Sunday, February 26, 2012

SIAPA LEBIH BERTAMADUN?

Bukanlah hebat sangat aku ni kalau nak komen tentang dunia luar. Apalagi urusan ekonomi dan politik di Eropah. Hal kat dalam daerah aku sendiri pun tak abih nak follow... kah kah kah!
Namun berita tentang keberanian Iran menyekat bekalan minyak ke Britain dan Perancis baru-baru ini, telah menarik perhatian aku untuk mencoretkan apa yang bermain di minda aku yang sempit ni... Tak kisahlah kalau korang nak baca, komen atau kutuk... kalau tak minat, berjuta lagi blog dan website yang boleh korang tengok...kah kah kah...

Pada aku tindakan Iran tu memang sepatutnya dah lama dia orang buat untuk mengajar golongan yang sombong dan bongkak dengan kekuasaan mereka di barat sana tu. Dia orang ingat semua orang boleh di beli dengan wang dollar, euro atau yang sama nilai dengannya... Dia orang ingat sebab dia orang menjadi pengimport minyak terbesar, dia boleh buat sesuka hati... kalau diimbas balik sejak setengah abad lalu, bila sejarah mencatatkan tentang hubungan 'akrab' yang tulus antara dua kuasa besar dunia ini dengan liga negara Arab? Kalau pun ada, mungkin aku tak sempat baca... tak pun belum lahir lagi kot? kah kah kah....

Dari dulu sampai sekarang dan mungkin akan datang, misi mereka tu jelas sangat. Dia nak mendapatkan hasil bumi di negara Arab yang dikurniaan Yang Maha Esa... Tak kira apa cara sekalipun, samada memfitnah kononnya negara berkenaan memiliki nuklear, kononnya negara berkenaan melindungi pengganas, negara berkenaan kejam terhadap rakyatnya dan lain-lain tohmahan... point nya cuma satu, iaitu untuk menakluki dan menjajah bagi mendapatkan hasil minyak...

So, walaupun aku cuma seorang insan yang kerdil dan tak mampu memberi impak apa-apa melalui coretan aku, tapi aku puas kerana dah berapa lama membaca, menonton serta mendengar berita kebongkakkan golongan ini... Sekurang-kurangnya dengan tindakan berani Iran, negara arab lain yang majoritinya umat Islam bukan sekadar memberi isyarat bahawa mereka ini memiliki pendirian yang tidak boleh di jualbeli dengan dollar atau euro yang mereka agungkan selama ini... 

Yang paling penting ialah, Iran berjaya menyampaikan mesej yang jelas bahawa mereka ini jauh lebih bertamadun dari pemimpin barat yang hanya berani 'berkokok' di sebalik ribuan kambing hitam mereka dan senjata canggih yang pada hakikatnya memerlukan sumber asas dari negara yang mereka cuba takluki... Yang paling geram dan menyedihkan apabila manusia terutamanya kanak-kanak yang tidak terlibat dalam 'itu gambar' terbunuh akibat kerakusan golongan 'jahanam' ini... Pada aku, itu sudah cukup membezakan 'ketemadunan' mereka dan tak payahlah kita nak cakap tentang kerosakkan yang dilakukan oleh mereka keatas mukabumi anugerah Ilahi ini... 

Semoga tindakan berani Iran ini akan menjadi pencetus semangat kepada perjuangan negara Islam yang lain... Insya Allah... 

No comments: