Wednesday, April 25, 2012

SERAM SEJUK!

Ketika semua spesis tertentu ghairah menyalak untuk mendapatkan perhatian umum, aku tertanya-tanya kemana perginya suara lantang seorang 'pejuang' ni... At one period of time, dia ni melolong sana sini membuat cerita dongeng diserata pelosok tempat yang kononnya menjadi 'port' golongan desperado... Maka, tertawa lebar lah 'dia' bila mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari golongan ini....

Tapi sejak akhir-akhir ni tetiba 'dia' hilang dari radar.. tak tau kemana perginya... mungkin kah sedang gering atau sedang menyusun strategi baru untuk membuat 'come back' dengan lolongan yang baru? Mmmm... persoalan!

Namun dari sumber beberapa sumber, dapat aku simpulkan bahawa 'dia' ini sedang mengalami sejenis penyakit yang hanya menyerang apabila segala 'air yang disimbah' dah terpencik ke muka sendiri... So, apabila mengidap penyakit ini, si pengidapnya akan menggigil dan menggeletar walaupun berada di bawah matahari yang terik... kah kah kah... Apakah  nama penyakit ini? hahaha.... namanya penyakit 'Seram Sejuk'... kah kah kah.... Seram didalam Sejuk atau Seram ketika Sejuk ataupun Sejuk sambil Seram.... Huh! complicated! hehehe...

Tapi tak perlu lah risau sebab penyakit ni tak lah merbahaya sangat kepada orang lain... sebab dia tak kan berjangkit kepada orang lain melainkan orang itu turut sama menyimbahkan 'air' didalam baldi yang sama... kah kah kah....

Siapa yang makan chili, dia yang rasa pedasnya....  Senyum poyo je aku...

Monday, April 23, 2012

DRAMA KLISE ON THE RIGHT TIME SLOT!

Mmmm... beberapa hari ni aku terbaca berita yang dah lama ramai orang predict... Kat blog, paper dan yang sewaktu dengannya menceritakan skrip sebuah 'drama' yang agak menarik jugak lah ketika ini... selepas, soap-opera liwat, chinadoll dan lain-lain... kakaka... aku rasa, ramai antara korang yang dah tahu dah ni... Cuma ini sebenarnya drama lama yang telah diolah menjadi lebih menarik... kakakah

Pada aku kisah ni jadi menarik sebab selama ni 'ruang penglihatan' kita semua di alihkan kepada kisah yang hampir serupa, tapi lebih kepada 'fiction' atau rekaan si 'penglipurlara'nya.... Nak tahu kenapa? Ha, Ini kerana ada sebuah kisah lain yang lebih 'menyentuh' perasaan yang bakal di paparkan pada 'time slot' yang sesuai... kah kah kah...

So, sekarang 'time slot' drama yang diberi 'nafas' baru ini mula bersiaran di seluruh negara... sebab apa? jawapannya mudah.... sangkakala PRU sudah hampir bertiup!!! kih kih kih....

Yang paling best tu, pelakonnya bukan calang-calang... heroinnya memang pelakon hebat dan popular.. Satu malaya kenal dengan dia... dan yang lagi satu, pelakon 'baru', tapi memang fofular juga di tanahair kita ni... Cuma dia pertama sekali berlakon... kah kah kah...

Ceritanya simple dan klise... Dah banyak kisah macam ni dipaparkan... Kisah VViP, Kisah wang ringgit, kisah shopping di London dan klimak kepada konfliknya ialah, wang 200k dilarikan oleh pemandu.... kah kah kah...

Aku tak tahulah samada kisah ni cuma rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia... ataupun, kisah yang diambil dari 'kisah benar'..... kih kih kih....

Apa pun, aku menantikan kesinambungan kisah ini.... Ini sesuatu yang menarik untuk di 'tonton' dikala semua 'penerbit-penerbit' yang berkenaan dahulunya 'mempromosikan' kisah orang lain.... So aku sangat mengalu-alukan para 'penerbit' yang 'sejenis' dengannya membuat promosi hebat tentang cerita paling menarik 2012 ini dalam masa terdekat.... kah kah kah....

Aku sentiasa ingat dengan pesanan yang sering diingatkan oleh abah dan guruku... "jika kita membuka satu keaiban seseorang, Allah akan membuka 10 keaiban kita dan jika kamu menutup satu keaiban seseorang, Dia akan menutup 10 keaiban kamu".... 

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk diriku dan sahabat-sahabat yang lain...

Wallahu A'lam...


Wednesday, April 18, 2012

SANGKAKALA DAH BERTIUP?

Kelmarin aku pulang ke rumah hampir jam 5 pagi setelah membuat preview footages di editing studio kat Kota Damansara... Tapi bukan itu yang sebenarnya nak aku coretkan kali ini... tetapi ada sesuatu aktiviti yang menarik perhatian aku dalam perjalanan pulang ke rumah....

Mungkin aku blur sikit kebelakangan ni sebab tak banyak waktu yang dapat aku luangkan untuk mengikuti berita terkini di semua media.... cuma, sesekali aku log in kat twitter dan facebook je... tu pun banyak news yang tak menarik perhatian aku...

So, malam tu aku seperti tertanya-tanya bila terlihat beberapa orang sedang memanjat tiang lampu, signboard dan beberapa tempat yang mereka rasakan sesuai untuk menggantung dan memacakkan 'bendera' masing masing.... Huh? hati kecilku tertanya-tanya... parlimen dah dibubar ke? tertinggal bas ke aku ni? Suasana di beberapa kawasan terlihat seolah-olah kempen pilihanraya telah bermula... Hmmm, mungkin perasaan aku je kot!

Namun, bila sampai di kawasan perumahan tempat aku tinggal, terjumpa plak dua tiga orang jiran yang masih berbual disitu... So, sempatlah aku berhenti dan bertanyakan tentang apa yang aku nampak tadi... So, semua orang tertawakan aku.... Aduh, memang lembab tul aku ni.... Jawapan dia orang, 'biasa lah tu bro, dah dekat dah'... aku cuma senyum je lah...

Namun apa yang aku fikirkan ialah, apakah pemantauan yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.... Adakah sememangnya di bolehkan memasang bendera parti politik masing-masing sebelum pengumuman tempoh berkempen pilihanraya? Aku pun tak tahu sebab aku bukan main politik pun....

Aku tak nak mention parti mana, tapi hampir semua parti punya bendera aku nampak dah tergantung & terpacak di beberapa kawasan dan persimpangan jalan utama kat area rumah aku di Kajang.... Hmm, benda tu bukan lah jadi masalah sangat pada aku, cuma wujud persoalan bengong dalam kepala hotak aku ni...  Sangkakala pilihanraya dah ditiupkan ke???


Perjuangan sebenar bermula... huhu!


Saturday, April 14, 2012

Berita Gempa Acheh & Amaran Tsunami

Mmm... lama aku tak post sebab bz giler dengan penggambaran filem aku sejak hujung bulan March lalu. Sejak tu, aku bagai tak berapa sedar dengan apa yang berlaku di luar set penggambaran aku. Apa lagi sebahagian penggambaran di lakukan di Pulau Pemanggil, Mersing. Walaupun namanya pulau Pemanggil, tapi line telefon very bad. Cuma ada line maxis je. Tu pun kena panjat bukit kalau nak cakap.... So, betul punya survivor lah kat situ.

Lanting Resort, Pulau Pemanggil, Mersing
Apa yang kau nak coretkan kat sini, bukanlah pasal filem aku. Sebab masih lagi dalam proses penggambaran block terakhir di KL. Tapi aku nak ceritakan bagaimana khuatirnya 
team aku di Pulau Pemanggil yang tiada perhubungan, tidak seperti tempat peranginan lain. Mujurlah masih dapat siaran TV3 untuk kita orang pilih-pilih berita yang penting untuk kita ambik tahu... yang lain tu, propaganda yang tak perlu kita amik tahu pun... kah kah kah.

Tanggal 11 April lalu sepatutnya kami dah selesai dan pulang ke KL. Namun atas beberapa gangguan yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menyambung untuk sehari lagi... Tapi tetiba petang tu, kita dapat berita Tsunami bakal melanda beberapa kawasan perairan semenanjung Malaysia. Alangkah khuatirnya kami yang berada di sebuah pulau yang tidak punya perhubungan telefon dan pengangkutan hanya bergantung kepada bot... Kemana kami nak berlindung? Namun begitu, aktiviti penggambaran kami terus berjalan dengan lancar sambil berdoa agar kami semua terus dilindungi dari malapetaka yang menggerunkan itu... Alhamdulillah, jam 10 malam, amaran Tsunami ditarik balik... Betapa leganya hati kami dan dengan penuh kesyukuran kami sebenarnya disedarkan oleh Nya bahawa tiada lain tempat kami berharap selain dari Allah yang Maha Berkuasa....

Pengalaman ini membuatkan aku dan rakan-rakan yang lain belajar tentang bagaimana menjalankan tugas harian dengan membawa bersama ketaqwaan kepada Ilahi... semoga apa yang kami lakukan mendapat keredhaan oleh Nya.... Aminnnn...

MY Channel

Loading...