Thursday, May 31, 2012

SEHARI HANYA 24JAM JE!

Aduh, aku dah semakin mual dan nak muntah betul dengan senario berita di Malaysia ni... Tak tau lah dimana silapnya atau memang aku je yang bengap tak faham dengan apa yang terjadi.... Dari hari ke hari, isu tuduh menuduh, bocor-membocor dan telanjang dan menelanjangkan orang lain macam dah menjadi budaya kepada segelintir 'tukang karut' di negara ini.... 

Aku tak tahu samaada mereka ni dibayar untuk berbuat demikian atau sengaja mencari populariti melalui paparan berita 'songsang' yang di khabarkan setiap hari. Pada aku, senario ini memberikan satu impak yang negatif bukan saja kepada rakyat negara ini, malah kepada orang luar yang menerima berita sebegini hanya dengan sekali klik!. .. Aduh malunya...

Setiap hari ada aje orang yang 'ditelanjangkan' dengan pelbagai isu. Tak kisahlah samada politik, sosial malah sampai ke isu agama.... Tak de keje lain ke? Asyik nak menyelongkar mencari 'udang dalam telor' ke?.... Sedarlah wei! Malaikat mancatatkan!

Lebih membingungkan aku lagi ialah, apabila pihak yang di 'telanjangkan' tu adalah pemimpin yang berjuang untuk memakmurkan dan memajukan negara tercinta ini pula, menghabis berhari-hari malah berbulan-bulan untuk 'menepis' dan 'berkong-fu' dengan berita yang 'ditelanjangkan' di media.... Tak penat ke? anda di amanahkan untuk apa????

Persoalan aku, Bila mereka ni buat kerja kalau setiap saat asyik nak menjawap persoalan dan menepis tohmahan yang dilemparkan... lantak pi lah dengan isu tu semua kalau korang tak de kena-mengena... Tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara yang diamanahkan harus digalas bukan dengan pertelingkahan dan perdebatan yang berapi-api! Tapi dengan tindakan korang wei.... So, bila nak bertindak kalau dah masa habis kat nak menutup 'kemaluan' je?

Wei! sehari hanya ada 24 jam je!  Fikir-fikirkan lah....

Thursday, May 24, 2012

GUNA ROKET NAK KE BULAN?

Dah lama aku tak minat nak menonton news kat semua stesen TV kat Malaysia ni.... Nak tahu nape? tak yah cakap lah... korang mesti dah tau. Tapi tak pe lah. Aku bagi tau jugak lah.... Mmm, sebab pada aku semuanya 3 suku... Siang malam, membodek dan mengutuk je kerjanya. Kah kah kah.. Sumber berita aku banyak datang dari online news, blog dan lain-lain social network seperti Twitter dan FB... biarpun masih ada elemen bodek dan kutuk tu, tapi dia di coretkan oleh individu itu sendiri... bukan oleh 'chief editor'...

Tapi ntah camana, semalam aku 'tersalah tekan' butang lak... tetiba aku ternampak ada debat lak kat satu channel ni... Nampak dua orang muda yang aku kira hebat jugaklah sedang mendebatkan isu PTPTN dengan rancak betul.. Mula-mula tu memang rasa nak tukar channel. Tapi bila 'ternampak' cara dia orang bercakap tu macam menarik, profesional... aku 'terpaksa'lah tunggu sampai habis... berjaya jugak dia orang tarik perhatian aku kali ni...kih kih kih

Namun, aku tak suka jadi seorang yang prejudis. So, aku cuba digest dan blend dalam kepala hotak aku ni sambil mendengarkan hujah-hujah dua-dua pihak.... Pada aku yang setengah masak ni, aku boleh katakan 'not too bad' tentang debat ni... satu perkembangan yang sihat. Cuma apa yang aku rasakan, masih ada beberapa perkara pokok yang tidak terjawab didalam debat ini... Malah, ianya menjadi satu persoalan pulak? aduih, nape lah aku gi tengok semalam... kan dah fening... mmm, tak de pasal cari pasal...Tapi, aku punya pasal lah... KahKahKah!

Persoalan yang bermain dikepala aku ialah apabila salah seorang dari mereka mempertikaikan tentang 'hutang jerung' yang tak berbayar, dengan 'hutang bilis' student yang dikejar-kejar.... Persoalan ini dijawab secara 'sangat selamat' dengan alasan 'jerung' tu dah buat penyelesaian diluar mahkamah... So what? kalau bincang kat luar Mahkamah tu bayar ke tak? hampir setengah billion tuuuuuu! Sape bleh jawab?

Namun camana pun aku bangga dengan dua orang muda ni... memang berkarisma dan boleh dilihat sebagai bakal pemimpin masa depan... cuma 'platform' mana yang nak dipakai je... Sebab pada aku, 'platform' mereka ini akan mempengaruhi cara pemikiran dan hujah-hujah mereka... So, Hijau atau Biru? Roket, Bulan atau Timbang? Pilih pilih!!! Kikihkihkeh!

Percaya tak, kalau dua-dua bersatu 'gunakan Roket' dan 'Belon Terbang' untuk 'pergi ke Bulan' untuk mencari solution, kita tak perlu lagi 'Dacing' untuk menimbang berapa berat hutang yang perlu ditanggung oleh kumpulan 'bilis' yang sedang terperangkap didalam perangkap 'jaring halus' yang sentiasa terbentang di bumi tercinta ini... KaH KaH Kah...

Senyum poyo lah sikit!

Tuesday, May 22, 2012

TAK PERNAH TERJADI? NI DAH JADI!

HAHA!!! Ini satu berita dan cerita yang menarik untuk dibaca... Mungkin ini juga satu cerita yang membuka mata?... adakah Ini juga satu cerita yang menelanjangkan kebenaran... Apakah ini juga satu infomasi rekaan???? Saper boleh jawab? KaHkAhKah...

Sebelum tu baca dulu berita ni yang dipetik dari Malaysiakini:


KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Cara  Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Yusuf merupakan ketua pendakwa raya kes liwat Anwar, yang diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Januari lalu.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang ketua pendakwa raya selepas selesai satu kes (pihak pendakwa raya),  terus menyeberang menjadi peguam bela," kata Anwar kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Salah seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata, Yusof secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi salah seorang peguam bela dalam kes perbicaraan itu.

“Beliau telah dihubungi Anwar semalam dan membuat keputusan untuk menyertai perbicaraan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, penyertaan Yusof dalam barisan peguam bela Anwar satu perkara yang baik kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang perundangan.

Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah peguam utama Anwar, Karpal Singh dan anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo.

Anwar bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham didakwa secara berasingan menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.


Aku tak pasti sejauh mana kebenaranya??  harap siaran 3suku, Meloya dan seangkatan dengannya dapat mengambil tajuk ni menjadi headline mereka supaya satu Malaya tau... Dan merungkai segala 'salah faham' dan 'memperbetulkan' infomasi yang selalu diangap salah ini.... Ataupun, nak elak kekeliruan buat je 'ekslusif' interview dengan Datuk Yusof ni.... macam buat dengan spesis 'lompat si katak lompat' yang 'pro fesyen nol' yang pernah diaorang buat temubual sikit masa dulu.... ada bran????  KaH kAh Kah!!!

So, apakah yang bermain didalam fikiran korang? Hanya korang sendiri dan Ilahi saja yang tahu.... Jangan senyum-senyum poyo haaa!!

Monday, May 21, 2012

ATLIT DAN USAHAWAN KUDA?

Aku tak tahulah perkataan 'double standard' boleh aku gunakan dalam coretan aku kali ini... atau ada lagi ayat yang lebih sesuai untuk aku gunakan... Kamus dewan aku pun ntah kemana perginya... kah kah kah

Aku tidak mahu menyebelah mana-mana pihak sebab diorang pun tak pernah bagi aku apa-apa untuk mencoretkan sesuatu untuk dia orang. Aku sendiri pun tak pernah nak meminta apa-apa... jauh sekali untuk mengharap... 'aku menulis bukan kerna nama' (fulamak, mcam lagu Ramli Sarip la pulak)... Bagi aku hidup aku, aku yang aturkan... yang selebihnya tu, Ilahi yang menentukan... Lepas aku berusaha, tawakkal je lah kepada Nya...

Apa yang nak aku coretkan hari ni adalah tentang berita 'protes' yang dilakukan di kediaman seorang warganegara yang sah didalam jabatan pendaftaran negara... Aku tak suka sebut nama. Aku rasa korang mesti tahu... Ha, lepas ni ada lah yang kata aku penyokong 'sebelah sana' pulak... Sebab ini lah pemikiran segelintir dari kita selama ini.... Bila kita suarakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang berlainan dari 'acuan' spesis tertentu, kita akan di label sebagai ahli 'jemaah' pembangkang... Peduli apa aku... Pergi mampos lah... kah kah kah

Kalau kita imbas semula, setiap kali ada cadangan nak buat perhimpunan di tempat awam, mesti suratkhabar meloya, siaran tiga suku dan lain-lain yang sewaktu dengannya akan melaporkan berita itu sebagai headline dia orang... Mereka yang menentukan sama ada perhimpunan itu 'halal atau haram'... Kalau yang datang dari pihak 'sebelah sana' tu, kompom akan jadi haram, pelbagai alasan tersendiri di utarakan sampaikan seolah-mereka ini tidak menghormati undang-undang... Malah dilabelkan seolah-olah nak 'menggulingkan pemerintah'... Benarkah diorang tak hormat undang-undang? Hanya Allah yang tahu...

Monday, May 14, 2012

ADUH! TERSANDAR DALAM KEJUTAN?

Tarikh 'keramat' akhirnya tiba jua... 8hb Mei 2012, Selasa bersamaan 16 Jamadil Akhir 1433 hijrah... Hari yang dikhabarkan akan ramai warga Felda akan "tersandar dalam kejutan" oleh pengumuman durian runtuh yang bakal menghempap 'kepala' mereka.... Aku cuba jugak baca paper, online blog dan jeling-jeling kat berita TV sebab nak tengok berapa ramai dah tersandar dek kejutan tu.... kah kah kah. Cukup-cukup lah buat orang macam buta kayu... Beban hutang baja dan penyelenggaraan yang tak pernah ditandatangani 'invoice' nya pun dah berpuluh ribu.... dan tak terjawab sampai sekarang...cam no tu?

Sebenarnya aku pun bersyukur atas apa yang bakal di berikan kepada abah dan mak aku yang berjuang puluhan tahun di tanah rancangan Felda. Tapi itu bukan dari para pemimpin yang hanya menjadi 'penyampai' kepada anugerah kurniaan ilahi itu... Sebahagian dari pemimpin yang 'berkokok' di pentas tu belum tentu pernah merasakan kehidupan sebenar dalam Felda. Datang melawat sesekali degan dipersiapkan banner, lampu terang benderang, jalanraya yang diturap seminggu sebelumnya, so apa yang diorang nampak cuma yang indah. Maka berbanggalah mereka yang kononya telah berjuang untuk masyarakat Felda... Woi!! peneroka tu berbakti pada tanah berpuluh tahun, masakan ucapan kesyukuran diberikan kepada mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan dari apa yang diusahakan oleh peneroka selama ini? Jangan ingat semua orang bodoh la wei!!!

Tetapi yang paling aku tak leh tahan ialah gah nya berita yang dikhabarkan selama ini.... Khabarnya jumlah yang tak pernah terfikir oleh para peneroka....  Seolah-olah jumlah itu tak pernah di terima oleh para peneroka felda hasil titik peluh mereka sendiri. Hei, korang cuma duduk dalam air-cond dan dapatkan cerita dari pencacai yang mentedarah hasil dari apa yang dikorup oleh mereka je lah... sebab tu ko ingat peneroka felda  tu boleh pengsan sebab dapat durian runtuh yang dikhabarkan tu... toloooonggg la wei!

Sekarang ni, mana-mana kawasan rancangan pun boleh dapat internet. Peneroka Felda pergi kebun pun pakai Blackberry dan ada yang I-Phone macam korang jugak. So, korang ingat dengan cakap muluk-muluk cam tu, dia orang boleh alpa... dia orang senyum, ketawa dan tepuk tangan sebab cerita korang selama ni kelakar sangat.... kah kah kah.. Sebab apa? Sebab gula-gula yang ditaburkan tu dah tak berapa manis lagi.... kih kih kih...

Semoga Allah selamatkan Abah dan Mak aku.... Amein...

MY Channel

Loading...