Wednesday, October 31, 2012

NASIB 'PENIUP TROMPET'


Kita semua tahu trompet adalah alat muzik yang memiliki kehebatannya tersendiri.  Bagaimanapun, peniup trompet bukan lah calang-calang pemuzik. Bukan semua orang mampu melakukannya. Tapi kalau sekadar nak tiup untuk dapatkan bunyi, aku pun boleh… Pas tu kembang pipi.. Kih KihKih.

Antara pemuzik hebat yang selalunya dikaitkan dengan trompet & saxophone adalah seperti Kenny-G dan kalau di Malaysia ni, tentulah Dato’ Ahmad Nawab… Namun, apakah simbolik disebalik trompet yang menjadi ungkapan politik kebelakangan ini ? Adakah sebab bunyinya yang merdu itu membuatkan semua orang tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu… Mungkin jugak boleh aku tafsirkan begitu…

Namun, apa yang aku lebih tertarik ialah apabila ungkapan ini menjadi satu label kepada golongan tertentu. Dan lebih buruk lagi, apabila mereka yang dilabelkan sebegitu dianggap sebagai musuh dan “harus dihapuskan” dengan apa cara sekalipun… Alasannya mudah, mereka meniup trompet! Dan ramai yang minat sangat nak mendengar… Tapi masuk akal ke? Ntahlah…

Aku masih tidak memahami apakah kesalahan ‘peniup trompet’ sehinggakan mereka ini harus diheret ke pangadilan hanya kerana mereka ‘meniupkan trompet’ untuk menyedarkan semua pihak. Malah ‘lagu dan melodinya’ menjadi kegemaran majoriti kerana ianya ‘lain-dari-yang-lain’… Eksklusif lagi pulak tu…  Persoalan seterusnya ialah, siapakah yang akan melindungi ‘peniup trompet’ ini ketika pihak tertentu cuba menghapuskannya? Aku sangat berminat nak tahu, tapi siapakah yang akan menjawab persoalan ini jika pihak yang bertanggungjawab didalam undang-undang juga tidak mampu memberikan satu perlindungan kepada mereka?

Oh mungkin kerana suara trompet yang ditiup itu menjejaskan seseorang yang berkepentingan… Bagaimana pula dengan nasib peminat ‘bunyi trompet’ yang menantikan suara ‘merdu’ itu? Jika begitu aku boleh kategorikan trompet sebagai item yang menjurus kepada pergolakkan… Aduh semakin complicated hidup di abad ini… Apalagi di tanahair tercinta ini…

Justeru, peniup trompet bukan lagi menjadi ‘profesion’ yang mengangkat martabat seni seseorang. Tetapi, mungkin ia akan membuatkan seseorang itu ‘lebur’ keseluruhan ‘kariernya’ jika tiada lagi perlindungan untuk mereka. Apakah usaha dan pelan tindakan yang harus kita ambil untuk memastikan ‘trompet’ akan terus berbunyi dengan membawakan irama yang suka kita dengar?

Tak pe. Kita tunggulah hingga trompet besar dan Sangkakala PRU 13 berbunyi… Dah dekat dah tu…

Syyhhh! Mereka sedang mengilapkan ‘trompet’ itu dengan brasso! Hehehe…

Tuesday, October 30, 2012

CARI TULANG DALAM TELOR?

Semua orang tahu apa itu telor... ada telor ayam, ada telor itik, ada telor burung dan macam-macam telor lagi... Yang lebih 'exotic' lagi ada 'telor haiwan' yang secara tidak langsung selalunya dikaitkan dengan gurauan 'manusia jantan'... alamak! lucah ke? sorry ye... aku tak de maksud nak kesitu...

Selalunya, telor tiada mempunyai objek pejal didalamnya, melainkan telor haiwan... Eh, ada ke? aku teka aje lah... Tapi setahu aku bukanlah pejal yang dimaksudkan tu keras macam tulang... aduih! melalut la pulak aku... Tak pe, itu bukan isunya..

Apa yang nak aku coretkan kali ini ialah simbolik kaitan antara 'telor' dan sikap sesetengah dari kita... Tak kisahlah dalam apa jua situasi, kita selalu secara lumrahnya bersikap defensive... Maka, kita sering mencari setiap inci kesalahan orang lain... Tak ke?

Jika tidak pun, kita lebih cenderung untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud...

Hal ini sering berlaku dalam dunia politik, dunia kreatif dan dunia-dunia lain yang memiliki sifat subjektif didalam penilaian dan membuat keputusan keatas sesuatu perkara... Samada sedar atau tidak, sikap ini sebenarnya adalah kerana kita tidak mampu menerima kenyataan yang hadir didepan kita... Apalagi jika kenyataan itu pula bakal mengganggu-gugat kredibiliti kita... harus dicantas!

Lihat saja dalam dunia kreatif... Apabila setiap kali sebuah karya di paparkan kepada umum, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi 'yang pertama' memberikan response dan komen... Masing-masing cuba mencari perhatian dengan memberikan 'pandangan' yang kadang-kadang langsung tidak relevan dengan topik yang dikomen... Tapi, komen tetap komen untuk memastikan mereka lebih hebat dan pintar!

Mereka ini sebenarnya mahu dilihat sebagai seorang yang 'berilmu' dan apabila ada pihak yang mempertikaikan, maka dia akan memecah sebiji 'telor' untuk mencari tulang didalam nya... tapi yang pasti bukan 'telor' dia lah... QahQah Qah! Korang fahamkan?

Lebih parah lagi bila ada segelintir pemimpin mengambil pendekatan yang sama... Setiap kali merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, bukan isu itu yang cuba ditangani dengan komen dan pandangan yang konstruktif, tetapi cuba menutupnya dengan mencari kesilapan dan kesalahan pihak lain... Cari 'telor' orang lain la tu! 

Yang lucunya, mereka ini langsung tidak sensitif dengan wajah dan airmuka sinikal orang yang mendengarkan... Baginya, semua orang pasti akan mempercayai apa yang di 'pidatokan'... Wei, diam dan senyum tidak bermakna setuju... Semua orang dah matang la beb...

Aku cuma nak share je... Mungkin aku salah kot.. Tapi kalau korang nak buat pre-judgement, cuba bukak siaran berita di sebuah stesen yang kurang satu suku tu nanti... tak perlu dengar sangat apa yang di khabarkan oleh dua wajah 'hensem' dan 'jelita' tu... terlalu banyak propa... Tapi dia orang tu tak salah pun... Kita harus faham, dia menunaikan 'amanah' yang diberikan pada mereka... So, mereka tak pecah amanah lah.. 

Tapi cuba amati komen dan SOT (interview) dalam klip-klip yang dipaparkan... pas tu korang kira berapa banyak kali mereka ini 'mencari tulang dalam telor', daripada memecahkan 'telor' itu, lalu menggorengnya dan makan bersama... Sesama kita fikirkan...QahQahQah... 

Interpretasi aku ialah, kalaulah mereka benar2 terjumpa 'tulang dalam telor' tu, ini sesutau yang luarbiasa! Guiness Book of Record... Maksudnya pada masa yang sama, 'telor' mereka juga mungkin bertulang.... Sebab tu, mereka tu tak senang duduk dan sentiasa 'rimas'... QahQahQah...

Sekadar untuk Senyum Poyo jer... 

Sunday, October 28, 2012

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha kepada pembaca blog SenyumPoyo...
Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar...

Kepada yang pulang kekampung, berhati-hati dijalanraya.
Semoga selamat pergi dan pulang kembali ke kediaman anda...

Usah korbankan jiwa anda hanya kerana terburu-buru untuk pulang meraikan hari raya korban... Jadi, fahamilah maksud sebenar tentang korban, berkorban dan terkorban...

Selamat menyambut hari raya korban...







Friday, October 19, 2012

JENAMA & TERMA ELITIS

Aku bangga dilahirkan sebagai anak melayu di bumi Malaysia ini. Lebih dari itu, syukur sekali dilahirkan, dibesarkan, akhir baligh dan kini hinggalah ke akhir hayat sebagai seorang muslim.... Alhamdulillah...

Namun, masih banyak banyak ilmu yang harus aku tuntut untuk 'bekalan' hidup masa depan dan alam ukhrawi... Aku tidak mahu hidup berdiri sekadar hanya dengan 'jenama' sebagai seorang melayu serta menjadi seorang 'muslim keturunan'... Aku ingin menjadi muslim melayu yang tulin.... Justeru itu, aku akan terus berusaha memburu ilmu sampai hembusan terakhir... Insya Allah...

Hatta, aku sedar sekali kehidupan hari ini sudah jauh sangat bezanya berbanding dengan beberapa dekad yang lalu. Baik dari segi prinsip duniawi mahu pun ukhrawi.. Dalam konteks kehidupan harian aje dah terlalu banyak pengaruh lain yang menyerap didalam jiwa kita tanpa kita sedari.... Rata-rata kita lebih gemar mengikut arus atau 'follow-the-crowd' kata omputih... Malangnya, kita sendiri sukar mentafsirkan apa yang sebenarnya kita ikut... Kita buat, sebab orang lain buat.... Kita cakap sebab orang lain cakap dan kita lawan dan sokong, sebab orang pun lawan dan sokong.... So, ini lah 'jenama' yang aku maksudkan... Jenama bagaikan magnet yang akan menarik pengikut.... itu dah lumrah... 

Namun, wujud persoalan dibenak aku... Adakah begitu juga kedudukan kita didalam pegangan agama? Nenek moyang kita melayu dan islam, maka kita juga menjadi melayu islam... Jawapan aku ialah Ya dan Tidak... Syukur secara majoriti,  Kita masih diberikan asas pegangan Islam yang sentiasa menolak kemungkaran dan menyeru kepada amar makruf.... Yang selebihnya tu, usaha kita sendiri untuk meletakkan diri kita sebagai seorang melayu muslim yang tulin dan dihormati....

Sebenarnya, aku tidak mahu menyentuh tentang agama dan pegangan disini kerna aku bukanlah ulama' atau ahli fatwa yang memiliki ilmu yang tinggi... Tetapi aku nak mencoretkan tentang perkara yang hampir sama dengan analogi itu...

Kalau kita perhatikan dari hari ke hari, banyak 'terminalogy terkini' yang digunakan dalam pertuturan kita seharian... bagaimanapun, kita jarang sekali mengkaji bagaimana wujudnya istilah yang diguna pakai itu.... Apalagi untuk memahami maksud yang tersirat disebaliknya.... Aku tidak nafikan yang sebahagiannya bukanlah istilah baru, cuma ianya mungkin kurang dipakai oleh golongan pertengahan dan kebawah... Tetapi aku percaya, mereka inilah golongan majoriti yang memiliki 'kuasa' didalam konteks kearah kestabilan pentadbiran dan pembangunan negara...

Justeru wujudlah dua persepsi yang berlainan... Bagi minoriti yang menjadi 'pengguna' istilah ini, merekalah yang hebat... mereka lah tinggi ilmu bahasa nya... Maka ketika berpidato, bergemuruhlah tepukan dan sorakan pendengar dan para hadirin yang mendengarkan hujah yang tidak putus-putus menyebut istilah yang ntah apa-apa... Malangnya, mereka kurang sedar bahawa ramai dan majoriti diantara yang bersorak dan bertepuk itu sebenarnya tidak memahami apakah maksud disebalik istilah yang diguna pakai itu... kesiannya...

Yang nyata, terlalu banyak terma elitis yang digunakan untuk menampakkan mereka ini 'cerdik' dan 'pintar'... Namun, aku tidak pasti samada mereka ini mendengar sendiri keluhan kumpulan sasar yang sukar untuk mendalami maksud disebalik istilah yang disampaikan...  Tak kurang pula yang hanya senyum poyo sebab tak berapa nak faham...

Yang jelas, ramai yang tidak dapat menghayati maksud tujuan disebalik istilah dan terma elitis yang digunakan.... So, tolonglah permudahkan penyampaian jika mahukan golongan sasar ini memahami apa yang sedang dilaksanakan... Bukannya memaksa public untuk bersorak dan bertepuk tangan dengan kalimah yang mereka sendiri pun tak faham....

Sebagai contoh, apa susahnya nak menyebut istilah mudah seperti pembangunan, kemajuan, perpaduan dan lain-lain...  Jika dibandingkan dengan; reformasi, revolusi, transformasi dan macam-macam 'si' lagi... Mmm, mungkin aku je yang tak faham kot! Lantak lah....

Aku sendiri sebenarnya gemar dengan percambahan kalimah didalam bahasa ibunda ku ini... Dan bukan lah maksud aku untuk merendahkan martabat bahasa, tetapi biar lah istilah yang digunakan itu mudah difahami seterusnya di hayati oleh golongan majoriti.... Baru lah, semua telinga yang mendengarkan dapat menghantar mesej ke otak seterusnya memahami maksud sebenar apa yang cuba disampaikan...

Janganlah sekadar membina 'jenama' dan 'terma elitis' yang pada akhirnya tidak mencapai hasrat yang diinginkan...

Ntah lah.... :)

Tuesday, October 2, 2012

JANGAN KELEPET!

Apa tu kelepet? kalau korang cari kat kamus mungkin jumpa kot... hehe tapi maksudnya lain lah sikit... simbolik! Apa pun, aku percaya, korang faham sebab aku selalu meletakkan orang lain lebih pintar dari aku....

Aku cuma nak mencoretkan tentang persepsi segelintir orang tertentu bersama gerombolan yang bersama mereka. Termasuklah pihak media yang 'terpaksa' mengikut 'perintah' mereka untuk mengelepet kita semua...Tak faham? tak pe, pelan-pelan fikir... nanti faham lah tu...

Aku nak amik contoh beberapa minggu kebelakangan ni... Baik di media cetak, elektronik dan media sosial sibok mengelepet isu-isu tertentu. Yang aku 'kagum' sangat tu ialah cara penyampaian dan 'kaedah' susunan ayat yang menampakkan 'convincing'... tapi isinya tu masih benda yang sama... Pas tu di manipulate semaksima yang boleh... Adush! Bodoh sangat ke orang yang menyaksikannya? Diam tak bermaksud setuju... Dalam nikah kahwin je boleh pakai 'diam tanda setuju'...

Persoalan; Mengapakah mereka ini menganggap kita semua ni buta dan tuli? Apakah mereka menganggap sumber berita yang sampai pada kita semua ni hanya datang dari mereka aje? So, mereka boleh nak 'kelepet'?... Hey, its 21st century lah! Namun, aku percaya ada berjuta lagi manusia yang hidup di bumi Malaysia ini faham akan agenda mereka ini... cuma mereka ini memilih untuk pandang dan dengar je dulu... tungguuuu!

Come on lah.... semakin hari sebenarnya kita semakin mual dengan kisah dan skrip yang sama.... Kalau citer cam ni masuk panggung, kompom rugi besar penerbitnya... Tapi, kalau mereka ni yang jadi penerbitnya, itu pun mereka boleh nak  'kelepet'kan?

Sedar tak sedar, dah tinggal kurang dari 8 tahun, kita nak mencapai status negara maju... Tapi, majukah negara kita ini kalau pemikiran segelintir dari kita masih membawa bersama elemen 'kelepet' sepanjang masa? Kita dah 55 tahun merdeka, tapi benar-benar merdeka kah kita? Kita harus jujur mengakui bahawa pemikiran segelintir dari kita masih dipengaruhi oleh tindak-tanduk penjajah... Kepala bana tu lah penjajah dulu tu!

Sikap yang tidak pernah terhakis didalam pemikiran kita ialah, susah menerima pandangan dan teguran. Pas tu, kita lebih suka bercakaran sesama sendiri... Terlalu mudah untuk kita mencari satu sebab untuk bertelingkah.... Dari isu sampah, sampailah kepada isu Jet... kita lebih suka membongkar dan menghebahkan kesilapan dari mencari solusi kepada isu itu....Kenapa? sebab kita sentiasa nak menutup lubang yang ada pada diri kita dari di bongkar oleh orang lain... Ini lah yang menjurus kepada wujudnya tindakan 'kelepet'...

Sedarlah wei... 'kelepet' tidak lagi relevan sekarang ni sebab dah ada 'software' alaf baru yang boleh 'scan' mereka yang 'mengelepet'... Silap hari bulan, korang akan jadi "kerepet"... QahQahQah!

Monday, October 1, 2012

BAJET oh BAJET!

Rasanya bukan aku aje yang 'menyibukkan' diri untuk mengetahui tentang bajet 2013 yang dibentangkan PM beberapa hari lalu... Mungkin ramai lagi yang sependapat dengan aku... Biarpun aku bukan ahli koporat yang sentiasa di pengaruhi oleh iklim ekonomi global, tapi aku nak jugak tahu apa yang harus dirancang untuk masa depan... Dengan pembentangan bajet tu, boleh lah aku nak bentangkan bajet aku sendiri pulak... Tapi, yang tahun lepas-lepas punya pun masih 'janji BELUM aku tepati'... kih kih kih...

Secara peribadi, aku boleh tafsirkan bajet 2013 yang dibentangkan jumaat lalu merupakan bajet 'paling berani' yang pernah aku ikuti sejak aku tahu apa itu bajet... itu pun mungkin aku yang syok sendiri je kot hehe... Al maklumlah, di tengah-tengah senario ekonomi dunia yang tak menentu, kerajaan kita masih boleh 'mengumpulkan' nombor-nombor 'keramat' didalam pembentangan bajet negara... Hebat tul tak? Syukur sangat aku hidup di Malaysia ni... Ketika seluruh dunia dok gelisah, kita masih boleh menjerit melaungkan bajet untuk kesejahteraan rakyat... bangganya!

Kalau tak silap aku, lebih 200 billion ringgit diperuntukkan dalam perbelanjaan kerajaan kepada pelbagai sektor bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat... Alhamdulillah, rakyat didahulukan... Tapi jangan pulak ada yang nak potong Q sebelum sampai pada rakyat... Jaga korang...kih kih...

Walaupun aku tidak termasuk didalam golongan sasar, namun aku juga boleh tumpang gumbira melihat pelbagai dana dan insentif diperuntukkan untuk rakyat Malaysia. Paling tidak, untuk rakan dan ahli keluarga aku yang mendapat faedah daripadanya. Ada banyak juga item yang aku nampak 'make sense', terutamanya di sektor perumahan... Maklumlah, sekarang ni nak beli rumah bukannya mudah... tu tak kira lagi mangsa yang terpaksa membayar hutang bank, tapi rumah tak siap... Developer pulak dah mampos tanpa kubor! So, siapa nak jawab?

Namun, aku tak dapat nafikan ada sedikit perasaan yang mencuit naluri... Bagi aku secara personal, bajet kali ni nampak macam cuba dan 'terpaksa' memenuhi tuntutan rakyat... Baguslah tu... Dari segi baiknya ialah; nampak kuasa rakyat semakin terserlah... Manakala ada persoalan yang bermain dalam kepala aku pulak bila ramai yang 'berkokok' membuat analisa sendiri... Tapi yang hairan, kenapa tetiba hampir semua pihak 'bersekutu' cuba menafikan bajet kali ini merupakan bajet untuk memenangi hati rakyat menjelang pilihanraya? Mungkin aku jer yang berfikiran cam tu kot! Ntahlah... lantak depa lah... Biar YB ahli parlimen yang bahaskan kemudian... 

Apapun, banyak lagi peruntukkan yang dah pun di bentangkan dan rasanya tak perlulah aku coretkan kat sini...Korang pergilah cari dan tanya 'uncle google"... lagipun SenyumPoyo bukannya blog ekonomi... Ini cuma blog penyibuk je sekadar meluahkan rasa hati dan pandangan... Belum tentu sampai ke 'telinga' orang yang berkenaan... 

Walaubagaimanapun, harapan aku agar segalanya dapat dilaksanakan sebagaimana yang di janjikan... semoga janji ditepati... 

Rasa macam nak nyanyi lagu 'Janji di tepati' la pulak! Qah Qah Qah.....