran...

Sekarang masanya dah nak sampai... Sudah-sudahlah dengan mengulang-tayang isu lama. Jelaskan lah apa pembaharuan dan penambahbaikan yang harus dibuat berdasarkan isu lama itu...  Usahlah menakut-nakutkan kita dengan isu bangsa dan agama... Aku yakin dan percaya kita semua masih waras dan matang didalam mempertahankan bangsa dan agama sampai ke akhir hayat... Jika ada satu dua kerat yang macam tu, masih boleh kita 'uruskan' dengan bilangan majoriti yang sayangkan dua aspek itu... Kita dah matang... Cuma usahlah memprovokasi dengan keterlaluan...

Yang penting, apakah perancangan masa depan yang nak dibuat untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara serta rakyatnya...

P/S; ini bukan kempen ya... cuma luahan hati secara peribadi... *Senyum Poyo je*

Kih kih kih....


Thursday, April 11, 2013

YEAY! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI

Finally... Semboyan dibunyikan...

Pasti ramai yang menantikan 'laungan' semboyan pembubaran parlimen kan? aku pun sama... keh keh keh.Tiba masanya untuk kita menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri... 

Hari ini, 10 hb April 2013 telah diumumkan tarikh penamaan calon dan juga tarikh 'memangkah' untuk seluruh warga yang mendaftar... Yeah, 5hb May adalah tarikh keramat yang menentukan siapakah yang bakal menerajui negara... 

Aku dapat rasakan yang kali ini auranya sangat berbeza daripada yang berlaku sebelum ini. Mungkin sebab ramai antara kita dah 'celik' atau dah terbangun dari lena akibat nyanyian keroncong yang mendayu-dayu sebelum ini.

Kalau dulu suratkhabar dan radio serta TV yang menjadi tumpuan kita untuk mendapatkan maklumat, tapi sekarang suasananya sudah jauh berbeza. Belum sempat para jounalist dan pembaca berita mengarang text yang bakal dipaparkan di akhbar, radio dan TV puluhan ribu penduduk negara ini sudah mendapat berita mutakhir. Tak kira lah sama ada 'khabar' yang tepat atau samar, semua infomasi ini telah pun sampai kepada kita semua.... Memang kita sudah maju dari segi pencapaian infomasi terkini... bangganya... 

Namun, bukan itu yang menjadi isu buat masa ini. Ianya bukan lagi perkara baru. Hampir setiap dari golongan muda hari ini memiliki smartphone yang mampu mengekses infomasi hanya dihujung jari. Walau berada di hutan manapun... Justeru, setiap dari mereka yang bakal 'bertarung' sedang cuba memanafaatkan teknologi dalam usaha menyampaikan 'janji-janji' yang kononnya bakal di tepati...

Jalanraya kampong semakin cantik. Gerai dan bazar perniagaan terhias indah. Taburan 'sumbangan' samakin berlambak-lambak... fuh, kalau lah tiap-tiap hari macam ni kan baguih... Cuma yang aku rasa tak berapa baguihnya ialah, perangai kutuk-mengutuk, caci mencari dan sumpah-menyumpah yang keterlaluan... Nampaknya setiap kali pilihanraya, ramai yang hilang pertimbangan dan kewarasan didalam pertuturan dan tindakan...

Tapi aku percaya pihak yang dipertanggungjawabkan akan mampu menjaga keamanan dan ketentaraman sepanjang tempoh 'keramat' ini... Dan kepada yang terlibat didalam 'perjuangan' tu, berpada-pada dan rasional lah didalam setiap usaha 'perjuangan' anda... Kita semua masih sayangkan tanahair tercinta ini kan? 

Yeah, proud to be Malaysian...


MY Channel

Loading...