Wednesday, October 31, 2012

NASIB 'PENIUP TROMPET'


Kita semua tahu trompet adalah alat muzik yang memiliki kehebatannya tersendiri.  Bagaimanapun, peniup trompet bukan lah calang-calang pemuzik. Bukan semua orang mampu melakukannya. Tapi kalau sekadar nak tiup untuk dapatkan bunyi, aku pun boleh… Pas tu kembang pipi.. Kih KihKih.

Antara pemuzik hebat yang selalunya dikaitkan dengan trompet & saxophone adalah seperti Kenny-G dan kalau di Malaysia ni, tentulah Dato’ Ahmad Nawab… Namun, apakah simbolik disebalik trompet yang menjadi ungkapan politik kebelakangan ini ? Adakah sebab bunyinya yang merdu itu membuatkan semua orang tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu… Mungkin jugak boleh aku tafsirkan begitu…

Namun, apa yang aku lebih tertarik ialah apabila ungkapan ini menjadi satu label kepada golongan tertentu. Dan lebih buruk lagi, apabila mereka yang dilabelkan sebegitu dianggap sebagai musuh dan “harus dihapuskan” dengan apa cara sekalipun… Alasannya mudah, mereka meniup trompet! Dan ramai yang minat sangat nak mendengar… Tapi masuk akal ke? Ntahlah…

Aku masih tidak memahami apakah kesalahan ‘peniup trompet’ sehinggakan mereka ini harus diheret ke pangadilan hanya kerana mereka ‘meniupkan trompet’ untuk menyedarkan semua pihak. Malah ‘lagu dan melodinya’ menjadi kegemaran majoriti kerana ianya ‘lain-dari-yang-lain’… Eksklusif lagi pulak tu…  Persoalan seterusnya ialah, siapakah yang akan melindungi ‘peniup trompet’ ini ketika pihak tertentu cuba menghapuskannya? Aku sangat berminat nak tahu, tapi siapakah yang akan menjawab persoalan ini jika pihak yang bertanggungjawab didalam undang-undang juga tidak mampu memberikan satu perlindungan kepada mereka?

Oh mungkin kerana suara trompet yang ditiup itu menjejaskan seseorang yang berkepentingan… Bagaimana pula dengan nasib peminat ‘bunyi trompet’ yang menantikan suara ‘merdu’ itu? Jika begitu aku boleh kategorikan trompet sebagai item yang menjurus kepada pergolakkan… Aduh semakin complicated hidup di abad ini… Apalagi di tanahair tercinta ini…

Justeru, peniup trompet bukan lagi menjadi ‘profesion’ yang mengangkat martabat seni seseorang. Tetapi, mungkin ia akan membuatkan seseorang itu ‘lebur’ keseluruhan ‘kariernya’ jika tiada lagi perlindungan untuk mereka. Apakah usaha dan pelan tindakan yang harus kita ambil untuk memastikan ‘trompet’ akan terus berbunyi dengan membawakan irama yang suka kita dengar?

Tak pe. Kita tunggulah hingga trompet besar dan Sangkakala PRU 13 berbunyi… Dah dekat dah tu…

Syyhhh! Mereka sedang mengilapkan ‘trompet’ itu dengan brasso! Hehehe…

Tuesday, October 30, 2012

CARI TULANG DALAM TELOR?

Semua orang tahu apa itu telor... ada telor ayam, ada telor itik, ada telor burung dan macam-macam telor lagi... Yang lebih 'exotic' lagi ada 'telor haiwan' yang secara tidak langsung selalunya dikaitkan dengan gurauan 'manusia jantan'... alamak! lucah ke? sorry ye... aku tak de maksud nak kesitu...

Selalunya, telor tiada mempunyai objek pejal didalamnya, melainkan telor haiwan... Eh, ada ke? aku teka aje lah... Tapi setahu aku bukanlah pejal yang dimaksudkan tu keras macam tulang... aduih! melalut la pulak aku... Tak pe, itu bukan isunya..

Apa yang nak aku coretkan kali ini ialah simbolik kaitan antara 'telor' dan sikap sesetengah dari kita... Tak kisahlah dalam apa jua situasi, kita selalu secara lumrahnya bersikap defensive... Maka, kita sering mencari setiap inci kesalahan orang lain... Tak ke?

Jika tidak pun, kita lebih cenderung untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud...

Hal ini sering berlaku dalam dunia politik, dunia kreatif dan dunia-dunia lain yang memiliki sifat subjektif didalam penilaian dan membuat keputusan keatas sesuatu perkara... Samada sedar atau tidak, sikap ini sebenarnya adalah kerana kita tidak mampu menerima kenyataan yang hadir didepan kita... Apalagi jika kenyataan itu pula bakal mengganggu-gugat kredibiliti kita... harus dicantas!

Lihat saja dalam dunia kreatif... Apabila setiap kali sebuah karya di paparkan kepada umum, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi 'yang pertama' memberikan response dan komen... Masing-masing cuba mencari perhatian dengan memberikan 'pandangan' yang kadang-kadang langsung tidak relevan dengan topik yang dikomen... Tapi, komen tetap komen untuk memastikan mereka lebih hebat dan pintar!

Mereka ini sebenarnya mahu dilihat sebagai seorang yang 'berilmu' dan apabila ada pihak yang mempertikaikan, maka dia akan memecah sebiji 'telor' untuk mencari tulang didalam nya... tapi yang pasti bukan 'telor' dia lah... QahQah Qah! Korang fahamkan?

Lebih parah lagi bila ada segelintir pemimpin mengambil pendekatan yang sama... Setiap kali merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, bukan isu itu yang cuba ditangani dengan komen dan pandangan yang konstruktif, tetapi cuba menutupnya dengan mencari kesilapan dan kesalahan pihak lain... Cari 'telor' orang lain la tu! 

Yang lucunya, mereka ini langsung tidak sensitif dengan wajah dan airmuka sinikal orang yang mendengarkan... Baginya, semua orang pasti akan mempercayai apa yang di 'pidatokan'... Wei, diam dan senyum tidak bermakna setuju... Semua orang dah matang la beb...

Aku cuma nak share je... Mungkin aku salah kot.. Tapi kalau korang nak buat pre-judgement, cuba bukak siaran berita di sebuah stesen yang kurang satu suku tu nanti... tak perlu dengar sangat apa yang di khabarkan oleh dua wajah 'hensem' dan 'jelita' tu... terlalu banyak propa... Tapi dia orang tu tak salah pun... Kita harus faham, dia menunaikan 'amanah' yang diberikan pada mereka... So, mereka tak pecah amanah lah.. 

Tapi cuba amati komen dan SOT (interview) dalam klip-klip yang dipaparkan... pas tu korang kira berapa banyak kali mereka ini 'mencari tulang dalam telor', daripada memecahkan 'telor' itu, lalu menggorengnya dan makan bersama... Sesama kita fikirkan...QahQahQah... 

Interpretasi aku ialah, kalaulah mereka benar2 terjumpa 'tulang dalam telor' tu, ini sesutau yang luarbiasa! Guiness Book of Record... Maksudnya pada masa yang sama, 'telor' mereka juga mungkin bertulang.... Sebab tu, mereka tu tak senang duduk dan sentiasa 'rimas'... QahQahQah...

Sekadar untuk Senyum Poyo jer... 

Sunday, October 28, 2012

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha kepada pembaca blog SenyumPoyo...
Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar...

Kepada yang pulang kekampung, berhati-hati dijalanraya.
Semoga selamat pergi dan pulang kembali ke kediaman anda...

Usah korbankan jiwa anda hanya kerana terburu-buru untuk pulang meraikan hari raya korban... Jadi, fahamilah maksud sebenar tentang korban, berkorban dan terkorban...

Selamat menyambut hari raya korban...







Friday, October 19, 2012

JENAMA & TERMA ELITIS

Aku bangga dilahirkan sebagai anak melayu di bumi Malaysia ini. Lebih dari itu, syukur sekali dilahirkan, dibesarkan, akhir baligh dan kini hinggalah ke akhir hayat sebagai seorang muslim.... Alhamdulillah...

Namun, masih banyak banyak ilmu yang harus aku tuntut untuk 'bekalan' hidup masa depan dan alam ukhrawi... Aku tidak mahu hidup berdiri sekadar hanya dengan 'jenama' sebagai seorang melayu serta menjadi seorang 'muslim keturunan'... Aku ingin menjadi muslim melayu yang tulin.... Justeru itu, aku akan terus berusaha memburu ilmu sampai hembusan terakhir... Insya Allah...

Hatta, aku sedar sekali kehidupan hari ini sudah jauh sangat bezanya berbanding dengan beberapa dekad yang lalu. Baik dari segi prinsip duniawi mahu pun ukhrawi.. Dalam konteks kehidupan harian aje dah terlalu banyak pengaruh lain yang menyerap didalam jiwa kita tanpa kita sedari.... Rata-rata kita lebih gemar mengikut arus atau 'follow-the-crowd' kata omputih... Malangnya, kita sendiri sukar mentafsirkan apa yang sebenarnya kita ikut... Kita buat, sebab orang lain buat.... Kita cakap sebab orang lain cakap dan kita lawan dan sokong, sebab orang pun lawan dan sokong.... So, ini lah 'jenama' yang aku maksudkan... Jenama bagaikan magnet yang akan menarik pengikut.... itu dah lumrah... 

Namun, wujud persoalan dibenak aku... Adakah begitu juga kedudukan kita didalam pegangan agama? Nenek moyang kita melayu dan islam, maka kita juga menjadi melayu islam... Jawapan aku ialah Ya dan Tidak... Syukur secara majoriti,  Kita masih diberikan asas pegangan Islam yang sentiasa menolak kemungkaran dan menyeru kepada amar makruf.... Yang selebihnya tu, usaha kita sendiri untuk meletakkan diri kita sebagai seorang melayu muslim yang tulin dan dihormati....

Sebenarnya, aku tidak mahu menyentuh tentang agama dan pegangan disini kerna aku bukanlah ulama' atau ahli fatwa yang memiliki ilmu yang tinggi... Tetapi aku nak mencoretkan tentang perkara yang hampir sama dengan analogi itu...

Kalau kita perhatikan dari hari ke hari, banyak 'terminalogy terkini' yang digunakan dalam pertuturan kita seharian... bagaimanapun, kita jarang sekali mengkaji bagaimana wujudnya istilah yang diguna pakai itu.... Apalagi untuk memahami maksud yang tersirat disebaliknya.... Aku tidak nafikan yang sebahagiannya bukanlah istilah baru, cuma ianya mungkin kurang dipakai oleh golongan pertengahan dan kebawah... Tetapi aku percaya, mereka inilah golongan majoriti yang memiliki 'kuasa' didalam konteks kearah kestabilan pentadbiran dan pembangunan negara...

Justeru wujudlah dua persepsi yang berlainan... Bagi minoriti yang menjadi 'pengguna' istilah ini, merekalah yang hebat... mereka lah tinggi ilmu bahasa nya... Maka ketika berpidato, bergemuruhlah tepukan dan sorakan pendengar dan para hadirin yang mendengarkan hujah yang tidak putus-putus menyebut istilah yang ntah apa-apa... Malangnya, mereka kurang sedar bahawa ramai dan majoriti diantara yang bersorak dan bertepuk itu sebenarnya tidak memahami apakah maksud disebalik istilah yang diguna pakai itu... kesiannya...

Yang nyata, terlalu banyak terma elitis yang digunakan untuk menampakkan mereka ini 'cerdik' dan 'pintar'... Namun, aku tidak pasti samada mereka ini mendengar sendiri keluhan kumpulan sasar yang sukar untuk mendalami maksud disebalik istilah yang disampaikan...  Tak kurang pula yang hanya senyum poyo sebab tak berapa nak faham...

Yang jelas, ramai yang tidak dapat menghayati maksud tujuan disebalik istilah dan terma elitis yang digunakan.... So, tolonglah permudahkan penyampaian jika mahukan golongan sasar ini memahami apa yang sedang dilaksanakan... Bukannya memaksa public untuk bersorak dan bertepuk tangan dengan kalimah yang mereka sendiri pun tak faham....

Sebagai contoh, apa susahnya nak menyebut istilah mudah seperti pembangunan, kemajuan, perpaduan dan lain-lain...  Jika dibandingkan dengan; reformasi, revolusi, transformasi dan macam-macam 'si' lagi... Mmm, mungkin aku je yang tak faham kot! Lantak lah....

Aku sendiri sebenarnya gemar dengan percambahan kalimah didalam bahasa ibunda ku ini... Dan bukan lah maksud aku untuk merendahkan martabat bahasa, tetapi biar lah istilah yang digunakan itu mudah difahami seterusnya di hayati oleh golongan majoriti.... Baru lah, semua telinga yang mendengarkan dapat menghantar mesej ke otak seterusnya memahami maksud sebenar apa yang cuba disampaikan...

Janganlah sekadar membina 'jenama' dan 'terma elitis' yang pada akhirnya tidak mencapai hasrat yang diinginkan...

Ntah lah.... :)

Tuesday, October 2, 2012

JANGAN KELEPET!

Apa tu kelepet? kalau korang cari kat kamus mungkin jumpa kot... hehe tapi maksudnya lain lah sikit... simbolik! Apa pun, aku percaya, korang faham sebab aku selalu meletakkan orang lain lebih pintar dari aku....

Aku cuma nak mencoretkan tentang persepsi segelintir orang tertentu bersama gerombolan yang bersama mereka. Termasuklah pihak media yang 'terpaksa' mengikut 'perintah' mereka untuk mengelepet kita semua...Tak faham? tak pe, pelan-pelan fikir... nanti faham lah tu...

Aku nak amik contoh beberapa minggu kebelakangan ni... Baik di media cetak, elektronik dan media sosial sibok mengelepet isu-isu tertentu. Yang aku 'kagum' sangat tu ialah cara penyampaian dan 'kaedah' susunan ayat yang menampakkan 'convincing'... tapi isinya tu masih benda yang sama... Pas tu di manipulate semaksima yang boleh... Adush! Bodoh sangat ke orang yang menyaksikannya? Diam tak bermaksud setuju... Dalam nikah kahwin je boleh pakai 'diam tanda setuju'...

Persoalan; Mengapakah mereka ini menganggap kita semua ni buta dan tuli? Apakah mereka menganggap sumber berita yang sampai pada kita semua ni hanya datang dari mereka aje? So, mereka boleh nak 'kelepet'?... Hey, its 21st century lah! Namun, aku percaya ada berjuta lagi manusia yang hidup di bumi Malaysia ini faham akan agenda mereka ini... cuma mereka ini memilih untuk pandang dan dengar je dulu... tungguuuu!

Come on lah.... semakin hari sebenarnya kita semakin mual dengan kisah dan skrip yang sama.... Kalau citer cam ni masuk panggung, kompom rugi besar penerbitnya... Tapi, kalau mereka ni yang jadi penerbitnya, itu pun mereka boleh nak  'kelepet'kan?

Sedar tak sedar, dah tinggal kurang dari 8 tahun, kita nak mencapai status negara maju... Tapi, majukah negara kita ini kalau pemikiran segelintir dari kita masih membawa bersama elemen 'kelepet' sepanjang masa? Kita dah 55 tahun merdeka, tapi benar-benar merdeka kah kita? Kita harus jujur mengakui bahawa pemikiran segelintir dari kita masih dipengaruhi oleh tindak-tanduk penjajah... Kepala bana tu lah penjajah dulu tu!

Sikap yang tidak pernah terhakis didalam pemikiran kita ialah, susah menerima pandangan dan teguran. Pas tu, kita lebih suka bercakaran sesama sendiri... Terlalu mudah untuk kita mencari satu sebab untuk bertelingkah.... Dari isu sampah, sampailah kepada isu Jet... kita lebih suka membongkar dan menghebahkan kesilapan dari mencari solusi kepada isu itu....Kenapa? sebab kita sentiasa nak menutup lubang yang ada pada diri kita dari di bongkar oleh orang lain... Ini lah yang menjurus kepada wujudnya tindakan 'kelepet'...

Sedarlah wei... 'kelepet' tidak lagi relevan sekarang ni sebab dah ada 'software' alaf baru yang boleh 'scan' mereka yang 'mengelepet'... Silap hari bulan, korang akan jadi "kerepet"... QahQahQah!

Monday, October 1, 2012

BAJET oh BAJET!

Rasanya bukan aku aje yang 'menyibukkan' diri untuk mengetahui tentang bajet 2013 yang dibentangkan PM beberapa hari lalu... Mungkin ramai lagi yang sependapat dengan aku... Biarpun aku bukan ahli koporat yang sentiasa di pengaruhi oleh iklim ekonomi global, tapi aku nak jugak tahu apa yang harus dirancang untuk masa depan... Dengan pembentangan bajet tu, boleh lah aku nak bentangkan bajet aku sendiri pulak... Tapi, yang tahun lepas-lepas punya pun masih 'janji BELUM aku tepati'... kih kih kih...

Secara peribadi, aku boleh tafsirkan bajet 2013 yang dibentangkan jumaat lalu merupakan bajet 'paling berani' yang pernah aku ikuti sejak aku tahu apa itu bajet... itu pun mungkin aku yang syok sendiri je kot hehe... Al maklumlah, di tengah-tengah senario ekonomi dunia yang tak menentu, kerajaan kita masih boleh 'mengumpulkan' nombor-nombor 'keramat' didalam pembentangan bajet negara... Hebat tul tak? Syukur sangat aku hidup di Malaysia ni... Ketika seluruh dunia dok gelisah, kita masih boleh menjerit melaungkan bajet untuk kesejahteraan rakyat... bangganya!

Kalau tak silap aku, lebih 200 billion ringgit diperuntukkan dalam perbelanjaan kerajaan kepada pelbagai sektor bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat... Alhamdulillah, rakyat didahulukan... Tapi jangan pulak ada yang nak potong Q sebelum sampai pada rakyat... Jaga korang...kih kih...

Walaupun aku tidak termasuk didalam golongan sasar, namun aku juga boleh tumpang gumbira melihat pelbagai dana dan insentif diperuntukkan untuk rakyat Malaysia. Paling tidak, untuk rakan dan ahli keluarga aku yang mendapat faedah daripadanya. Ada banyak juga item yang aku nampak 'make sense', terutamanya di sektor perumahan... Maklumlah, sekarang ni nak beli rumah bukannya mudah... tu tak kira lagi mangsa yang terpaksa membayar hutang bank, tapi rumah tak siap... Developer pulak dah mampos tanpa kubor! So, siapa nak jawab?

Namun, aku tak dapat nafikan ada sedikit perasaan yang mencuit naluri... Bagi aku secara personal, bajet kali ni nampak macam cuba dan 'terpaksa' memenuhi tuntutan rakyat... Baguslah tu... Dari segi baiknya ialah; nampak kuasa rakyat semakin terserlah... Manakala ada persoalan yang bermain dalam kepala aku pulak bila ramai yang 'berkokok' membuat analisa sendiri... Tapi yang hairan, kenapa tetiba hampir semua pihak 'bersekutu' cuba menafikan bajet kali ini merupakan bajet untuk memenangi hati rakyat menjelang pilihanraya? Mungkin aku jer yang berfikiran cam tu kot! Ntahlah... lantak depa lah... Biar YB ahli parlimen yang bahaskan kemudian... 

Apapun, banyak lagi peruntukkan yang dah pun di bentangkan dan rasanya tak perlulah aku coretkan kat sini...Korang pergilah cari dan tanya 'uncle google"... lagipun SenyumPoyo bukannya blog ekonomi... Ini cuma blog penyibuk je sekadar meluahkan rasa hati dan pandangan... Belum tentu sampai ke 'telinga' orang yang berkenaan... 

Walaubagaimanapun, harapan aku agar segalanya dapat dilaksanakan sebagaimana yang di janjikan... semoga janji ditepati... 

Rasa macam nak nyanyi lagu 'Janji di tepati' la pulak! Qah Qah Qah.....

Tuesday, September 18, 2012

BEST SAID FROM YOU TUN...

Kali ni aku cuma nak berkongsi sesuatu yang aku sangat bersetuju... Tak perlu jadi pembodek untuk mencari publisiti... tak perlu juga menjadi hipokrit untuk menafikan apa yang di'persetujui' oleh hati kita.... 

Biarpun ada banyak juga perkara yang aku tak berapa nak setuju dengan beliau, tetapi kali ini aku percaya tiada siapa yang membawa bersama kewarasan akal mampu menafikan.... Tak kira lah apa pun fahaman politik, selagi ia mengguris perasaan ummah, kita harus bersatu mempertahankan maruah itu... Really admire at your daring entri Tun... :)

Mungkin korang dah baca, tapi aku nak kongsikan jugak petikan entri terbaru yang aku muatkan dari blog beliau; chedet.co.cc

FREEDOM OF EXPRESSION


1. Hilary Clinton defends the film which insults the Prophet of the Muslims because of freedom of expression, a part of human rights. I think Western values have gone crazy. In the name of human rights and free speech one can insult anybody. What kind of human society will we have if everyone can curse and denigrate everyone else? There will be no peace either between countries or religions or races or members of the public anywhere.
2. How would one feel if someone comes up to you and calls you “a bastard, the offspring of sex between your mother and some man who is not your legally wedded father.”
3. Well how would one feel? The Americans would feel nothing because in their society this is normal. Their mothers sleep around with just about anybody. That is the norm, they would say. So do their fathers. It is an expression of the equality of the sexes.
4. Asians, and Muslims would feel insulted. They would probably kill the persons who say such things of their mothers. Free speech, yes. But insulting speech, no! Certainly no Asian would like to be called a bastard even as a joke.
5. It would seem that the liberal West believes that free speech is licence to curse and insult other people without limit.
6. They can enjoy this licence among themselves. That’s okay. But they cannot insist that everyone accept their coarseness and lack of manners. If freedom is a part of human rights, not the rights of the West alone, Asians must have their rights to their own norms and code of morality. Otherwise Western freedom would be about denying others their freedom.
7. If that is what Western freedom is about then how others react to Western freedom must be accepted by the West as the expression of freedom of these others.
8. Western values are not universal, no matter what the Westerners claim or believe about their values. Other people and Asians have their own values. If the West believes that freedom must be enjoyed by all, must be universal, then that freedom must be extended to the values subscribed by others.
9. If you don’t believe others should have freedom to enjoy their own values then you do not really believe in freedom as a part of human rights. Of course certain events we are seeing today seem to indicate that the West has arrogated freedom to themselves only. The freedom to kill people, including innocent people, is obviously a part of Western freedom.
10. That would mean the West is more authoritarian and undemocratic than the very people they accuse of being authoritarian and undemocratic.
11. It is about time that the West rethink their beliefs in freedom. If you really believe that freedom should be enjoyed by all, then respect other peoples’ rights to their faiths, their values and their freedoms.
12. I deplore the extremely violent reactions to the film and killing of the American consul but I fully understand that some people’s feelings are stronger than some other people. In a free world the strength of these people’s feelings is their right. If there is such a thing as human rights then there should also be respect for the sensitivities of other people.
13. Otherwise stop talking about human rights and certainly stop violently promoting these so-called rights. You have no right to take the moral high ground.
Wow! sangat padat dan tepat.... Siapa berani deny? untuk ini, aku sangat bersetuju dengan Tun...
Hey Westerners!  apakah maksud ketamadunan dan hak asasi yang sekian lama kamu perjuangkan? Pada aku, ia cuma untuk memenuhi kehendak naluri yang hanya berlandaskan hukum akal semata-mata.... Think about it... 

Thursday, August 30, 2012

KEMERDEKAAN - 55 TAHUN DAH!

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi... Esok kita dah pun 55 tahun Merdeka. Selama itu jugaklah negara tercinta ini membangun dengan acuan kita sendiri. Tanpa prejudis, kita harus mengakui bahawa dengan permuafakatan kita bersama serta teraju yang memimpin, kita berada di tanahair yang kita perintah sendiri...

Bukan tema yang ingin aku coretkan... Bukan juga siapa pemimpin yang bakal meraikan....Bukan dimana perhimpunan bakal diadakan.. Bukan siapakah artis yang bakal menghiburkan... dan juga bukan hadiah cabutan bertuah yang aku gilakan.... Aku cuma sekadar nak meluahkan rasa hati.... Biarpun tidak ada seorang umatpun yang nak membaca coretan aku kali ini... i dont even care! but i want to express my feelings....

Aku anak era selepas Merdeka.... Justeru, sememangnya tidak layak untuk menggambarkan tentang perjuangan orang terdahulu sebab aku pun masih belum lagi meneropong dunia lagi pada ketika itu. Apalagi untuk memahami erti sebuah perjuangan kearah pembebasan dari penjajah durjana...

Dari pembacaan dan kejahilan diriku, aku dapat memahami serba sedikit betapa hidup dibawah kuasa penjajah di bumi sendiri begitu perit. Biarpun masih berpeluang untuk mengisi 'tempolok' untuk hidup, serba serbinya masih di 'kongkong'. Mungkin benar apa yang diceritakan oleh abah dan mak aku masa kecik dulu...
Aku cuma mampu menggunakan imaginasi berdasarkan filem2 yang aku tonton, untuk membayangkan betapa rumitnya kehidupan ketika itu... Namun, segalanya sudah menjadi sejarah. Tapi itu tak bererti, aku tidak tahu menghargai apa yang aku kecapi hari ini... Kehidupan masa kecil yang rumit juga sudah cukup untuk aku mengerti erti sebuah kebebasan dan merdeka... Maksud aku, merdeka dari segi ekonomi, merdeka dari segi kehidupan didalam keluarga dan juga merdeka daripada kejahilan ilmu pengetahuan...

Hari ini selepas 55 tahun, segalanya dah berubah. Fokus kehidupan bukan lagi untuk pembebasan dari cengkaman penjajah. Namun, aku masih terasa 'terjajah' dari sudut pemikiran... Mungkin tidak bagi sesetengah dari kita, tapi aku tetap merasakan 'jajahan micro' yang terus menerus oleh segelintir manusia yang rakus...

Lihat saja perkara yang hampir dengan diri kita... Tak usah pergi jauh dan tak usah juga melihat orang lain. Diri kita sendiri dari teknologi, pakaian, makanan, pendidikan, ekonomi dan alat perabut dan sebagainya masih di kolonise... Kita masih menjadikan reference dari 'penjajah' yang kononnya 'trendsetter'... Dalam kekhilafan, kita sebenarnya menjadi follower tanpa dipaksa... Mengapa tidak kita sendiri menjadi trendsetter untuk diri kita sendiri? Atau lebih berani lagi dengan membiarkan mereka menjadi follower? Ntah lah, aku pun tak pasti.... cuma pandai tulis je ni kot!

Aku bukan seorang guru sejarah yang patriotik untuk mengajar pembaca blog ini untuk sedar dengan 'permainan' ini.... Mungkin juga ramai yang lebih sedar tentang 'penjajahan minda' yang sedang berlaku sekarang... Tetapi aku mencoretkan disini adalah untuk kesedaran DIRI SENDIRI.... Aku mungkin tidak mampu bercerita dengan sesiapa pun termasuk anak-anak aku.... Kalau pun mampu, mungkin mereka sukar untuk memahaminya kerana aku bukan seorang pengajar... Cuma apa yang aku harapkan, situasi ini akan berubah dengan lahirnya bijak pandai dan pengakaji sejarah yang mindanya bebas dari 'penjajahan micro' diabad ke 21 ini....

Apa yang aku nak 'underline' dalam coretan aku ini ialah; bukan mengenepikan isu kesulitan pejuang terdahulu, tetapi itu bukan lagi objektif utama setiap kali tibanya ulangtahun kemerdekaan. Kita boleh bawa sejarah dan penghargaan terhadap wira-wira ini seiring dengan kesedaran dan formula kearah pembebasan kearah 'kemerdekaan minda' generasi sekarang dan akan datang dari dijajah semula oleh 'si durjana' tanpa mereka perlu berada di tanah air tercinta ini....

Tak kira apa pun fahaman politik, mari lah bersama kita muhasabah diri. Selami pemikiran kita sendiri, toleh sedikit kehidupan harian yang kita lalui.. Lihatlah dimana penjajahan 'micro' sedang berada didalam diri dan sekeliling kita.... Bersama kita cari jalan keluar dari belenggu 'si penjajah durjana'....

Salam kemerdekaan buat semua manusia yang mendiami bumi Malaysia yang tercinta ini... Bersama kita hargai keamanan dan ketenteraman disamping memikirkan masa depan generasi anak cucu kita.... Insya Allah..

Wednesday, August 29, 2012

ADA 'BONUS' LAGI... BEST NYER!

Weehooo! Ada berita gumbira lagi lepas raya ni.... Tapi ni untuk warga peneroka Felda je tau.. Bertuahnya jadi warga Felda.... Aku tumpang gumbira untuk ayah bonda aku gak! Maklumlah, dah lebih 30 tahun diorang bersusah payah... Kini memang patut pun mereka menuai segala jerih payah yang dilalui dulu....

Semalam tak sampai 3 bulan FGV disenarikan, PM umumkan dividen saham peneroka di FGV akan dibayar sebanyak RM400 kepada peneroka dan khabarnya ia akan di berikan termasuklah kepada mereka yang telah menyaman Felda.... Waduuuuh! bagusnya. Mungkin sempena dengan Aidilfitri dimana kita di seru untuk bermaaf-maafan lah tu kan.... So, segala apa yang terbuku dihati tu dah di leburkan dengan kemaafan... Minal Aidil Wal Faizin... 

Ops! durian untuk anak-anak peneroka pulak akan runtuh bulan Oktober nanti... Wow! syukur pada Allah yang memberikan rezeki kepada hambanya... Nampak nya tak putus-putus rezeki untuk warga peneroka Felda sekarang ni...

Kalau diimbas kembali sejak beberapa bulan lalu, hampir setiap bulan ada aje berita gembira untuk warga Felda... Tak caya, cer toleh sikit... Bulan Jun dulu, PM umum durian runtuh untuk Peneroka dan Isteri Peneroka... Pas tu bulan July, PM umum  bonus Raya dan belum pun abis raya, PM umum dividen saham untuk peneroka..... Pas tu, bulan Oktober nanti durian akan runtuh sekali lagi untuk anak peneroka... Tapi kebanyakan anak peneroka serahkan kat ayah bonda jer sebagai membalas jasa mereka kan... 

Pas tu bulan November dan December nanti apa pulak lagi yer? Semoga berterusan lah cam tu sampai bila-bila.... (termasuk lepas pilihanraya nanti.... kih kih kih)

Alhamdulillah! syukur pada Allah yang menggerakkan hati mereka yang dipertanggungjawabkan memegang amanah... That should be the way bro... Hehe

"Proud to be Felda generation"... weeehooooooooo!!!!

Sunday, August 26, 2012

AIR CUTI RAYA DI HARI RAYA

Alhamdulillah, kita dah beberapa hari menyambut kemuncak aidil fitri... Walaupun, seperti menjadi kebiasaannya, ramai warga kota sedang menjalankan majlis rumah terbuka untuk meraikan rakan-rakan di kediaman masing masing... Bagi aku, tahun ni rumah aku sentiasa terbuka untuk jiran dan rakan yang nak datang berhari raya... NO official open house okay! Tapi kalau nak datang jugak, belasah je lah apa yang ada tu... hehehe

Nak citer sikit. Seperti biasa, tahun ni aku sekeluarga pulang kerumah ayah bonda di tanah rancangan Felda yang sedang menjadi 'perhatian' umum... Maklumlah banyak kisah 'menarik' tentang tanah rancangan felda akhir-akhir ni... Dari duriannya yang runtuh lah, kisah sahamnya hinggalah kepada 'bonus' hari raya yang 'dianugerah'kan bersempena dengan 'Janji ditepati'... huhu

Namun, kekecewaan yang sama tetap juga berlaku sepertimana yang terjadi tiap kali hari raya... Masalah ni seingat aku dah 10 tahun berulang pada setiap kali lebaran menjelma... nak tahu apa halnya? MASALAH AIR cuti RAYA !!!!

Di siaran tigasuku, berita tentang masalah air ni di highlight berlaku di beberapa negeri aje. Seolah-olah negeri lain tak de masalah. Weii! BJ and reporter wake-up lah... Jangan biar hidung korang dicucuk oleh 'spesis tertentu'... Mungkin masalah camni berlaku pada keluarga korang pulak nanti!

Berbalik pada masalah air dikampung ayahbonda aku (Felda Bukit Rokan Utara), bukanlah masalah baru (walaupun "BARU" 10 TAHUN!!!). Setiap kali tibanya Syawal, pasti masalah ni timbul. Alasan yang sama diberikan oleh 'spesis yang bertanggungjawab'.. iaitu pengunaan air berlebihan dari simpanan gara-gara ramai keluarga penduduk disitu pulang berhari raya... Hellloooo! lu citer apa beb? Dah sepuluh tahun cam ni, tak kan tak de apa usaha & tindakan nak selesaikan? Dah tau camtu, bertindaklah! Cari lah jalam penyelesaian. Setahu aku Negeri Sembilan semua orang kena bayar bill air. Tak macam Selangor, air free... So, mana pergi duit yang korang dah collect tu... Buatlah tangki baru ke, pam baru ke atau pun tukang jaga pam air yang baru ke!!! Kepala bana tul lah korang ni!!!

Yang paling menyedihkan ialah rumah yang kedudukannya ditempat yang agak tinggi... Cuma ada 'titisan' dari kepala paip yang keluar.. Keadaan lebih kalut bila dalam keluarga tu ada baby dan ramai anak kecil. Tak payah lah fikir nak mandi dan mencuci pakaian, nak buat air minum bagi tetamu yang datang pun susah....Weiii!!!! ini masalah keperluan asas lah bongok!! 

Aku tak tahu berapa lama lagi masalah ni akan berlarutan... Tapi aku yakin, dah dekat pilihanraya nanti dia orang akan bagi 'janji manis' lagi... Pas tu, bagi alasan lagi... Jadi, untuk memastikan Raya tahun depan tak ada masalah yang sama lagi, bertindaklah dari sekarang sebelum korang yang 'berkenaan' kena sumpah jadi KATAK untuk tolong panggilkan hujan di aidilfitri akan datang..

Minal Aidil Wal Faizin. Mintak maaf zahir batin dulu ye... 

Thursday, August 16, 2012

MENGHARGAI KARYA & KARYAWAN

Aku cuba tak nak mencoretkan apa-apa tentang politik dibulan ramadhan almubarak ini... Tapi, aku mula rasa 'gatal' tangan ni bila terbaca article yang satu ni.. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut... 

Sebenarnya ini pun bukan urusan aku secara 'rasmi'nya, tetapi sebagai salah seorang penerbit filem, aku rasa tak berapa selesa dengan provokasi sesetengah pihak. Tak kisahlah PR ke, BN ke atau apa parti sekalipun, Tolonglah matangkan fikiran... Filem adalah filem. Ia juga wadah atau medium golongan karyawan untuk menyampaikan mesej didalam sesebuah karya.. Walaupun setiap filem itu akan ada banyak simbolik dan mesej yang tersirat, pada akhirnya ia tetap sebuah 'gambar' dan 'suara' yang dilakonkan oleh watak-watak yang dicipta didalamnya... 

Namun, aku tidak nafikan bahawa ada filem yang diadaptasi dari sebuah kisah benar yang digarap dan disesuaikan dengan imaginasi pengkarya yang menerbitkannya... Tapi pada akhirnya, ia adalah tetap sebagai sebuah filem juga... Orang akan menontonnya dan membuat persepsi mereka tersendiri. Bagaimanapun, siapa yang boleh memperkatakan bahawa persepsi mereka itu tepat sepenuhnya?  

Oleh itu, janganlah kita cuba memanipulasi sesebuah karya untuk dijadikan sebagai 'senjata politik' yang akhirnya akan 'membunuh' karya-karya yang membawa bersama aspek ilmiah didalam perisiannya. Aku tidak pernah percaya bahawa filem akan menjadikan sesebuah bangsa atau negara itu menjadi berpecah belah atau hancur... Namun, aku setuju jika dikatakan sesebuah filem yang diadaptasi dari sesebuah kisah benar atau sejarah itu boleh berfungsi sebagai 'rujukan' untuk menggambarkan sebahagian daripada situasi yang pernah berlaku... Ia juga berkemungkinan akan 'mengusutkan' fakta dan pemahaman... Namun, masih banyak bahan rujukan jika penontonya mahu membuat kajian tentang perisianya... Bagi aku, filem bukan 'cikgu' atau 'pensyarah' yang memberi tunjuk ajar kepada penontonnya... 

Jika sesebuah karya tempatan itu dianggap sebagai propaganda, bagaimana pula dengan lambakan karya sentuhan Yahudi yang sering dijadikan kayu ukuran? Kita sebenarnya suka membuat perbandingan kerana telah dididik sebegitu rupa oleh Yahudi yang menjajah datuk nenek kita dari dulu lagi...

Apapun, tolonglah berikan sokongan kepada karyawan yang berhempas pulas menerbitkan sebuah karya yang bakal menjadi rujukan generasi akan datang... Mungkin atau hampir pasti, dengan peruntukan yang ada, karyawan kita terpaksa memberi gambaran yang agak berlainan serta menyesuaikan dengan situasi semasa... Rasanya kita sudah cukup matang untuk memahaminya... Kalau tak faham juga, tak dapek nolong eh....

Aku merayu ni.. Hargailah karya dan karyawan kita... 

Wednesday, August 15, 2012

FASA TERAKHIR RAMADHAN 1433h

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung Ramadhan 1433h.... Rasanya terlalu pantas masa berlalu... Insya Allah, hujung minggu ni kita akan menyambut Syawal... Lupa lah sekejap tentang perbezaan pendapat, latar belakang politik dan urusan yang seumpamanya.... Bulan bermaaf-maafan dah tiba...

Dah hampir sebulan ramadhan, pelbagai 'kisah' dan 'aktiviti' telah sama-sama kita lalui dalam tempoh itu. Namun, di bulan yang mulia ini masih ada jugak  spesis yang tak habis-habis mencari 'tulang dalam telor'.... Aku masih terbaca di laman twitter dan facebook yang mencoretkan 'perbalahan cyber' oleh pelbagai lapisan. Yang sedihnya ialah, bangsaku yang menganut agama Islam serta sedang melalui bulan ramadhan almubarak ini masih terus menerus memprovok sesama sendiri.... masya Allah!

Aku bukan seorang ustadz malah jauh sekali dari seorang ahli fatwa atau alim ulama' yang mampu mengeluarkan fatwa tentang tindakan ini... Tapi, asasnya tu tahu lah sikit-sikit.... :) 

Sekadar nak mencoretkan apa yang aku rasa je kali ni... Sebab lama tak 'mengetuk' keyboard ni.... Maklumlah bulan puasa ni, tak nak tersalah ketuk... Nanti kena 'ketuk' kaw kaw kat bawah sana tu.... hehe 

Apapun Kubur masing-masing, tapi nak masuk ke kubur tu kena ada orang yang masukkan... Mungkin orang tu salah seorang dari yang kita kutuk tu.... Ampuunnn!

Semoga bertemu Lailatul Qadar di beberapa malam terakhir Ramadhan ini..... Bersamalah kita ambil peluang untuk memohon keampunan dari Nya....

Monday, July 23, 2012

PUISI SYAHDU!

Alhamdulillah.... dah 3 hari posa hari ni... Nampak macam ramai yang agak 'sedar' dengan kedatangan Ramadhan kali ni... Berita 3 suku dan media arus perdana pun agak berhati-hati dalam menyiarkan berita 'sohih' mereka... Baguih lah tu... Lupakan kejap fahaman politik dan bersatu lah sambil meluruskan Shaf untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Ilahi sepanjang bulan ini... Mudah-mudahan ia akan berterusan sampai bila-bila... Walaupun tiupan 'sangkakala' pilihanraya di bunyikan nanti.... hehehehe..

Cuma ada satu dua isu yang membuat aku terpanggil nak mencoret-coret kat sini... ada plak masa terluang ni ha... Aku bukan nak jadi batu api, malah jauh sekali nak mengambil kesempatan dari apa yang berlaku sehari dua ni... Tidak.. tak! bukan pulak nak memperkecilkan 2 isu ni, tapi sampai hari ni aku tak nampak camana para 'cediakawan' dan 'pemimpin' kita yang hebat2 ni menggalas tanggungjawab mereka bagi 'menjawab' persoalan yang berbangkit ni... Nak tau apa? (1). Isu air di Lembah Kelang dan (2). Isu Tema hari Merdeka... Yang satu tu hanya melibatkan pemustautin di lembah klang, dan kedua tu memang menjadi isu yang melibatkan semua hampir 30 juta rakyat Malaysia... 

Dalam isu air ni, masing-masing terutamanya 'federal' asyik nak menyalahkan kerajaan negeri melalui media, malangnya kerajaan negeri tidak berpeluang untuk 'membela' diri... Sampai hari ini, tidak ada perbincangan terbuka antara dua-dua pihak.... Yang ada ialah siaran 3 suku yang menyiarkan apa komen dari satu pihak aje.... So, bila nak selesai kalau hanya siaran 3 suku yang bercakap? Air liur pun bleh kering kalau terus bercakap tanpa henti... So, apa tindakan yang harus diambil jika semua melihat slogan 'rakyat didahulukan ?"... Nampak sangat macam nak cari salah dan kununnya depa lah yang baguih.... Kalau ikut cara depa semua di bebankan pada rakyat, memanglah nampak baguih.... Rakyat yang dulu kena bayaq! 

Berkaitan tema hari Merdeka 2012 ni lagi satu hal lagi... Dah 55 tahun merdeka pun kita masih berfikiran sempit dengan menganggap 'manusia' kat tanahair tercinta ni tak faham apa yang cuba disampaikan.... Mak Cik Felda pun tahu lah apa itu yang dinamakan "Tema"... Naper lak lepas 55 tahun baru kita nak cakap pasal janji ditepati? Apa janji yang ditepati tu? Janji memang lah kena tepati.... apedah!

Nampak sangat dalam banyak hal yang membabitkan kepentingan umum dikawal oleh pihak tertentu.. Setuju atau tidak, aku tak peduli. Tapi secara jujur aku coretkan kat sini; lagi banyak mereka 'mempermainkan' fikiran orang ramai, lagi tipislah keyakinan orang macam aku ni pada mereka... Tak caya? hangpa  tunggu nah! Tiup sangkakala, kita sama-sama pi pangkah!... kih kih kih

Sedarlah wei,  'puisi syahdu' yang korang nyanyikan tu dah tak 'semerdu' lagu melayu pada 2 dekad yang lalu... Cepat-cepatlah compose irama yang baru dan 'kontemporari' dari sekarang ya... kih kih kih

Jom senyum poyo kan mereka!

Thursday, July 19, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, masih dipanjangkan lagi umur sampai hari ini... semoga sempat lagi nyambut Ramadhan 1433h... 

Insya Allah, lagi 2 hari umat Islam kat Malaysia akan menyambut Ramadhan. So, aku mengambil kesempatan ni nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam dimana sahaja anda berada… Marilah bersama-sama kita ‘puasakan’ diri kita dari perkara-perkara buruk yang sememangnya kita dah tahu… (usah tipu diri sendirilah… hehehe)

Sepanjang Ramadham ini diharap kurangkan lah sesi kutuk mengutuk dan hapuskan jugak aktiviti ‘mencari tulang dalam telor’…. Sebab kalau terjumpa tulang dalam telor tu sendiri mau ingat lah… kih kih kih… Ni aku pesan pada diri aku sendiri dan jugak pada korang yang membaca coretan aku ni. Semoga Ramadhan kali ni lebih berkat dan kita semua mendapat rahmat yang berlipat kali ganda Insya Allah… Jangan lipat gandakan dosa kering pulak… hehehe.

Ini sekadar coretan dari aku, lupakan lah sementara fahaman politik dan fokus lah pada amalan sendiri… Bukan nya menyibuk dengan amalan orang lain… Walaupun kubur lain-lain tapi kalau dah mampos nanti, orang lain jugak yang akan tolong menyelesaikan urusan pengkebumian kita…  Pas tu baru sendiri pi jawab kat bawah sana tu…

Marhaban Ya Ramadhan…  Wallahu A’lam…

Thursday, July 12, 2012

DRAMA LIWAT BAKAL BERSAMBUNG?

Agak lama jugak aku tidak mencoretkan apa-apa disini sebab tak banyak cerita baru yang masuk dalam kepala aku. Sebagai karyawan, aku memang tak suka sesuatu yang bersifat 'klise'. So, aku ambil keputusan untuk merehatkan jari jemari aku dari menaip kisah yang berulang-ulang.. 

Sebenarnya dah hampir dua bulan aku tak menonton berita 'tiga suku' yang sering mengulang-ulang kisah silam dengan meng'kontemporari'kan cara penyampaiannya. Namun, semalam ntah apa 'jin' yang melintas depan aku, tetiba je aku nak tekan butang remote ke 103... Alamak! macam tepat je timing aku... Seorang wanita yang boleh tahan cun sedang menghabiskan tak tau kisah apa... dah last line. So aku memang tak nak amik tahu sangat pun... kih kih kih

Bagaimanapun, sang penglipurlara yang sorang lagi menyambung dengan kisah yang agak menarik walaupun dah diulang tayang tak tahu berapa puluh kali... macam citer filem P.Ramlee lah pulak.. lagi diulang tayang, lagi best menontonnya... omputih kata "evergreen"

So, aku terus duduk dan cuba nak tahu sikit walaupun aku memang pakai 30-40% dari cerita diaorang tu... Rupa-rupanya mereka nak mempromosikan drama yang paling popular yang telah ditamatkan siarannya beberapa bulan lalu... Maknanya, drama ini bakal disambung semula sekiranya mendapat 'skrip' yang 'kreatif' dan menarik dari  'penulis' yang hebat ini. 'Penulis skrip' ni memang tak pernah menonjolkan dirinya sebab tak mahu dikejar-kejar oleh 'penerbit' yang inginkan karya hebatnya... lagi pun dia memang tak sukakan publisiti... Pada dia, populariti karyanya itu lebih penting dari dirinya sendiri.... Dan yang lebih utama ialah, masyuuuuukkkk! KahKahKah....

Persoalan yang terlintas dikepala hotak aku ni ialah; benarkah drama popular ini akan bersambung? Dan sekiranya benar, mampukah 'kisah' ini mengekalkan popularitinya seperti 'musim pertama' dan 'musim kedua'?
Sebab musim kedua yang lalu, watak antagonis telah menjadi protagonis...  So apa nak citer lagi... Mungkin 'penulis skrip' dah tersilap tulis babak terakhir kot? KahKah Kah...

So, rasanya kali ini penulis terpaksa memecahkan otak untuk membentuk satu karekter baru yang boleh menjadikan hero drama ini kembali menjadi antagonis supaya dia tidak berani keluar dalam salah satu babak penting iaitu 'majlis keramaian' yang hanya diadakan lima tahun sekali.... aduuh! tak kan nak sad ending... tak hindustan lah cam ni... kih kih kih...

Apa pun plot drama 'musim ketiga' ini, aku memang dah tak minat lagi nak follow... sebab, aku dah dapat agak apa endingnya.... walaupun kemungkinan aku salah.... KahKahKah....

Poyo tak?


Monday, July 2, 2012

YANG TERSIRAT DISEBALIK 'PERJUANGAN'?

Secara keseluruhannya, dapatlah aku simpulkan di negara tercinta aku ni terlalu banyak yang perkara tersirat disebalik 'keindahan' yang tersurat... Siang malam kita di momok kan dengan berita yang 'muluk-muluk' hinggakan ramai antara kita alpa dan terpengaruh dengan perkara yang belum pasti... Apalagi kalau ianya adalah berita yang 'kununnya' akan memberi keuntungan yang 'berlipat ganda'... Terus je nak sain... Pastu terus menganggap depa ni macam Godfather.... 'Pendek kata' mereka ni lah yang sebenarnya pemimpin yang bermatian untuk memperjuangkan masa depan kita... adush!!!

Sebagai anak Felda, aku rasa wajar untuk aku mencoretkan apa yang terbuku di hati. Memang aku sakit hati yang teramat sangat ni... Walaupun aku tak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi boleh aku ambil isu ini sebagai 'hampir benar' apabila setelah beberapa hari berita 'gampang' yang menyakitkan hati ini keluar dimedia sosial, tuan yang empunya diri tidak menafikannya... pun begitu, aku sangat berharap agar ianya 'tidak benar' atau apa yang ditafsirkan sebagai 'fitnah'... huhu

Beberapa hari lepas, aku terbaca di FB bahawa beberapa orang insan 'mulia' yang kononya memperjuangkan nasib warga felda telah memiliki lebih seratus ribu unit saham FGVH yang baru disenaraikan. Uwaaah! patutlah bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' penyenaraiannya... rupa-rupanya? argh! makin panas hati aku ni...

Persoalan yang wujud dalam kepala hotak aku ni ialah, camana insan yang tak punya tanah walau seinci pun dalam Felda ni boleh mendapat lot sebanyak itu? sedangkan para peneroka hanya ditawarkan sebanyak 800 unit je? Memang gampang.... Kalau dikira secara rambang, dengan nilai pada hari pertama dagangan je dia dah dapat lebih seratus ribu, walaupun dalam bentuk nombor... So, siapa yang memperjuangkan hak siapa ni?  Siapa yang didahulukan dan Apa yang diutamakan ni???????? 

Aku tak tahu lah sampai bila insan tertentu di negara ini nak mengaburi mata kita dengan pandangan scenary yang indah-indah tetapi sebalik keindahan itu ada pemandangan yang lebih indah oleh insan lain yang rakus walaupun  pernah terbongkar melakukan penyelewengan sedikit masa dulu... Boleh aku tafsirkan disini bahawa dia lah yang didulukan dan dialah juga yang diutamakan... Hampeh!!! 

Agaknya, nak cover balik apa yang dah 'terlepas' dulu kot... Semoga Allah menyelamatkan hamba Nya yang teraniaya oleh insan yang buta hati dan berqiblatkan nafsu ini... 

Wallahu A'lam

Wednesday, June 20, 2012

SIAPA TAKUT SIAPA?

Aku tak tahu apa nak jadi dengan para pemimpin di negara tercinta aku ni… Setiap hari, nampaknya diaorang ni lebih sibuk untuk menjawab dan menepis pelbagai isu yang tak sepatutnya di beri perhatian langsung jika mereka ni tak de kena mengena… kenapa tak kata ‘pi mampos’ la korang?

Banyak isu penting yang sepatutnya diberi perhatian. Tapi yang aku nampak, hampir semua pemimpin pilihan rakyat yang selalu cakap berapi-api  tu ‘kecut’ dan takut sangat dengan yang ‘seorang’ ni… kenapa agaknya ya? Korang tahu tak? Beratus lagi, malah mungkin beribu lagi manusia yang sepatutnya digentarkan oleh mereka ni, tapi yang ‘sorang’ ni umpama musuh yang sangat ‘power’….  korang mesti tahu siapa dia kan? Kah kah kah

Macam yang aku ulang berpuluh kali dalam coretan aku sebelum ni, aku bukanlah penyokong mana-mana pihak… malah tak pernah mendaftar menjadi ahli mana-mana parti pun dalam Malaysia ni… kalau ada pun, jadi ahli Persatuan Pekerja Filem Malaysia jer... Hehehe... sebabnya simple... bagi aku,  belum ada sorang pun yang boleh meyakinkan aku bahawa setiap orang dalam parti tu akan berjuang seikhlas nya…. Yang aku nampak, kebanyakannya cuma nak ambil kesempatan mencari kepentingan peribadi… sorilah… selama ni pun, aku tak pernah hidup dengan ‘suapan’ diaorang tu…

Cuma ada lah satu dua orang yang aku memang respek sejak tahu ‘nama’ diorang tu… Antara top list aku ialah TGNA… Biar apa pun yang orang kata tentang dia, aku tetap menghormati dan memakai nasihat-nasihatnya…. Kalau satu Malaya tak setuju pun, peduli apa dengan aku… sebab aku ada otak yang boleh dimanafaatkan untuk berfikir…. Aku punya pasal lah… hehe

Aku dapat rasakan bahawa manusia lain, baik dalam negara (yang urat kematangannya masih bercantum), mahu pun kat luar negara sana akan mentertawakan setiap kali 'gaya' berita arus perdana negara ini melaporkan berita setiap hari… Mana tidaknya, kalau bukan komen 'sebelah pihak' tentang musuh ‘sorang’ ni, pasti laporan kisah beberapa buah negeri yang bukan ditadbir oleh mereka… seolah-olah, negara ni hanya ada 2-3 buah negeri je yang ada masalah… negeri lain semuanya ‘selamat’ sebab dibawah pentadbiran diaorang tu…. 


C’mon lah… we are entering 22nd century… orang dah tak buta dan pekak lagi… Makcik Felda pun boleh komen cam ni ‘... Kan semalam dan hari tu dah cerita hal ni… hari ni pun cerita lagi… tak de berita lain ke? Tak pun pemberita ni tak sempat nak cari berita baru kot….”  Cam tu la bunyinya yang kau pernah dengar sendiri…. Senyum poyo je aku…..kihkihkih

So, aku pun dah penat nak coretkan cerita cam ni… pergi mamposlah… Aku cadangkan, tolonglah cepatkan pilihanraya… supaya semua orang boleh buat kerja dengan fokus pada isu yang lebih penting… kalau tak siang malam asyik dok nak cari salah orang je…. Abih tu “siapa yang didahulukan dan apa yang diutamakan ni?” …. Tengkorak ko la….

Thursday, May 31, 2012

SEHARI HANYA 24JAM JE!

Aduh, aku dah semakin mual dan nak muntah betul dengan senario berita di Malaysia ni... Tak tau lah dimana silapnya atau memang aku je yang bengap tak faham dengan apa yang terjadi.... Dari hari ke hari, isu tuduh menuduh, bocor-membocor dan telanjang dan menelanjangkan orang lain macam dah menjadi budaya kepada segelintir 'tukang karut' di negara ini.... 

Aku tak tahu samaada mereka ni dibayar untuk berbuat demikian atau sengaja mencari populariti melalui paparan berita 'songsang' yang di khabarkan setiap hari. Pada aku, senario ini memberikan satu impak yang negatif bukan saja kepada rakyat negara ini, malah kepada orang luar yang menerima berita sebegini hanya dengan sekali klik!. .. Aduh malunya...

Setiap hari ada aje orang yang 'ditelanjangkan' dengan pelbagai isu. Tak kisahlah samada politik, sosial malah sampai ke isu agama.... Tak de keje lain ke? Asyik nak menyelongkar mencari 'udang dalam telor' ke?.... Sedarlah wei! Malaikat mancatatkan!

Lebih membingungkan aku lagi ialah, apabila pihak yang di 'telanjangkan' tu adalah pemimpin yang berjuang untuk memakmurkan dan memajukan negara tercinta ini pula, menghabis berhari-hari malah berbulan-bulan untuk 'menepis' dan 'berkong-fu' dengan berita yang 'ditelanjangkan' di media.... Tak penat ke? anda di amanahkan untuk apa????

Persoalan aku, Bila mereka ni buat kerja kalau setiap saat asyik nak menjawap persoalan dan menepis tohmahan yang dilemparkan... lantak pi lah dengan isu tu semua kalau korang tak de kena-mengena... Tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara yang diamanahkan harus digalas bukan dengan pertelingkahan dan perdebatan yang berapi-api! Tapi dengan tindakan korang wei.... So, bila nak bertindak kalau dah masa habis kat nak menutup 'kemaluan' je?

Wei! sehari hanya ada 24 jam je!  Fikir-fikirkan lah....

Thursday, May 24, 2012

GUNA ROKET NAK KE BULAN?

Dah lama aku tak minat nak menonton news kat semua stesen TV kat Malaysia ni.... Nak tahu nape? tak yah cakap lah... korang mesti dah tau. Tapi tak pe lah. Aku bagi tau jugak lah.... Mmm, sebab pada aku semuanya 3 suku... Siang malam, membodek dan mengutuk je kerjanya. Kah kah kah.. Sumber berita aku banyak datang dari online news, blog dan lain-lain social network seperti Twitter dan FB... biarpun masih ada elemen bodek dan kutuk tu, tapi dia di coretkan oleh individu itu sendiri... bukan oleh 'chief editor'...

Tapi ntah camana, semalam aku 'tersalah tekan' butang lak... tetiba aku ternampak ada debat lak kat satu channel ni... Nampak dua orang muda yang aku kira hebat jugaklah sedang mendebatkan isu PTPTN dengan rancak betul.. Mula-mula tu memang rasa nak tukar channel. Tapi bila 'ternampak' cara dia orang bercakap tu macam menarik, profesional... aku 'terpaksa'lah tunggu sampai habis... berjaya jugak dia orang tarik perhatian aku kali ni...kih kih kih

Namun, aku tak suka jadi seorang yang prejudis. So, aku cuba digest dan blend dalam kepala hotak aku ni sambil mendengarkan hujah-hujah dua-dua pihak.... Pada aku yang setengah masak ni, aku boleh katakan 'not too bad' tentang debat ni... satu perkembangan yang sihat. Cuma apa yang aku rasakan, masih ada beberapa perkara pokok yang tidak terjawab didalam debat ini... Malah, ianya menjadi satu persoalan pulak? aduih, nape lah aku gi tengok semalam... kan dah fening... mmm, tak de pasal cari pasal...Tapi, aku punya pasal lah... KahKahKah!

Persoalan yang bermain dikepala aku ialah apabila salah seorang dari mereka mempertikaikan tentang 'hutang jerung' yang tak berbayar, dengan 'hutang bilis' student yang dikejar-kejar.... Persoalan ini dijawab secara 'sangat selamat' dengan alasan 'jerung' tu dah buat penyelesaian diluar mahkamah... So what? kalau bincang kat luar Mahkamah tu bayar ke tak? hampir setengah billion tuuuuuu! Sape bleh jawab?

Namun camana pun aku bangga dengan dua orang muda ni... memang berkarisma dan boleh dilihat sebagai bakal pemimpin masa depan... cuma 'platform' mana yang nak dipakai je... Sebab pada aku, 'platform' mereka ini akan mempengaruhi cara pemikiran dan hujah-hujah mereka... So, Hijau atau Biru? Roket, Bulan atau Timbang? Pilih pilih!!! Kikihkihkeh!

Percaya tak, kalau dua-dua bersatu 'gunakan Roket' dan 'Belon Terbang' untuk 'pergi ke Bulan' untuk mencari solution, kita tak perlu lagi 'Dacing' untuk menimbang berapa berat hutang yang perlu ditanggung oleh kumpulan 'bilis' yang sedang terperangkap didalam perangkap 'jaring halus' yang sentiasa terbentang di bumi tercinta ini... KaH KaH Kah...

Senyum poyo lah sikit!

Tuesday, May 22, 2012

TAK PERNAH TERJADI? NI DAH JADI!

HAHA!!! Ini satu berita dan cerita yang menarik untuk dibaca... Mungkin ini juga satu cerita yang membuka mata?... adakah Ini juga satu cerita yang menelanjangkan kebenaran... Apakah ini juga satu infomasi rekaan???? Saper boleh jawab? KaHkAhKah...

Sebelum tu baca dulu berita ni yang dipetik dari Malaysiakini:


KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Cara  Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Yusuf merupakan ketua pendakwa raya kes liwat Anwar, yang diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Januari lalu.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang ketua pendakwa raya selepas selesai satu kes (pihak pendakwa raya),  terus menyeberang menjadi peguam bela," kata Anwar kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Salah seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata, Yusof secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi salah seorang peguam bela dalam kes perbicaraan itu.

“Beliau telah dihubungi Anwar semalam dan membuat keputusan untuk menyertai perbicaraan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, penyertaan Yusof dalam barisan peguam bela Anwar satu perkara yang baik kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang perundangan.

Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah peguam utama Anwar, Karpal Singh dan anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo.

Anwar bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham didakwa secara berasingan menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.


Aku tak pasti sejauh mana kebenaranya??  harap siaran 3suku, Meloya dan seangkatan dengannya dapat mengambil tajuk ni menjadi headline mereka supaya satu Malaya tau... Dan merungkai segala 'salah faham' dan 'memperbetulkan' infomasi yang selalu diangap salah ini.... Ataupun, nak elak kekeliruan buat je 'ekslusif' interview dengan Datuk Yusof ni.... macam buat dengan spesis 'lompat si katak lompat' yang 'pro fesyen nol' yang pernah diaorang buat temubual sikit masa dulu.... ada bran????  KaH kAh Kah!!!

So, apakah yang bermain didalam fikiran korang? Hanya korang sendiri dan Ilahi saja yang tahu.... Jangan senyum-senyum poyo haaa!!

Monday, May 21, 2012

ATLIT DAN USAHAWAN KUDA?

Aku tak tahulah perkataan 'double standard' boleh aku gunakan dalam coretan aku kali ini... atau ada lagi ayat yang lebih sesuai untuk aku gunakan... Kamus dewan aku pun ntah kemana perginya... kah kah kah

Aku tidak mahu menyebelah mana-mana pihak sebab diorang pun tak pernah bagi aku apa-apa untuk mencoretkan sesuatu untuk dia orang. Aku sendiri pun tak pernah nak meminta apa-apa... jauh sekali untuk mengharap... 'aku menulis bukan kerna nama' (fulamak, mcam lagu Ramli Sarip la pulak)... Bagi aku hidup aku, aku yang aturkan... yang selebihnya tu, Ilahi yang menentukan... Lepas aku berusaha, tawakkal je lah kepada Nya...

Apa yang nak aku coretkan hari ni adalah tentang berita 'protes' yang dilakukan di kediaman seorang warganegara yang sah didalam jabatan pendaftaran negara... Aku tak suka sebut nama. Aku rasa korang mesti tahu... Ha, lepas ni ada lah yang kata aku penyokong 'sebelah sana' pulak... Sebab ini lah pemikiran segelintir dari kita selama ini.... Bila kita suarakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang berlainan dari 'acuan' spesis tertentu, kita akan di label sebagai ahli 'jemaah' pembangkang... Peduli apa aku... Pergi mampos lah... kah kah kah

Kalau kita imbas semula, setiap kali ada cadangan nak buat perhimpunan di tempat awam, mesti suratkhabar meloya, siaran tiga suku dan lain-lain yang sewaktu dengannya akan melaporkan berita itu sebagai headline dia orang... Mereka yang menentukan sama ada perhimpunan itu 'halal atau haram'... Kalau yang datang dari pihak 'sebelah sana' tu, kompom akan jadi haram, pelbagai alasan tersendiri di utarakan sampaikan seolah-mereka ini tidak menghormati undang-undang... Malah dilabelkan seolah-olah nak 'menggulingkan pemerintah'... Benarkah diorang tak hormat undang-undang? Hanya Allah yang tahu...

Monday, May 14, 2012

ADUH! TERSANDAR DALAM KEJUTAN?

Tarikh 'keramat' akhirnya tiba jua... 8hb Mei 2012, Selasa bersamaan 16 Jamadil Akhir 1433 hijrah... Hari yang dikhabarkan akan ramai warga Felda akan "tersandar dalam kejutan" oleh pengumuman durian runtuh yang bakal menghempap 'kepala' mereka.... Aku cuba jugak baca paper, online blog dan jeling-jeling kat berita TV sebab nak tengok berapa ramai dah tersandar dek kejutan tu.... kah kah kah. Cukup-cukup lah buat orang macam buta kayu... Beban hutang baja dan penyelenggaraan yang tak pernah ditandatangani 'invoice' nya pun dah berpuluh ribu.... dan tak terjawab sampai sekarang...cam no tu?

Sebenarnya aku pun bersyukur atas apa yang bakal di berikan kepada abah dan mak aku yang berjuang puluhan tahun di tanah rancangan Felda. Tapi itu bukan dari para pemimpin yang hanya menjadi 'penyampai' kepada anugerah kurniaan ilahi itu... Sebahagian dari pemimpin yang 'berkokok' di pentas tu belum tentu pernah merasakan kehidupan sebenar dalam Felda. Datang melawat sesekali degan dipersiapkan banner, lampu terang benderang, jalanraya yang diturap seminggu sebelumnya, so apa yang diorang nampak cuma yang indah. Maka berbanggalah mereka yang kononya telah berjuang untuk masyarakat Felda... Woi!! peneroka tu berbakti pada tanah berpuluh tahun, masakan ucapan kesyukuran diberikan kepada mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan dari apa yang diusahakan oleh peneroka selama ini? Jangan ingat semua orang bodoh la wei!!!

Tetapi yang paling aku tak leh tahan ialah gah nya berita yang dikhabarkan selama ini.... Khabarnya jumlah yang tak pernah terfikir oleh para peneroka....  Seolah-olah jumlah itu tak pernah di terima oleh para peneroka felda hasil titik peluh mereka sendiri. Hei, korang cuma duduk dalam air-cond dan dapatkan cerita dari pencacai yang mentedarah hasil dari apa yang dikorup oleh mereka je lah... sebab tu ko ingat peneroka felda  tu boleh pengsan sebab dapat durian runtuh yang dikhabarkan tu... toloooonggg la wei!

Sekarang ni, mana-mana kawasan rancangan pun boleh dapat internet. Peneroka Felda pergi kebun pun pakai Blackberry dan ada yang I-Phone macam korang jugak. So, korang ingat dengan cakap muluk-muluk cam tu, dia orang boleh alpa... dia orang senyum, ketawa dan tepuk tangan sebab cerita korang selama ni kelakar sangat.... kah kah kah.. Sebab apa? Sebab gula-gula yang ditaburkan tu dah tak berapa manis lagi.... kih kih kih...

Semoga Allah selamatkan Abah dan Mak aku.... Amein...

Wednesday, April 25, 2012

SERAM SEJUK!

Ketika semua spesis tertentu ghairah menyalak untuk mendapatkan perhatian umum, aku tertanya-tanya kemana perginya suara lantang seorang 'pejuang' ni... At one period of time, dia ni melolong sana sini membuat cerita dongeng diserata pelosok tempat yang kononnya menjadi 'port' golongan desperado... Maka, tertawa lebar lah 'dia' bila mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari golongan ini....

Tapi sejak akhir-akhir ni tetiba 'dia' hilang dari radar.. tak tau kemana perginya... mungkin kah sedang gering atau sedang menyusun strategi baru untuk membuat 'come back' dengan lolongan yang baru? Mmmm... persoalan!

Namun dari sumber beberapa sumber, dapat aku simpulkan bahawa 'dia' ini sedang mengalami sejenis penyakit yang hanya menyerang apabila segala 'air yang disimbah' dah terpencik ke muka sendiri... So, apabila mengidap penyakit ini, si pengidapnya akan menggigil dan menggeletar walaupun berada di bawah matahari yang terik... kah kah kah... Apakah  nama penyakit ini? hahaha.... namanya penyakit 'Seram Sejuk'... kah kah kah.... Seram didalam Sejuk atau Seram ketika Sejuk ataupun Sejuk sambil Seram.... Huh! complicated! hehehe...

Tapi tak perlu lah risau sebab penyakit ni tak lah merbahaya sangat kepada orang lain... sebab dia tak kan berjangkit kepada orang lain melainkan orang itu turut sama menyimbahkan 'air' didalam baldi yang sama... kah kah kah....

Siapa yang makan chili, dia yang rasa pedasnya....  Senyum poyo je aku...

MY Channel

Loading...