Sunday, February 26, 2012

SIAPA LEBIH BERTAMADUN?

Bukanlah hebat sangat aku ni kalau nak komen tentang dunia luar. Apalagi urusan ekonomi dan politik di Eropah. Hal kat dalam daerah aku sendiri pun tak abih nak follow... kah kah kah!
Namun berita tentang keberanian Iran menyekat bekalan minyak ke Britain dan Perancis baru-baru ini, telah menarik perhatian aku untuk mencoretkan apa yang bermain di minda aku yang sempit ni... Tak kisahlah kalau korang nak baca, komen atau kutuk... kalau tak minat, berjuta lagi blog dan website yang boleh korang tengok...kah kah kah...

Pada aku tindakan Iran tu memang sepatutnya dah lama dia orang buat untuk mengajar golongan yang sombong dan bongkak dengan kekuasaan mereka di barat sana tu. Dia orang ingat semua orang boleh di beli dengan wang dollar, euro atau yang sama nilai dengannya... Dia orang ingat sebab dia orang menjadi pengimport minyak terbesar, dia boleh buat sesuka hati... kalau diimbas balik sejak setengah abad lalu, bila sejarah mencatatkan tentang hubungan 'akrab' yang tulus antara dua kuasa besar dunia ini dengan liga negara Arab? Kalau pun ada, mungkin aku tak sempat baca... tak pun belum lahir lagi kot? kah kah kah....

Dari dulu sampai sekarang dan mungkin akan datang, misi mereka tu jelas sangat. Dia nak mendapatkan hasil bumi di negara Arab yang dikurniaan Yang Maha Esa... Tak kira apa cara sekalipun, samada memfitnah kononnya negara berkenaan memiliki nuklear, kononnya negara berkenaan melindungi pengganas, negara berkenaan kejam terhadap rakyatnya dan lain-lain tohmahan... point nya cuma satu, iaitu untuk menakluki dan menjajah bagi mendapatkan hasil minyak...

Monday, February 20, 2012

DIVIDEN KWSP 6% - TINGGI DLM SEJARAH?

Alhamdulillah! Aku rasa ramai yang dapat merasakan kegembiraan apabila semua akhbar di negara ini melaporkan tentang berita baik ini. Yes! dividen KWSP sebanyak 6% untuk semua pencarum. Aku yang menjadi salah sorang pencarum pun, tumpang gumbira jugak la... Apa tak nya, dikhabarkan ini adalah yang tertinggi sejak sepuluh tahun lalu... Tahniah kepada semua pencarum dan juga KWSP yang membuat pelaburan dengan modal simpanan kami... Pendek kata, kami yang bagi modal lah... kah kah kah! Maka memang wajarlah kami diberikan imbuhan dari pelaburan tu... tul tak?

Namun, jumlah ini bukanlah yang paling tinggi. Sebab pada tahun 1983 hingga 1987, KWSP pernah bayar dividen setinggi 8.5%... Tapi kita harus bersyukur jugalah sebab dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, masih ada cahaya dihujung tunnel yang kita boleh nampak. Alhamdulillah...

Thursday, February 16, 2012

JUALAN KONDOM MENINGKAT?

Hari ini iatu dua hari selepas tanggal 14 Feb 2012, pelbagai kisah di beritakan dalam akhbar tertentu, blog, forum dan lain-lain medium. Antara yang sempat menarik perhatian aku ialah kisah peningkatan penjualan kondom pada tarikh 13 Feb lalu. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya sebab aku cuma mendapat maklumat dari sumber yang aku sendiri tak pasti kesahihannya. Tapi, semua orang faham kaitannya dengan tanggal 14 Februari iaitu hari yang KONONYA di popularkan dengan nama 'hari kekasih' ataupun 'valentine day' kata omputih. 


Aku memang dari dulu lagi TAK PERNAH setuju dan TAK pernah menyokong mahupun dari guruauan. Aku memang anti kepada sebarang promosi hari valentine ni... Aku tak peduli apa orang lain nak kata, tapi yang aku faham, segala perkara yang dikaitkan dengan valentine day ini adalah salah dari segi hukum Islam dan merupakan satu propaganda yang sangat jelas bagi orang yang tahu asal-usul sejarahnya. Kalau memang nak berkasih suami-isteri, ibubapa dan lain-lain yang wajar, kenapa mesti nak tunggu tarikh 'jahanam' tu... sori la beb!

Baik, ini antara pendapat yang aku pernah baca dan mungkin korang jugak pernah baca...