Saturday, December 10, 2011

OMBAK RINDU | FENOMENA & KONTROVERSI

"Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah...." itu antara dialog yang meninggalkan kesan dalam filem Ombak Rindu garapan pengarah hebat Osman Ali...

Aku percaya ramai yang telah pun menonton filem ini. Sebagai warga industri, aku bangga sekali apabila pengarah dan penerbitnya berani membuat perubahan ketika genre 'horror' atau hantu yang masih popular dan mendapat tempat dihati penonton tanahair. Sekurang-kurangnya, semua jenis hantu boleh 'berehat' sekejap setelah beberapa tahun 'beraksi' dengan pelbagai 'rupa'... hehehe

Aku teruja sekali apabila dikhabarkan filem ini telah berjaya didalam 'pecah panggung' apabila dihari pertama tayangannya ia telah mengutip lebih RM750 ribu. Mendahului filem Twilight ciptaan hollywood... Mmmm...
Aku sendiri yang ke panggung pada hari kedua tayangannya telah melihat betapa filem ini memiliki daya tarikannya tersendiri. Aku hampir tidak mendapat tiket apabila cuma tinggal 2 seats pada tayangan jam 3.45petang di Cineleisure, Kota Damansara... Hebat kan!

Anyway, apa yang aku nak kongsikan ialah fenomena yang dicipta oleh filem Ombak Rindu ini. Biarpun fenomena seperti ini pernah wujud hampir 2 dekad yang lalu melalui beberapa filem melayu seperti Azura, Ali Setan dan beberapa filem lain, namun ianya bagaikan hilang ditelan arus oleh kerana populariti genre lain  mengambil tempat setelah penerbit Hollywood dan Hong Kong berjaya 'mencuri' hati penonton...
Kini ianya bangkit semula dan diharapkan ianya terus menjadi 'kompetitif' dengan genre filem melayu yang lain... Ini memberikan penonton pilihan setelah sekian lama 'sesak nafas' didalam pawagam. More healthy... hehehe

Tapi setelah seminggu tayangannya, aku agak 'gelisah' juga apabila kontroversi mula melanda filem Ombak Rindu ini. Aku rasa penerbit, pengarah, pelakon dan warga kerja filem ini juga dapat merasakan tempiasnya.
Cuba klik dan baca berita di Sinar Harian dan Berita Harian  ini... Aku tak tahu samada ianya sengaja diperbesarkan atau sebaliknya.

Kontroversi penulis novel asal Ombak Rindu yang dikatakan membangkitkan isu pembayaran yang tidak setimpal dan perubahan yang dilakukan didalam filem ini agak menggusarkan. Tapi bagi aku, setiap urusan didalam penerbitan mempunyai perjanjian dan kontrak. Segala persoalan yang berkaitan dengan pembayaran dan lain-lain syarat seharusnya telah dipersetujui ketika menandatangani kontrak.... Kalau pun ianya tidak menepati apa yang termaktub didalam perjanjian, kenapa media menjadi tempat rujukan? Aku tak tahu, mungkin orang yang terlibat mempunyai alasan yang tersendiri untuk membangkitkan isu ini... 

Bagi aku, media juga harus jujur dan berhati-hati didalam menyiarkan berita. Aku kecewa juga membaca berita tentang kontroversi Maya Karin seperti yang dilaporkan di media. Aku tak ada kepentingan pun dalam isu ini tetapi tidak dapat menidakkan kata hati aku yang membaca artikel yang diterbitkan. Benarkah Maya mengaku seperti apa yang dilaporkan? Atau ianya sengaja dimanipulasi oleh spesis yang cuba mencari peluang untuk mendapatkan sesuatu? aku tak tahu...

Apa pun sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu sering dimanipulasi bagi tujuan tertentu. Apa lagi jika artikel yang diterbitkan itu seolah-olah menggambarkan maksud sebenar orang yang telah meluangkan masa untuk ditemubual... Aku simpati melihat rakan-rakan yang menjadi mangsa keadaan seperti ini... tolong lah bertanggungjawab wei...

Apa pun, diharap dengan fenomena yang luar biasa bagi filem Ombak Rindu ini, segala kontroversi yang sengaja di war-warkan akan terhakis dengan sendirinya. Aku percaya penonton dan pembaca hari ini jauh lebih matang untuk membuat kesimpulan.... 

Apa pun Kudos to warga produksi Ombak Rindu.... 5 star for all of you!

Layan OST ni dulu... enjoy!



No comments: