Sunday, December 4, 2011

KREDIBILITI ANUGERAH BERPRESTIJ

Aku sebenarnya bukanlah layak sangat nak memberi komen tentang dua anugerah industri hiburan tanahair yang sering dianggap berprestij. Namun, sebab aku menjadi salah seorang dari ribuan warga dunia hiburan (walaupun jadi 'budak kecik' yang berada dibelakang tabir), aku tak leh nak sorokkan kegusaran aku melihat apa yang terjadi pada acara yang berlangsung pada tahun 2011 ni...

Aku tak nak komen tentang penjurian, siapa yang menang dan siapa yang kalah. Itu adalah kebijaksanaan dan hak mereka yang telah dipertanggungjawabkan.  Saban tahun, penganjuran anugerah seperti ini pasti akan ada kalah menang dan juga 'sosek sosek' pasca penganjurannya terus berlarutan. Tapi tahun ini agak berlainan dari apa yang pernah berlaku....

Aku ambik contoh AIM2011... macamana boleh berlaku kesilapan pemilihan pemenang setelah segalanya diumumkan didepan ribuan penonton? Apa pun alasannya, imej penganjur sudah pun tercalar. Bagaimana pula dengan kredibiliti mereka yang dipertanggungjawabkan? Aku tak tahu... 

Satu lagi anugerah yang agak kecoh juga ialah FFM24... Pemilihan pemenang dipertikaikan lagi... Malah, pada malam kemuncak penganjurannya juga, aku dapat merasakan ke'hambar'annya. Tidak semeriah anugerah sebelumnya... Mujurlah dua orang pengacara berjaya memainkan peranannya sepanjang acara berlangsung. Apakah kerana ramai warga industri sudah dapat meramalkan keputusannya? atau disebabkan oleh "insiden" yang berlaku pada malam 'anugerah cipta' yang berlangsung beberapa hari sebelum acara kemuncaknya? aku pun tak tahu... tapi aku tak leh tipu yang hati aku semakin gusar. Walaupun aku tak menyumbang apa-apa kepada penganjuran acara ini, tapi aku masih menjadi 'ahli keluarga' industri ini...

Persoalan yang wujud dalam kepala aku ialah bagaimana dua buah acara berprestij ini dapat mengembalikan kredibilitinya setelah apa yang berlaku dipenghujung tahun 2011 ini? Aku masih lagi tak tahu. Aku cuma berharap agar isu ini dapat ditangani secara ilmiah....


No comments:

MY Channel

Loading...