Tuesday, December 31, 2013

SALAM 'GULING-GULING' TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia hingga tarikh hari ini 31 Disember 2013. Dapat mengikuti sambutan guling-guling walau cuma dari rumah... Insya Allah, mudah-mudahan kita semua akan diperpanjangkan juga usia menyaksikan fajar tahun baru 2014 hanya beberapa jam dari sekarang. 

Hari ni aku tak nak mencoretkan perkara yang berkaitan sambutan tahun baru dimana aku rasa tak perlu aku ulas lagi. Hampir semua dari kita dah dapat berita sensasi tentang sambutan 'guling-guling' bagi menyambut tahun baru 2014 yang bakal menjelma Insya Allah, pada jam 12.01am nanti. 

Namun, aku lebih berminat nak 'guling-guling' sendiri sambil membaca twitter, facebook dan Instagram untuk mendapatkan info tentang prestasi permainan 'guling-guling' di dataran merdeka pada saat ini.

Aku akan mencoretkan imbasan 'peristiwa' sensasi dan pastinya yang poyo jugak sepanjang tahun 2013 dalam beberapa entry aku yang akan datang. 

Justeru, kali ini aku cuma nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua warga yang hidup diatas muka bumi ini, terutamanya korang yang rajin melawat dan membaca coretan aku kat sini. Jika ada ayat dan kata-kata yang menyinggung, percayalah itu bukan dengan maksud untuk menjatuhkan. Aku mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki... Ia tidak lebih dari sekadar kritikan poyo aku serta  luahan rasa hati aku yang perlu aku 'muntahkan' di ruangan ini. Takut kalau aku luahkan kat orang, mungkin dapar penampar beruk pulak aku nanti.. nanti bertingkek-tingkek pulak poyo eden ni kang...kehkehkeh

Okaylah... kepada yang sedang bermain 'guling-guling' tu, ikutlah law permainan... nanti kalau banyak sangat fault, camaner nak menang. Usahlah terlalu terpengaruh dengan provokasi member-member yang cuma jadi tukang sorak untuk merasakan enjoynya bersama 'pemain' pujaan mereka...

Selamat malam dan selamat tahun baru 2014. Salam dan gud nite

© Senyum Poyo

Wednesday, December 25, 2013

NAIK: APA LAGI LEPAS NI?

Well, tak yah nak di intro lagi pasal 4 huruf ni.. N A I K !!! Rasanya semua orang satu malaya ni dah tahu. Tak kira yang duduk di bandar ataupun di luar bandar... Malah, yang di pendalaman pun tahu akan perkataan tu... 

Berdesing telinga, buntang mata dan semakin kencang nafas bila terbaca dan terdengar tentang berita keNAIKan harga barangan yang diumumkan baru-baru ni. Ramai yang kecewa, malah ramai juga yang hilang rasional dalam memberi reaksi kepada perkara ini. Tak kisah apa pun respon, ini satu petanda yang semua rakyat Malaysia sedang berada didalam keadaan sedar... maksud aku bukan 'lena' dengan 'gula-gula' yang diberikan kepada mereka... Ops! mungkin gula-gula dah tak de lagi sebab harganya pun dah NAIK... kihkihkih...

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk memberi keyakinan untuk kita semua... Ketika TNB dengan gahnya mengumumkan keuntungan lebih 4 billion, kadar tariff letrik bakal di NAIK kan bulan depan... Ketika mereka yang dipinjamkan kuasa sedang kesini, kesana dengan perbelanjaan bahan bakar, harga petrol di NAIK kan... Ketika segelintir konglomerat 'sahabat' sedang tersenyum mengira keuntungan, harga gula pula di NAIK kan... dan ketika kita semua belum sempat nak mengamok dan naik angin, kadar tol, cukai pintu dan ntah apa-apa lagi diumumkan bakal NAIK... adush! apakah ini satu 'pembalasan' yang harus ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia kerana 'majoriti' telah mengundi mereka? Wallahu a'lam..

Namun disebalik segala isu yang berkaitan dengan NAIK ini timbul ketika ini, mereka yang telah 'diundi' oleh 'yang jadi majoriti' tersebut telah meng kompomkan bahawa mereka sebenarnya berjaya membahlolkan pengundinya dulu... tak caya? cer cari balik dan baca balik komen-komen segelintir Menteri persekutuan berkaitan dengan keNAIKkan kos hidup ni... Alah bukannya susahpun, kat youtube, facebook semua tu belambak... siap ada gambar lagi... Pada aku, mereka ini belum layak jadi pemimpin... Kenapa lah korang undi depa tu dulu? Aku pun kena tempias nih!!

Tapi, tiada apa yang mampu kita semua buat selain dari mengomel dan menyumpah di kedai kopi, surau dan juga FB & Twitter? Dan percayalah,  ketika kita semua bertelagah dan menyumpah-nyumpah tentang isu ini, mereka akan mengalihkan topik perbincangan kepada isu lain...

Tak caya? cer tunggu dalam beberapa hari lagi... isu DAP, sambungan Isu drama Liwat, isu Syiah dan macam-macam lagi akan jadi headline... so, korang rasa kita semua akan lupa pasal NAIK tu tak? kehkehkeh

So korang rasa apa pulak lepas ni? camaner nak TURUNKAN yang NAIK tu? jawapan aku, tunggulah 5 tahun lagi baru kita cakap... Oh My Country!

© Senyum Poyo

Monday, December 9, 2013

SEKALI AIR BAH SATU MUSIBAH

Bukan nak emo la sangat.. Tapi entah kenapa hati aku tersentuh sekali kali ni.. Sejak beberapa hari lalu semua media seolah berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama memberi laporan tentang banjir yang melanda beberapa negeri.. Selain dari segelintir media yang benar-benar memaparkan situasi malang di tempat kejadian, tak kurang pula yang berkejaran memprovok para pemimpin2 popular untuk mendapatkan pandangan… Walau apa pun, bagi aku ini satu perkara yang harus dibanggakan kerana keprihatinan para wartawan dan juga editor terhadap isu sejagat.

Namun sebagai manusia yang dikurniakan perasaan dan akal, aku tidak dapat membohongi rasa kurang senang dengan sikap segelintar pihak yang cuba mencari populariti peribadi melalui isu ini. Ketika saudara senegara kita sedang menghadapi ujian sukar ini, ada pula yang cuba mempolitikkan isu hanya untuk mendapatkan perhatian kononya merekalah di barisan hadapan yang bertindak dengan berkesan dan pantas. Fuh!

Yang membuatkan aku bertambah kecewa bercampur sedih ialah apabila ada segelintir manusia yang dipinjamkan pangkat dan kedudukan telah membuat statement menongkat langit yang kononnya hanya merekalah yang berkejaran menyelesaikan permasalahan ini. Lebih berani lagi, mereka mendakwa bahawa tanpa usaha gigih mereka, sesetengah daerah yang terlibat pastinya lumpuh sepenuhnya… Astaghfirallah!

Aku jadi semakin gusar dengan statement seperti ini. Sedarkah mereka  siapakah yang menurunkan bala bencana dan mengapakah ianya diturunkan? Aku berharap dan berdoa agar mereka ini diampunkan dan kita semua tidak di ‘hukum’ atas kekhilafan sipentutur… na u’dzubillah..

Selain doa yang mampu dipanjatkan, aku yang kerdil ni hanya mampu meluahkan rasa hati yang sangat simpati di ruangan ini aje. Membantu pun sekadar yang termampu. Bagaimanapun aku yakin, ramai lagi yang secara diam-diam telah memberikan sumbangan mereka yang lebih besar sebagai tanggungjawab sesama manusia. Semoga segalanya menjadi amal jariah… Insya Allah..

Kepada yang hanya pintar ‘bertutur’, mintak tolonglah terjemahkan kepada tindakan. Laksanakanlah tanggungjawab itu tanpa perlu menggembar-gemburkan di media yang silap haribulan, spiritualnya akan menghakis segala usaha yang telah dilaksanakan. Apa yang paling utama disaat ini ialah kebajikan mangsa-mangsa yang diruntun duka yang tak tahu bila akan berakhirnya… Usahlah mempolitikkan sesuatu kesulitan orang lain demi mendapatkan populariti hanya untuk mendapat keyakinan untuk mengekalkan pangkat dan kuasa... Jika musibah ini boleh ditimpa oleh mereka, tidak mustahil ianya juga boleh tiba kepada kita... Kerana segala yang berlaku hari ini dan akan datang adalah ditentukan oleh Dia Yang Maha Kuasa...

Marilah sama-sama kita berniat dengan ikhlas untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan dan kedukaan saudara kita. Mudah-mudahan ianya mampu meringankan kesulitan mereka yang memerlukan.

Ingatlah sekali air bah, itu petanda tibanya musibah… mungkin disebabkan keangkuhan kita yang bercambah… sebelum ia parah, marilah bersama kita berubah… semoga segala usaha mendapat barokah... Insya Allah...


Wallahu a’lam bi sawwaf..

Sunday, December 1, 2013

GAJI oh GAJI!

Alhamdulillah, syukur... Hari ni dah masuk bulan december.. bulan penutup untuk tahun 2013... Seperti biasa, bulan ni jugak lah bulan yang banyak orang bercuti... Sekolah Cuti, Cuti perayaan, Cuti Negeri dan ramai jugak yang akan menghabiskan cuti tahunan... Untuk aku yg kerja sendiri ni, suka hati mak bapak aku lah bila nak cuti... keh keh

Entry aku kali ni nak citer sikit pasal gaji... untuk yang bekerja makan gaji, bulan ni jugaklah nak menanti keputusan appraisal, KPI dan yang sewaktu dengannya kerna gaji baru untuk tahun depan akan ditentukan oleh report tu... Ops! mungkin ada satu lagi... 'tukang kipas'! hehe

Bagi yang makan gaji, kenaikan yang diharapkan adalah untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi... Kalau nak mengharapkan lebihan tu, kena lah berdoa banyak-banyak siang malam, pagi petang... 

Namun perkara yang mungkin tidak dapat diterima ramai ialah berita tentang kenaikan gaji menteri besar dan sekutu2 yang aku sendiri pun rasa keterlaluan (jika benar apa yang dilaporkan)... Aku tidak peduli siapa mereka ini kerna aku tidak ada kepentingan politik dimana2 parti pun... kalau aku tidak setuju dengan kebatilan, walau darah daging pun aku tidak mungkin menyokongnya...

Ketika kita semua sedang 'seram' dengan naiknya harga minyak, sebahagian barangan asas serta GST yang bakal diperkenalkan, ada pulak berita macam ni... Dan ianya datang dari pihak yang sebelum ini 'memperjuangkan' hak dan kepentingan kita semua... abih cam no? nak harap sapa pulak lepas ni?

Aku bukan nak menuding jari kepada mana2 pihak, tetapi seharusnya keputusan sebegini diteliti dan dikongsikan dengan umum sebelum membuat apa2 keputusan dan pengumuman... ini kerana sumber untuk menampung jumlah gaji yang bakal dikeluarkan pada depa tu bukan dari penat lelah mak bapak depa je... sumber tu pun datang dari mak bapak aku dan aku jugak...

Jadi eloklah keputusan ini dikaji semula... tidak ada 'malu'nya jika mengaku ini sebagai satu kesilapan ketika membuat keputusan... semua manusia biasa itu pasti sentiasa ada kekhilafan... syukurlah kerna masih ramai yang mahu menegurnya...

Renung-renungkan lah... 

© Senyum Poyo - Tak berapa nak Poyo kali ni...

Monday, November 4, 2013

MUDAHNYA LUPA

Lama dah aku tak mencoret-coret kat sini. Bukannya apa, aku ni bukan sejenis insan yang 'cliche' (dalam bahasa yg selalu diguna dalam penerbitan filem)... Berulang-ulang! Maksudnya, aku sendiri memang tak suka membaca isu atau cerita yang diulang-ulang puluhan kali... so, aku sendiri pun tak nak lah mencoret isu yang dah diulang tayang oleh orang lain ratusan kali tu jugak... sebab tu lah juga aku tak suka dengan polisi astro... kehkeh

Sejak coretan terakhir aku dulu sampai la ni, sebenarnya banyak jugak benda yang berlaku dan 'terkait' dengan aku. Tapi tak tau kenapa rasa macam malas lah nak ketuk keyboard ni... Simpan-simpan, pas tu aku lupa... Tapi makin lama makin gian pulak... so untuk isikan ruang yang kecik ni, aku ketuk jugak lah sikit.. supaya tak 'lupa'... kihkihkih..

Well, aku bukan penganalisa politik atau ekonomi. Tidak pula memegang tauliah sebagai pakar motivasi. Malah jauh sesangat sebagai kolumnis yang berwibawa macam 'diaorang'... Namun, sebagai pemegang mykad yang sah dan sebagai pembayar bil internet setiap bulan serta pembayar cukai, aku rasa aku juga wajar untuk meluahkan rasa hati aku sendiri... Macam syok sendiri lah tu... kihkihkih...

Mmm, sejak PRU 13 rasanya Sg Limau menjadi pemula kepada kempen politik seumpamanya setelah agak senyap sikit...  hari ini juga adalah PRK yang pertama dalam penggal ini... So, pasti banyaklah isu yang 'dipermainkan' oleh dua-dua pihak sebab kalau nak tunggu 5 tahun lagi, lama sangat tu kan? hehe 

Umum tahu selepas pilihanraya umum lalu pelbagai 'kisah suka duka' berlaku dalam negara. Kisah keselamatan, kisah kenaikan harga barang, kisah 'statement' geligeman dari pemimpin yang dipilih, kisah laporan audit, bajet, gst dan macam2 kisah lagi... Pastinya semua 'basic storyline' ini akan dijadikan 'skrip' untuk 'produksi prk' yang akan diadakan pada hari ini... Namun siapalah aku nak menyibuk sangat ni... Aku cuma seorang 'penonton' yang memegang 'remote-control' untuk tukar channel kalau tak suka... 

Sejujurnya aku rasa kesian sesangat bila nampak orang kita agak 'terkucil' adabnya tiap kali tibanya saat-saat pemilihan gini... Media pulak satu-satunya ruang dan tempat untuk masing-masing melepaskan 'rasa' dan 'feel' yang kononya tersangatlah 'jujur' itu. Tengok aje posting di fb, twitter dan lain-lain platform media. Komentar yang putih, hitam, kuning, hijau dan macam2 warna pun ada... malah lebih parah (pada aku) bila ada statement yang di post macam kata2 yang pernah aku dengar dari kawan-kawan ketika sekolah rendah dulu... hebat sungguh! 

Ada kalanya akibat terlalu ghairah sebab nak dilihat pintar dan bijaksana, statement dan komen yang dikeluarkan terpercik ke muka pentuturnya sendiri... Tapi apa de hal!  pas tu mesti ada yang back-up! So, lama-lama it will just gone with the wind... Benarkah orang 'kita' mudah lupa?

Namun sampai bilakah 'permainan' sebegini akan terus dipersembahkan dalam pentas kehidupan kita yang bertamadun ini? Kalau lu faham maksudnya 'Lu dan gua' lah yang harus mencari jalan untuk bersama-sama menghentikannya... Tapi camno?

Ngomel sendiri je la dulu yo!

Monday, April 29, 2013

USAH MENAKUT-NAKUTKAN!

Bahang pilihanraya ke -13 semakin terasa sejak penamaan calon beberapa hari lalu. Dengan pengumuman itu maka bermulalah kempen dari semua parti yang terlibat. Pelbagai ragam dan gaya cuba dipersembahkan di pentas-pentas ceramah disana-sini... Jalanraya, pokok, tiang lampu malah pagar menjadi ruang pameran lambang-lambang parti serta wajah-wajah calon yang garang, manis, handsome dan cun... hehehe

Pada aku yang tak terlibat langsung dengan urusan politik, terasa kali ini lain macam punya aura... Seolah-olah PRU ke 13 ini adalah penentuan kepada kesinambungan apa yang dirancang oleh pemerintah terdahulu. Kepada yang inginkan perubahan didalam barisan kepimpinan tertinggi negara pula, ini kali adalah peluang terbaik untuk mereka membuktikan bahawa mereka bakal menumbangkan 'jaguh' yang lebih 50 tahun berkuasa. Maka masing-masing mulalah 'berjuang' dipentas kempen yang disediakan yang hanya tinggal beberapa hari lagi... 

Justeru, tiada lagi rasa 'selesa' dari kalangan pemimpin yang sedia ada. Malah, bertambah gusar melihat perkembangan kebangkitan generasi muda khasnya dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Namun tiada siapa yang mampu menduga, apakah kebangkitan mereka ini untuk menyokong atau menolak kedua-dua pihak...

Apa yang aku perhatikan dengan teliti adalah gaya dan cara mereka ini berkempen. Terasa benar ada pihak yang sangat gusar dengan situasi semasa dan mereka menggunakan pendekatan kutuk-mengutuk, caci-mencaci serta sumpah-menyumpah. Hey, ketahuilah bukan itu yang ingin didengar oleh kebanyakkan dari orang seperti aku.. (ops mungkin tak ramai orang macam aku kot.. kih kih kih)... Sebenarnya kami mahu mendengar apakah perancangan yang bakal dilaksanakan untuk masa depan negara dan anak cucu sepanjang 5 tahun selepas PRU nanti... Bagaimana menyelaraskan kehidupan kita secara seimbang agar tidak terasa di himpit oleh segelintir insan kununnya berjuang untuk kita... Saban hari kita dengar, tonton dan baca tentang 'perjuangan' segelintir mereka ini didalam mengurangkan bebanan kita... tapi pada masa yang sama, kita terus dihimpit oleh 'cengkaman' kehidupan yang semakin menyeksakan...

Senario ini membuatkan aku menjadi meluat. Apa lagi bila perkara pokok 'dilencongkan' dengan paparan kisah video seks yang di lakonkan oleh 'pelakon' yang bersilih ganti dan di ulangtayang puluhan kali...  uweek! nak muntah dah!!! Kononnya,  bercakap atas nama maruah dan akhlak... Pada aku, orang yang membongkar dan memaparkan keaiban orang lain itulah yang rendah akhlaknya.... ntah dari mana sumber diperolehi, terus mencari publisiti untuk meraih sokongan... come on lah... rakyat dah matang lah woi!

Yang menggusarkan aku pulak ialah apabila beberapa golongan penyokong yang berada di bawah semakin hilang kawalan diri... emosi mendahului akal pemikiran. Kekerasan dan keganasan dijadikan cara untuk meraih perhatian dari masyarakat. Politik menakut-nakutkan menjadi taruhan kepada segelintir golongan yang terdesak ini... Kesiannya. Pemimpin mereka yang diatas sana senyum dan senang hati, mereka yang dibawah bertelagah dan bermusuhan sesama sendiri... Ini bukan budaya kita lah wei!

Walaupun aku bukanlah bisnesman yang ada kepentingan dalam politik mana-mana parti, tetapi aku inginkan keamanan dan kemakmuran untuk menjalani kehidupan harian. Pada aku, siapa pun yang memerintah harus menjalankan tanggungjawab untuk mentadbir negara dengan teratur dan berwawasan... Jika dia gagal, maka kita punya hak untuk mengubahnya... Tak perlu bertelagah dan bercakaran...

Sekarang masanya dah nak sampai... Sudah-sudahlah dengan mengulang-tayang isu lama. Jelaskan lah apa pembaharuan dan penambahbaikan yang harus dibuat berdasarkan isu lama itu...  Usahlah menakut-nakutkan kita dengan isu bangsa dan agama... Aku yakin dan percaya kita semua masih waras dan matang didalam mempertahankan bangsa dan agama sampai ke akhir hayat... Jika ada satu dua kerat yang macam tu, masih boleh kita 'uruskan' dengan bilangan majoriti yang sayangkan dua aspek itu... Kita dah matang... Cuma usahlah memprovokasi dengan keterlaluan...

Yang penting, apakah perancangan masa depan yang nak dibuat untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara serta rakyatnya...

P/S; ini bukan kempen ya... cuma luahan hati secara peribadi... *Senyum Poyo je*

Kih kih kih....


Thursday, April 11, 2013

YEAY! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI

Finally... Semboyan dibunyikan...

Pasti ramai yang menantikan 'laungan' semboyan pembubaran parlimen kan? aku pun sama... keh keh keh.Tiba masanya untuk kita menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri... 

Hari ini, 10 hb April 2013 telah diumumkan tarikh penamaan calon dan juga tarikh 'memangkah' untuk seluruh warga yang mendaftar... Yeah, 5hb May adalah tarikh keramat yang menentukan siapakah yang bakal menerajui negara... 

Aku dapat rasakan yang kali ini auranya sangat berbeza daripada yang berlaku sebelum ini. Mungkin sebab ramai antara kita dah 'celik' atau dah terbangun dari lena akibat nyanyian keroncong yang mendayu-dayu sebelum ini.

Kalau dulu suratkhabar dan radio serta TV yang menjadi tumpuan kita untuk mendapatkan maklumat, tapi sekarang suasananya sudah jauh berbeza. Belum sempat para jounalist dan pembaca berita mengarang text yang bakal dipaparkan di akhbar, radio dan TV puluhan ribu penduduk negara ini sudah mendapat berita mutakhir. Tak kira lah sama ada 'khabar' yang tepat atau samar, semua infomasi ini telah pun sampai kepada kita semua.... Memang kita sudah maju dari segi pencapaian infomasi terkini... bangganya... 

Namun, bukan itu yang menjadi isu buat masa ini. Ianya bukan lagi perkara baru. Hampir setiap dari golongan muda hari ini memiliki smartphone yang mampu mengekses infomasi hanya dihujung jari. Walau berada di hutan manapun... Justeru, setiap dari mereka yang bakal 'bertarung' sedang cuba memanafaatkan teknologi dalam usaha menyampaikan 'janji-janji' yang kononnya bakal di tepati...

Jalanraya kampong semakin cantik. Gerai dan bazar perniagaan terhias indah. Taburan 'sumbangan' samakin berlambak-lambak... fuh, kalau lah tiap-tiap hari macam ni kan baguih... Cuma yang aku rasa tak berapa baguihnya ialah, perangai kutuk-mengutuk, caci mencari dan sumpah-menyumpah yang keterlaluan... Nampaknya setiap kali pilihanraya, ramai yang hilang pertimbangan dan kewarasan didalam pertuturan dan tindakan...

Tapi aku percaya pihak yang dipertanggungjawabkan akan mampu menjaga keamanan dan ketentaraman sepanjang tempoh 'keramat' ini... Dan kepada yang terlibat didalam 'perjuangan' tu, berpada-pada dan rasional lah didalam setiap usaha 'perjuangan' anda... Kita semua masih sayangkan tanahair tercinta ini kan? 

Yeah, proud to be Malaysian...


Friday, March 29, 2013

FINAL COUNTDOWN

Hari ni dah 29hb March 2013... Deadline untuk 'perayaan' PRU 13 semakin hampir. Namun tiada tanda-tanda sangkakala akan ditiup dalam masa terdekat biar pun bermacam-macam spekulasi 'bertiup' disana-sini.

Sebenarnya aku pun tak lah kisah sangat bila nak tiup sangkakala tu. Sebab aku tak de apa-apa kepentingan dengan depa ni... Cuma aku concern dengan urusan produksi aku. Kalau ditiup esok pagi, bermakna seluruh pelosok negara akan 'meriah' dengan poster, banner dan lain-lain... Sekurang-kurangnya sebulan sebelum PBT mengeluarkan notis untuk menurunkan semuanya (aku ambik contoh pengalaman lalu)...So, projek shooting aku akan sedikit sebanyak terganggu juga untuk bagi mendapatkan sudut visual yang 'clean'... Sabor je lah...

Sebulan dua ni macam-macam berita 'gempak' aku dengar. Jujur sekali aku katakan, aku sengaja tak nak mencoretkan apa-apa kat sini sebab tak nak dilihat pro kepada mana-mana pihak. Namun setiap hari aku mengikuti hampir semua perkembangan melalui media sosial, twitter dan FB. So, aku pun agak bingung jugak dengan sikap dan reaksi para pemimpin yang aku respect selama ni... semakin nampak defensif bila berdepan dengan cabaran...

Apa yang dapat aku rumuskan secara peribadi, ramai antara kita masih 'kurang matang' dalam membahas sesuatu isu. Di ambang PRU13 yang semakin hampir ni, semua perkara nak di politikkan demi mencapai matlamat masing-masing. Come-on lah, kita sudah merdeka lebih 50 tahun dan lagi 7 tahun kita nak mencapai status negara maju. Kalau pemikiran segelintir dari orang kita di tahap ini, apakah yang bakal kita capai pada tahun 2020? 

Pada aku, masih terlalu banyak perkara yang harus kita fikir dan bahaskan secara matang. Masa yang tinggal pula terlalu pendek untuk kita 'membuang' waktu bagi 'meneka-neka' perkara yang tidak jelas hujung pangkalnya. Lebih teruk lagi, para pemimpin atasan terpaksa menggunakan banyak waktu, tenaga dan pemikiran untuk memperjelaskan isu yang sengaja di 'cipta' oleh segelintir yang berkepentingan...

Mungkin sebab itulah mereka ni tak sempat nak finalise secara bersama untuk memilih saat yang sesuai bagi meniup sangkakala PRU... Bagaimanapun, masa yang tinggal cuma beberapa hari saja lagi untuk bertindak.
Dan aku percaya sekarang ni suka atau tidak, masanya sudah sampai dan tiada lagi pilihan melainkan time untuk semua orang melakukan countdown.... Jom! 10, 9, 8...

Its a final countdown....

Sunday, February 17, 2013

BILA NAK PANGKAH?

I am still alive... Saya masih bernafas... Syukur Alhamdulillah :)

Agak lama jugak aku tak mencoretkan entry disini... Rasanya tak terlalu lambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2013.. omputih kata 'better late than never' camtu lah kan. keh keh keh...

Sebenarnya bukanlah aku bz sangat pun. Cuma tak de citer menarik yang nak aku coretkan. Kalau asyik benda yang sama je, korang pun boring gak nak baca, tul tak? Apa pun, aku masih aktif 'berfikir' dan masih hidup walaupun kalendar Mayan dah tamat... 

Entry aku kali ini tak lah menarik sangat pun. Cuma nak refresh dan nak lancarkan semula jari jemari aku ni mengetuk kat keyboard ni ha... sebab jari aku ni nak pakai untuk 'pangkah' bila tiba waktunya nanti... hehe

Walaupun gitu, aku saja nak bawa persoalan yang ada dalam kepala hotak aku ni ha... aku rasa korang semua pun mesti ada persoalan yang sama macam aku... persoalan aku ialah; Bila nak pangkah? Tarikh 20.12.2012 dah lepas, Tahun 2013 dah masuk separuh suku pertama, Gong Xi Fa Chai pun dah berlalu... Minggu depan ni, Chap Goh Mei pulak... Bila lagi nak umumkan ni?

Sejak tahun lepas sampai lah la ni, tiap-tiap hari semua media cakap 'depa' dah sedia dah. 'Anytime', 'We are ready', 'Esok pun boleh' dan macam-macam lagi la... Cuma kat Penang baru ni je agak 'kacau' sikit kot... itu pun pasal salah masuk topik agaknya... lagipun bukannya ramai sangat pun yang 'jawab' soalan tu... kih kih kih...
Tapi, tak bertiup jugak lagi 'sangkakala' tu... Apa agaknya masalah depa tu hah? korang tau tak? Syyyhh! kalau korang tau diam-diam dulu tau... Nanti kena tuduh pecah rahsia atau mengkhianat pulak. hehehe.

Apapun alasan yang tersirat dan berapa lama lagi 'depa' nak tunggu, suka hati depa lah...Cuma yang tak bestnya, lagi lambat depa 'tiup', lagi lah macam-macam hal timbul. Dah tu, orang bisnes pun pandailah buat alasan tak nak teruskan projek sebab nak tunggu 'pangkah' dulu... aduih!

Walaupun pangkah aku dan korang tu rahsia, rasanya tak salah kot kalau kita shoutout:

Q: Are you ready for Pangkah????  
A: Yeessssss!!

Tapi persoalan seterusnya... "BILA NAK PANGKAH????" 
Poyo sangat ke? keh keh keh

MY Channel

Loading...