Wednesday, March 7, 2012

GULA-GULA BERTABURAN LAGI

Sejak zaman persekolahan aku, memang aku terlalu jarang makan gula-gula. Bukan tak nak, tapi orang tua tak mampu nak 'layan' aku dengan gula-gula. Kalau dapat pun, sama ada orang kasi atau pun aku curi-curi beli.. tu pun setakat gula-gula hacks atau pun hudsons... tentu korang masih ingat lagi nama tu kan? kih kih.... Sebab tu lah aku tak bleh nak 'layan' sangat ngan gula-gula ni... 

Tapi malam ni, aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu tentang gula-gula ni... Gula-gula ni spesial sebab dia datang bermusim... Kalau ikut urutannya, dia datang lebih kurang 4 ke 4.5 tahun sekali... itu gula-gula yang besar dan manis lah... yang kecik-kecik celah gigi tu, ada jugak lah.... kih kih kih 

Kalau kita perhatikan betul-betul, macam dah menjadi lumrah apabila menjelang tamatnya tempoh 'kekuasaan', ada spesis tertentu akan mula menaburkan gula-gula diserata pelusuk daerah. Walaupun aku bukan spesis yang termasuk didalam 'pengulum' gula-gula, tapi aku dapat jugalah merasakan manisnya... kah kah kah

Aneh ya... sepanjang beberapa tahun lalu, banyak perkara yang seharusnya ditangani dengan segera. Tapi ia seperti sengaja menunggu saat yang dianggap 'sesuai'... Tunggu 'gula-gula' siap di buat kot! 

MY Channel

Loading...