Thursday, August 30, 2012

KEMERDEKAAN - 55 TAHUN DAH!

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi... Esok kita dah pun 55 tahun Merdeka. Selama itu jugaklah negara tercinta ini membangun dengan acuan kita sendiri. Tanpa prejudis, kita harus mengakui bahawa dengan permuafakatan kita bersama serta teraju yang memimpin, kita berada di tanahair yang kita perintah sendiri...

Bukan tema yang ingin aku coretkan... Bukan juga siapa pemimpin yang bakal meraikan....Bukan dimana perhimpunan bakal diadakan.. Bukan siapakah artis yang bakal menghiburkan... dan juga bukan hadiah cabutan bertuah yang aku gilakan.... Aku cuma sekadar nak meluahkan rasa hati.... Biarpun tidak ada seorang umatpun yang nak membaca coretan aku kali ini... i dont even care! but i want to express my feelings....

Aku anak era selepas Merdeka.... Justeru, sememangnya tidak layak untuk menggambarkan tentang perjuangan orang terdahulu sebab aku pun masih belum lagi meneropong dunia lagi pada ketika itu. Apalagi untuk memahami erti sebuah perjuangan kearah pembebasan dari penjajah durjana...

Dari pembacaan dan kejahilan diriku, aku dapat memahami serba sedikit betapa hidup dibawah kuasa penjajah di bumi sendiri begitu perit. Biarpun masih berpeluang untuk mengisi 'tempolok' untuk hidup, serba serbinya masih di 'kongkong'. Mungkin benar apa yang diceritakan oleh abah dan mak aku masa kecik dulu...
Aku cuma mampu menggunakan imaginasi berdasarkan filem2 yang aku tonton, untuk membayangkan betapa rumitnya kehidupan ketika itu... Namun, segalanya sudah menjadi sejarah. Tapi itu tak bererti, aku tidak tahu menghargai apa yang aku kecapi hari ini... Kehidupan masa kecil yang rumit juga sudah cukup untuk aku mengerti erti sebuah kebebasan dan merdeka... Maksud aku, merdeka dari segi ekonomi, merdeka dari segi kehidupan didalam keluarga dan juga merdeka daripada kejahilan ilmu pengetahuan...

Hari ini selepas 55 tahun, segalanya dah berubah. Fokus kehidupan bukan lagi untuk pembebasan dari cengkaman penjajah. Namun, aku masih terasa 'terjajah' dari sudut pemikiran... Mungkin tidak bagi sesetengah dari kita, tapi aku tetap merasakan 'jajahan micro' yang terus menerus oleh segelintir manusia yang rakus...

Lihat saja perkara yang hampir dengan diri kita... Tak usah pergi jauh dan tak usah juga melihat orang lain. Diri kita sendiri dari teknologi, pakaian, makanan, pendidikan, ekonomi dan alat perabut dan sebagainya masih di kolonise... Kita masih menjadikan reference dari 'penjajah' yang kononnya 'trendsetter'... Dalam kekhilafan, kita sebenarnya menjadi follower tanpa dipaksa... Mengapa tidak kita sendiri menjadi trendsetter untuk diri kita sendiri? Atau lebih berani lagi dengan membiarkan mereka menjadi follower? Ntah lah, aku pun tak pasti.... cuma pandai tulis je ni kot!

Aku bukan seorang guru sejarah yang patriotik untuk mengajar pembaca blog ini untuk sedar dengan 'permainan' ini.... Mungkin juga ramai yang lebih sedar tentang 'penjajahan minda' yang sedang berlaku sekarang... Tetapi aku mencoretkan disini adalah untuk kesedaran DIRI SENDIRI.... Aku mungkin tidak mampu bercerita dengan sesiapa pun termasuk anak-anak aku.... Kalau pun mampu, mungkin mereka sukar untuk memahaminya kerana aku bukan seorang pengajar... Cuma apa yang aku harapkan, situasi ini akan berubah dengan lahirnya bijak pandai dan pengakaji sejarah yang mindanya bebas dari 'penjajahan micro' diabad ke 21 ini....

Apa yang aku nak 'underline' dalam coretan aku ini ialah; bukan mengenepikan isu kesulitan pejuang terdahulu, tetapi itu bukan lagi objektif utama setiap kali tibanya ulangtahun kemerdekaan. Kita boleh bawa sejarah dan penghargaan terhadap wira-wira ini seiring dengan kesedaran dan formula kearah pembebasan kearah 'kemerdekaan minda' generasi sekarang dan akan datang dari dijajah semula oleh 'si durjana' tanpa mereka perlu berada di tanah air tercinta ini....

Tak kira apa pun fahaman politik, mari lah bersama kita muhasabah diri. Selami pemikiran kita sendiri, toleh sedikit kehidupan harian yang kita lalui.. Lihatlah dimana penjajahan 'micro' sedang berada didalam diri dan sekeliling kita.... Bersama kita cari jalan keluar dari belenggu 'si penjajah durjana'....

Salam kemerdekaan buat semua manusia yang mendiami bumi Malaysia yang tercinta ini... Bersama kita hargai keamanan dan ketenteraman disamping memikirkan masa depan generasi anak cucu kita.... Insya Allah..

Wednesday, August 29, 2012

ADA 'BONUS' LAGI... BEST NYER!

Weehooo! Ada berita gumbira lagi lepas raya ni.... Tapi ni untuk warga peneroka Felda je tau.. Bertuahnya jadi warga Felda.... Aku tumpang gumbira untuk ayah bonda aku gak! Maklumlah, dah lebih 30 tahun diorang bersusah payah... Kini memang patut pun mereka menuai segala jerih payah yang dilalui dulu....

Semalam tak sampai 3 bulan FGV disenarikan, PM umumkan dividen saham peneroka di FGV akan dibayar sebanyak RM400 kepada peneroka dan khabarnya ia akan di berikan termasuklah kepada mereka yang telah menyaman Felda.... Waduuuuh! bagusnya. Mungkin sempena dengan Aidilfitri dimana kita di seru untuk bermaaf-maafan lah tu kan.... So, segala apa yang terbuku dihati tu dah di leburkan dengan kemaafan... Minal Aidil Wal Faizin... 

Ops! durian untuk anak-anak peneroka pulak akan runtuh bulan Oktober nanti... Wow! syukur pada Allah yang memberikan rezeki kepada hambanya... Nampak nya tak putus-putus rezeki untuk warga peneroka Felda sekarang ni...

Kalau diimbas kembali sejak beberapa bulan lalu, hampir setiap bulan ada aje berita gembira untuk warga Felda... Tak caya, cer toleh sikit... Bulan Jun dulu, PM umum durian runtuh untuk Peneroka dan Isteri Peneroka... Pas tu bulan July, PM umum  bonus Raya dan belum pun abis raya, PM umum dividen saham untuk peneroka..... Pas tu, bulan Oktober nanti durian akan runtuh sekali lagi untuk anak peneroka... Tapi kebanyakan anak peneroka serahkan kat ayah bonda jer sebagai membalas jasa mereka kan... 

Pas tu bulan November dan December nanti apa pulak lagi yer? Semoga berterusan lah cam tu sampai bila-bila.... (termasuk lepas pilihanraya nanti.... kih kih kih)

Alhamdulillah! syukur pada Allah yang menggerakkan hati mereka yang dipertanggungjawabkan memegang amanah... That should be the way bro... Hehe

"Proud to be Felda generation"... weeehooooooooo!!!!

Sunday, August 26, 2012

AIR CUTI RAYA DI HARI RAYA

Alhamdulillah, kita dah beberapa hari menyambut kemuncak aidil fitri... Walaupun, seperti menjadi kebiasaannya, ramai warga kota sedang menjalankan majlis rumah terbuka untuk meraikan rakan-rakan di kediaman masing masing... Bagi aku, tahun ni rumah aku sentiasa terbuka untuk jiran dan rakan yang nak datang berhari raya... NO official open house okay! Tapi kalau nak datang jugak, belasah je lah apa yang ada tu... hehehe

Nak citer sikit. Seperti biasa, tahun ni aku sekeluarga pulang kerumah ayah bonda di tanah rancangan Felda yang sedang menjadi 'perhatian' umum... Maklumlah banyak kisah 'menarik' tentang tanah rancangan felda akhir-akhir ni... Dari duriannya yang runtuh lah, kisah sahamnya hinggalah kepada 'bonus' hari raya yang 'dianugerah'kan bersempena dengan 'Janji ditepati'... huhu

Namun, kekecewaan yang sama tetap juga berlaku sepertimana yang terjadi tiap kali hari raya... Masalah ni seingat aku dah 10 tahun berulang pada setiap kali lebaran menjelma... nak tahu apa halnya? MASALAH AIR cuti RAYA !!!!

Di siaran tigasuku, berita tentang masalah air ni di highlight berlaku di beberapa negeri aje. Seolah-olah negeri lain tak de masalah. Weii! BJ and reporter wake-up lah... Jangan biar hidung korang dicucuk oleh 'spesis tertentu'... Mungkin masalah camni berlaku pada keluarga korang pulak nanti!

Berbalik pada masalah air dikampung ayahbonda aku (Felda Bukit Rokan Utara), bukanlah masalah baru (walaupun "BARU" 10 TAHUN!!!). Setiap kali tibanya Syawal, pasti masalah ni timbul. Alasan yang sama diberikan oleh 'spesis yang bertanggungjawab'.. iaitu pengunaan air berlebihan dari simpanan gara-gara ramai keluarga penduduk disitu pulang berhari raya... Hellloooo! lu citer apa beb? Dah sepuluh tahun cam ni, tak kan tak de apa usaha & tindakan nak selesaikan? Dah tau camtu, bertindaklah! Cari lah jalam penyelesaian. Setahu aku Negeri Sembilan semua orang kena bayar bill air. Tak macam Selangor, air free... So, mana pergi duit yang korang dah collect tu... Buatlah tangki baru ke, pam baru ke atau pun tukang jaga pam air yang baru ke!!! Kepala bana tul lah korang ni!!!

Yang paling menyedihkan ialah rumah yang kedudukannya ditempat yang agak tinggi... Cuma ada 'titisan' dari kepala paip yang keluar.. Keadaan lebih kalut bila dalam keluarga tu ada baby dan ramai anak kecil. Tak payah lah fikir nak mandi dan mencuci pakaian, nak buat air minum bagi tetamu yang datang pun susah....Weiii!!!! ini masalah keperluan asas lah bongok!! 

Aku tak tahu berapa lama lagi masalah ni akan berlarutan... Tapi aku yakin, dah dekat pilihanraya nanti dia orang akan bagi 'janji manis' lagi... Pas tu, bagi alasan lagi... Jadi, untuk memastikan Raya tahun depan tak ada masalah yang sama lagi, bertindaklah dari sekarang sebelum korang yang 'berkenaan' kena sumpah jadi KATAK untuk tolong panggilkan hujan di aidilfitri akan datang..

Minal Aidil Wal Faizin. Mintak maaf zahir batin dulu ye... 

Thursday, August 16, 2012

MENGHARGAI KARYA & KARYAWAN

Aku cuba tak nak mencoretkan apa-apa tentang politik dibulan ramadhan almubarak ini... Tapi, aku mula rasa 'gatal' tangan ni bila terbaca article yang satu ni.. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut... 

Sebenarnya ini pun bukan urusan aku secara 'rasmi'nya, tetapi sebagai salah seorang penerbit filem, aku rasa tak berapa selesa dengan provokasi sesetengah pihak. Tak kisahlah PR ke, BN ke atau apa parti sekalipun, Tolonglah matangkan fikiran... Filem adalah filem. Ia juga wadah atau medium golongan karyawan untuk menyampaikan mesej didalam sesebuah karya.. Walaupun setiap filem itu akan ada banyak simbolik dan mesej yang tersirat, pada akhirnya ia tetap sebuah 'gambar' dan 'suara' yang dilakonkan oleh watak-watak yang dicipta didalamnya... 

Namun, aku tidak nafikan bahawa ada filem yang diadaptasi dari sebuah kisah benar yang digarap dan disesuaikan dengan imaginasi pengkarya yang menerbitkannya... Tapi pada akhirnya, ia adalah tetap sebagai sebuah filem juga... Orang akan menontonnya dan membuat persepsi mereka tersendiri. Bagaimanapun, siapa yang boleh memperkatakan bahawa persepsi mereka itu tepat sepenuhnya?  

Oleh itu, janganlah kita cuba memanipulasi sesebuah karya untuk dijadikan sebagai 'senjata politik' yang akhirnya akan 'membunuh' karya-karya yang membawa bersama aspek ilmiah didalam perisiannya. Aku tidak pernah percaya bahawa filem akan menjadikan sesebuah bangsa atau negara itu menjadi berpecah belah atau hancur... Namun, aku setuju jika dikatakan sesebuah filem yang diadaptasi dari sesebuah kisah benar atau sejarah itu boleh berfungsi sebagai 'rujukan' untuk menggambarkan sebahagian daripada situasi yang pernah berlaku... Ia juga berkemungkinan akan 'mengusutkan' fakta dan pemahaman... Namun, masih banyak bahan rujukan jika penontonya mahu membuat kajian tentang perisianya... Bagi aku, filem bukan 'cikgu' atau 'pensyarah' yang memberi tunjuk ajar kepada penontonnya... 

Jika sesebuah karya tempatan itu dianggap sebagai propaganda, bagaimana pula dengan lambakan karya sentuhan Yahudi yang sering dijadikan kayu ukuran? Kita sebenarnya suka membuat perbandingan kerana telah dididik sebegitu rupa oleh Yahudi yang menjajah datuk nenek kita dari dulu lagi...

Apapun, tolonglah berikan sokongan kepada karyawan yang berhempas pulas menerbitkan sebuah karya yang bakal menjadi rujukan generasi akan datang... Mungkin atau hampir pasti, dengan peruntukan yang ada, karyawan kita terpaksa memberi gambaran yang agak berlainan serta menyesuaikan dengan situasi semasa... Rasanya kita sudah cukup matang untuk memahaminya... Kalau tak faham juga, tak dapek nolong eh....

Aku merayu ni.. Hargailah karya dan karyawan kita... 

Wednesday, August 15, 2012

FASA TERAKHIR RAMADHAN 1433h

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung Ramadhan 1433h.... Rasanya terlalu pantas masa berlalu... Insya Allah, hujung minggu ni kita akan menyambut Syawal... Lupa lah sekejap tentang perbezaan pendapat, latar belakang politik dan urusan yang seumpamanya.... Bulan bermaaf-maafan dah tiba...

Dah hampir sebulan ramadhan, pelbagai 'kisah' dan 'aktiviti' telah sama-sama kita lalui dalam tempoh itu. Namun, di bulan yang mulia ini masih ada jugak  spesis yang tak habis-habis mencari 'tulang dalam telor'.... Aku masih terbaca di laman twitter dan facebook yang mencoretkan 'perbalahan cyber' oleh pelbagai lapisan. Yang sedihnya ialah, bangsaku yang menganut agama Islam serta sedang melalui bulan ramadhan almubarak ini masih terus menerus memprovok sesama sendiri.... masya Allah!

Aku bukan seorang ustadz malah jauh sekali dari seorang ahli fatwa atau alim ulama' yang mampu mengeluarkan fatwa tentang tindakan ini... Tapi, asasnya tu tahu lah sikit-sikit.... :) 

Sekadar nak mencoretkan apa yang aku rasa je kali ni... Sebab lama tak 'mengetuk' keyboard ni.... Maklumlah bulan puasa ni, tak nak tersalah ketuk... Nanti kena 'ketuk' kaw kaw kat bawah sana tu.... hehe 

Apapun Kubur masing-masing, tapi nak masuk ke kubur tu kena ada orang yang masukkan... Mungkin orang tu salah seorang dari yang kita kutuk tu.... Ampuunnn!

Semoga bertemu Lailatul Qadar di beberapa malam terakhir Ramadhan ini..... Bersamalah kita ambil peluang untuk memohon keampunan dari Nya....

MY Channel

Loading...