Monday, January 30, 2012

KERTAS ANG POW PUTIH?

Beberapa hari ini hampir semua akhbar tempatan sarat dengan berita tentang 'kerjasama' yang dijalinkan dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Maka, di dada-dada akhbar terpampanglah photo pelbagai wakil pemimpin dari parti politik, NGO dan lain-lain persatuan yang bersama-sama menunjukkan sikap harmoni dikalangan masyarakat berbilang kaum dinegara ini... Baguih la tu sebab kita harus mempertahankan keharmonian dan ketenteraman rakyat dinegara ini...

Dalam kemeriahan sambutan disana-sini, tetiba aku terbaca di FB dari seorang rakan tiong hua aku tentang satu program sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh sebuah organisasi yang agak 'gah' ini... namanya pun memang gah lah... 'perkasa'... Hmm, tak yah lah aku ulas lanjut ya...

Photo dari MalaysiaKini
Apa yang  mengejutkan aku ialah, si penulis ni bengang sangat dengan pemberian 'ang pow' yang dianggap sebagai tidak sensitif dengan budaya masyarakat Tiong Hua di negara ini... Apalagi yang memberikan tu adalah seorang pemimpin yang agak 'popular' jugaklah... pernah memegang jawatan menteri satu masa dulu... 


So, aku sempat 'heran' kejap sebab kenapa bagi 'ang pow' pun nak bengang? 
Rupa-rupanya isu kertas bekas 'Ang Pow' tu yang di pertikaikan oleh kawan aku tu... Si 'pemberi' telah menggunakan kertas bewarna putih dan bukannya warna merah... 

Menurut kawan aku tu, kertas 'ang pow' warna putih itu adalah untuk di gunakan kepada keluarga orang yang meninggal dunia... Huh???? aku pun terkejut... So, rakan aku tu merasakan cukup terhina bila gambar majlis itu di paparkan sejelas-jelasnya di sebuah akhbar online... adusssh! sapa nak jawab tu??? Mana perginya 'penasihat' yang ramai disekeliling 'pemimpin' tu? Tak tahu jugak ke??? So...

Friday, January 13, 2012

INSENTIF - SISTEM PUNYA MASALAH?

Baru-baru ini PM mengumumkan 'insentif' kepada peneroka Felda akan dibayar pada penghujung Disember 2011. Rasionalnya apabila pengumuman seperti ini dibuat, dah tentu pihak yang bertanggungjawab telah bersiap sedia dengan pelan tindakan yang bakal diambil. 

Tetapi malangnya ketika aku pulang ke kampung halaman di FELDA BUKIT ROKAN UTARA pada minggu lepas, aku dimaklumkan oleh abah bahawa beliau masih lagi menunggu pembayaran insentif seperti yang diumumkan. Bukan banyak pun, tapi yang penting itu hak diaorang...

Betapa kecewanya dia dan beberapa orang penduduk lain kerana merasakan diri diaorang ni dipersendakan. Sebagai anak yang juga generasi kedua di tanah rancangan Felda ini, aku juga turut merasakan kekecewaan itu. Marah pun ada... Apalagi ketika pihak atasan Felda sedang ghairah menjanjikan masa depan yang 'indah' untuk peneroka Felda seperti mereka.

Menurut beberapa penduduk yang lain, diaorang dah beberapa kali cuba menanyakan dengan pihak pengurusan, malangnya alasan yang diberi adalah tidak munasabah langsung. Sukar untuk diterima dalam kemodenan teknologi hari ini, sistem maklumat dan 'documentation' mengalami masalah. Apalagi setelah mendiami tanah rancangan Felda ini lebih 35 tahun. Bagaimana pentadbiran dijalankan selama ini? Kemana hilangnya rekod? Pajak gantung?

Kalau pun betul sistem ada masalah, apa tindakan yang diambil selama hampir 2 minggu berlalunya tarikh yang dijanjikan? Persoalan lain ialah mengapa tidak ada penerangan yang jelas daripada pihak yang bertanggungjawab? Adakah sebab mereka ini dianggap umpama kuli batak yang tak boleh bersuara?

Biarpun hidup jauh di pendalaman, sesungguhnya diaorang ni tak bodoh beb! Saban hari media arus perdana ghairah menggambarkan Felda sebagai sebuah konglomerat yang gah dan hebat. Aku tak pernah nafikan yang tu... Tapi tak kan lah isu sebegini tidak mampu ditangani dalam tempoh yang singkat? Steve Jobs dah 'pergi' pun, sistem dia masih hidup... Kalau tak pun Bill Gates masih ada dan dah cipta mcam-macam sistem yang canggih... so, apa alasan? Ke ada Virus? 

Kalau gini caranya, camana para peneroka ini nak dapat keyakinan bahawa hak mereka akan terbela jika penyenaraian di bursa saham dilaksanakan?


Tuesday, January 10, 2012

SOAP-OPERA LIWAT DAH TAMAT!

Mmm... Satu Malaya dah tahu. Malah dunia pun dah tahu. Tanggal 9 Januari 2012 akan mencatat satu lagi sejarah. Setelah sekian lama, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim di bebaskan dari tuduhan ... tuuuuutttt! Tak yah lah aku nak sebut lagi... aku tak sanggup dah. Nak muntah...

Pada aku yang lahir dibumi Malaysia tercinta ni dan sebagai orang Islam, aku dah terlalu loya dan mual dengan berita 'ulang-tayang' yang memalukan seperti ini. Malah, aku tak tahu berapa jam rakyat Malaysia telah menghabiskan masa membaca kisah drama bersiri 'soap-opera' yang beratus episod sejak tahun 1999.. jika masa itu digunakan belajar undang-undang pun, rasanya dah dapat Master dan mungkin dah jadi hakim... hehehe.

Aku rasa tak pernah lagi aku terbaca satu isu yang paling mengaibkan seperti yang media kita lakukan didalam melaporkan kisah ini. Mungkin aku je yang tak jumpa kot... hehehe... Namun, apa yang membuat aku teruja ialah ketabahan dan kekuatan yang ada didalam diri DSAI... Berapa ramai pemimpin yang memiliki kekuatan seperti beliau? Cuba korang sebutkan nama... Mungkin aku tak kenal kot! hehehe.... Tapi ramai yang cuma memegang 'watak pak pacak' je... Kena ketuk sikit dah hancussss!

Sebenarnya, aku bukan orang politik. Jauh sekali dari menjadi ahli mana-mana parti politik. Selain dari para Rasul dan Nabi, aku juga bukan penyokong yang taksub kepada mana-mana pemimpin politik didunia ini... Mengundi pun kekadang tu missed jugak... hehe.
Tapi aku penyokong tegar kepada manusia yang berani dengan kebenaran. Dan kebenaran yang aku maksudkan ialah yang mutlak. Bukan kebenaran yang dicipta untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya mereka yang melatah selama ini harus bertanggungjawab atas apa yang di 'latah'kan mereka. Setiap kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka ini, tidak akan dapat ditarik balik melainkan permohonan maaf dengan hati yang tulus ikhlas. Aku rasa jika DSAI mampu melalui cabaran sehebat ini, tidak mustahil dia juga akan mampu memaafkan sesiapa saja yang berani mengaku kesilapan memfitnah terhadap beliau. Tidak perlulah dibuat secara terbuka kerana ramai manusia yang akan mempolitikkannya... 

Apa pun, aku tidak melihat peristiwa bersejarah ini untuk seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Tetapi aku melihat dari sudut kemanusiaan dimana setiap dari kita mungkin berdepan dengan apa yang dilalui oleh beliau... Namun aku masih yakin dan percaya dalam apa keadaan sekalipun, kebenaran akan tetap terserlah biarpun terpaksa melalui cabaran yang dahsyat....  

So, akhirnya kisah bersiri yang panjang umpama sebuah soap-opera ini akhirnya sampai ke episod terakhir hari ini.... kompom rating tinggi.... kah kah kah...

Rasanya, cukuplah tu. Tak yah lah sambung kisah ni lagi. Panjang sangat! lagi pun ramai dah boleh teka apa akan jadi kat ending nya... Tukar citer lain lak lah....kih kih kih

Wednesday, January 4, 2012

LPF TAK BUAT POTONGAN FILEM LAGI?

Baru-baru ini akau terbaca tentang 'kisah' penapisan filem yang bakal dirombak. Khabarnya, LPF (Lembaga Penapisan Filem) tidak lagi memikul tanggungjawab untuk menapis dan 'memotong' adegan-adegan yang tidak sesuai didalam filem. Malah, Menteri Penerangan,Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Utama Rais Yatim juga telah membuat statement dalam Utusan Melaysia minggu lepas (tak ingat hari apa lah pulak) bahawa penerbit filem bakal memikul tanggungjawab untuk memastikan filem mereka menepati apa yang telah digariskan sebelum ini.... Mmm... dah open!

Aku melihat perkara ini secara positif. Para penerbit filem akan lebih kreatif dalam membentuk adegan didalam karya mereka. Namun sebagai penggiat seni, apa yang penting ialah sejauh manakah keterbukaan itu bakal mengangkat karya kita ketahap yang lebih tinggi. Pada aku nilai sesebuah karya itu bukan hanya dengan kewujudan adegan 'tertentu', tetapi lebih kepada falsafah yang diterjemahkan didalam sesebuah karya itu. Malah kewujudan 'jiwa' sesebuah karya melalui 'human interest' atau nilai kemanusiaan yang sampai kepada pemikiran seterusnya mengalir kedalam perasaan penontonnya... bukan macam air liur basi yang yang mengalir masa tidur dalam panggung... Kihkihkih

Sebagai manusia yang berpegang kepada garis panduan yang disediakan, nilai murni yang bakal diterjemahkan melalui apa jua 'medium' penyampaian didalam sesebuah karya seharusnya menjadi keutamaan. Bukan dengan maksud untuk 'mengajar' tetapi sesuatu yang bakal dijadikan 'free-gift' yang bernilai kepada orang yang menontonnya. Samada ianya diterjemahkan dalam kehidupan ataupun tidak, bukan menjadi objektifnya... uwahhh, poyo lak aku ni... tapi aku cuma nak coretkan komen peribadi aku je.... boleh tak? kihkih kih..

Keputusan ini sebenarnya menampakkan keterbukaan pihak yang bertanggungjawab seperti LPF and KPKK didalam pembangunan industri hiburan tanahair. Apalagi ia di umumkan ketika kita sedang melangkah ke tahun baru ini. Sesuatu 'pembaharuan' didalam industri perfileman akan bermula pada tahun ini....

Cuma aku masih ada persoalan lain. Jika keputusan ini dilihat amat terbuka, bagaimana dengan dunia penyiaran tempatan? Masih adakah penapisan didalam penerbitan isu semasa seperti berita dan yang seumpamanya?

Jika pihak tertentu sudah melihat penggiat seni dan rakyat kita sudah cukup matang untuk menerbitkan sesebuah karya, mengapa masih ada 'sekatan' didalam media yang lain? News umpamanya... bukankah mereka juga sebahagian dari orang yang ber'seni'?... Tak pun aku yang keliru?... kahkahkah!

Mengapa masih ada orang yang di kecam melalui news dan berita isu semasa tetapi tidak pernah diberi peluang tampil untuk membuat statement yang lebih terbuka? Atau sememangnya wartawan memilih bulu? Atau mereka memang 'berbulu' dengan segelintir pihak ni? kah kah kah

Pada aku, jika penonton dan rakyat cukup matang, mengapa harus ada double standard dalam paparan di stesen-stesen TV? Pada aku lebih transparent jika biar rakyat yang menilai sendiri melalui apa yang ditonton...

Itu pun apa yang aku rasa je. Jauh sekali untuk mengajar... Boleh kan? kalau tak boleh???... pergi j*h*n*mmmm la... kahkahkah

Sunday, January 1, 2012

KISAH LAMA JADI AZAM TAHUN BARU?

Dalam kegembiraan rakyat Malaysia menyambut kedatangan tahun 2012 yang di pupuk dengan azam baru kearah masa depan yang lebih baik, aku nampak seolah-olah lain pula azam yang diaturkan oleh beberapa editor berita utama di stesen TV tanahair.

Sepanjang 20minit pertama berita pada malam ini dipenuhi dengan propaganda yang 'menyebalkan' kata orang seberang. Topik dan 'kisah lama' yang diulang-ulang pulohan kali, telah diolah dengan lebih 'kemas' dengan menampilkan komen-komen yang memualkan... uweeeks!
Tak perlu rasanya aku nak ulas lagi sebab aku pun bukan seorang editor. Aku juga bukan seorang kolumnis. Aku cuma rakyat biasa seperti kebayakan korang yang membaca coretan aku kat sini... Cuma aku tahu menonton, mendengar dan memahami apa yang disampaikan... macam korang jugak... kah kah kah!

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah, aku dan ramai lagi orang kat luar sana tak sebodoh yang para editor berita di TV dan akhbar sangkakan. Malah aku lihat, orang ramai yang duduk kat kedai mamak pun dah pandai merungut meminta tokeh kedai menukar channel kepada sukan atau movie yang lebih menghiburkan setelah 5 minit berita di siarkan... kih kih kih... Nasib baik pembaca berita tak nampak mereka bertindak macam tu. Kalau tak, harus mereka berhenti dari membaca berita yang diberikan pada mereka.... kih kih kih...

Namun, aku percaya masih ramai yang menontonnya... tak pe... Ini negara demokrasi. Semua orang punya hak mereka sendiri. Cuma aku tak tahu samada mereka terpengaruh dengan berita yang disiarkan tu ataupun  tak... tapi peduli apa. Mereka punya pasal lah... kah kah kah... 

Kalau dah hari pertama tahun baru ni di mulakan dengan cerita macam ni, nampak gayanya aku terpaksa tambah satu lagi azam tahun baru aku tahun 2012 ni.... Tutup TV, duduk mengaji dan berdoa dari jam 8 hingga 9 malam. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan aku untuk tahun-tahun yang mendatang ni.... Dan dijauhi dari spesis yang suka mengadu domba....

Sapa nak ikut? 

MY Channel

Loading...