Thursday, August 16, 2012

MENGHARGAI KARYA & KARYAWAN

Aku cuba tak nak mencoretkan apa-apa tentang politik dibulan ramadhan almubarak ini... Tapi, aku mula rasa 'gatal' tangan ni bila terbaca article yang satu ni.. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut... 

Sebenarnya ini pun bukan urusan aku secara 'rasmi'nya, tetapi sebagai salah seorang penerbit filem, aku rasa tak berapa selesa dengan provokasi sesetengah pihak. Tak kisahlah PR ke, BN ke atau apa parti sekalipun, Tolonglah matangkan fikiran... Filem adalah filem. Ia juga wadah atau medium golongan karyawan untuk menyampaikan mesej didalam sesebuah karya.. Walaupun setiap filem itu akan ada banyak simbolik dan mesej yang tersirat, pada akhirnya ia tetap sebuah 'gambar' dan 'suara' yang dilakonkan oleh watak-watak yang dicipta didalamnya... 

Namun, aku tidak nafikan bahawa ada filem yang diadaptasi dari sebuah kisah benar yang digarap dan disesuaikan dengan imaginasi pengkarya yang menerbitkannya... Tapi pada akhirnya, ia adalah tetap sebagai sebuah filem juga... Orang akan menontonnya dan membuat persepsi mereka tersendiri. Bagaimanapun, siapa yang boleh memperkatakan bahawa persepsi mereka itu tepat sepenuhnya?  

Oleh itu, janganlah kita cuba memanipulasi sesebuah karya untuk dijadikan sebagai 'senjata politik' yang akhirnya akan 'membunuh' karya-karya yang membawa bersama aspek ilmiah didalam perisiannya. Aku tidak pernah percaya bahawa filem akan menjadikan sesebuah bangsa atau negara itu menjadi berpecah belah atau hancur... Namun, aku setuju jika dikatakan sesebuah filem yang diadaptasi dari sesebuah kisah benar atau sejarah itu boleh berfungsi sebagai 'rujukan' untuk menggambarkan sebahagian daripada situasi yang pernah berlaku... Ia juga berkemungkinan akan 'mengusutkan' fakta dan pemahaman... Namun, masih banyak bahan rujukan jika penontonya mahu membuat kajian tentang perisianya... Bagi aku, filem bukan 'cikgu' atau 'pensyarah' yang memberi tunjuk ajar kepada penontonnya... 

Jika sesebuah karya tempatan itu dianggap sebagai propaganda, bagaimana pula dengan lambakan karya sentuhan Yahudi yang sering dijadikan kayu ukuran? Kita sebenarnya suka membuat perbandingan kerana telah dididik sebegitu rupa oleh Yahudi yang menjajah datuk nenek kita dari dulu lagi...

Apapun, tolonglah berikan sokongan kepada karyawan yang berhempas pulas menerbitkan sebuah karya yang bakal menjadi rujukan generasi akan datang... Mungkin atau hampir pasti, dengan peruntukan yang ada, karyawan kita terpaksa memberi gambaran yang agak berlainan serta menyesuaikan dengan situasi semasa... Rasanya kita sudah cukup matang untuk memahaminya... Kalau tak faham juga, tak dapek nolong eh....

Aku merayu ni.. Hargailah karya dan karyawan kita... 

No comments: