Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Rasanya sekarang ni, semua orang sedang bercakap tentang sambutan tahun baru 2012. Dimana-mana blog, twitter, facebook dan yang seangkatan dengannya sedang 'congested' dengan ucapan dan azam tahun 2012 yang bakal menjelma dalam beberapa jam lagi.

So, aku rasa tak yah lah aku nak cerita panjang lebar tentang perkara yang sama kat sini. Yang penting, apa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011 akan terus menjadi sejarah dan kenangan. Malah mungkin jugak banyak pengajaran yang aku perolehi untuk dijadikan panduan pada tahun yang bakal mendatang.

Nak cerita tentang azam tahun baru ni? aku rasa tak yah lah. Azam tahun-tahun yang lepas pun masih banyak yang tak tertunai lagi. kih kih kih.... Setakat nak war-warkan azam kat sini pas tu tak de apa-apa kemajuan,  buat habiskan karen je... baik buat perancangan dan bertindak dalam diam je... kih kih kih..

Apapun, selamat menyambut tahun baru 2012... semoga kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran melalui cabaran yang mendatang...

Tuesday, December 27, 2011

'INSENTIF' UNTUK WARGA FELDA 2011?

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari lagi. Cabaran untuk tahun 2012 sudah jelas kelihatan dari segala aspek. Baik dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Uwaah! macam baguih je... 

Apa yang aku nak coretkan disini adalah 'khabar istimewa' yang dipetik dari beberapa sumber yang tak payah aku sebutkan. Dan yang menariknya, ianya di 'anugerah'kan sebagai penutup tirai tahun 2011 yang penuh dengan kisah suka duka yang bakal menjadi sejarah....

Antara khabar istimewa yang menarik ialah bonus atau apa yang dinamakan 'insentif' untuk warga Felda... antara RM 400 - RM1200 bakal diagihkan kepada warga Felda yang 'setia' dengan Felda... Alhamdulillah.... Aku menyentuh topik ini kerana aku juga 'keturunan' warga Felda.  Huhu... aku tumpang bersyukur untuk keluarga aku...

Sejak beberapa hari lalu, hampir semua media, menjadikan topik ini sebagai salah satu topik utama mereka. Tak kurang pula beberapa 'soundbite' dari warga Felda dimuatkan didalam berita-berita utama di stesen TV. Tapi yang kurang menyenagkan aku ialah cara penyampaian berita itu oleh beberapa media ( tak payah mention la ). Seolah-olah, semua warga Felda ini cuma hidup dengan 'sumbangan' pihak pengurusan Felda semata-mata. Highlight susah payah perjuangan mereka tidak pernah diketengahkan. Seolah-olah, mereka ini hanya diberikan segala-galanya tanpa keringat dan titik peluh yang dikorbankan selama ini. Sungguh mengecewakan!

Lebih pedih lagi bila, ada pula beberapa 'spesis' yang tak habis-habis mencari populariti dengan membodek pihak-pihak tertentu. Kononya, tanpa 'pemberian' Felda mereka tak akan hidup macam sekarang. Aduih! Woi! tak perlu lah sampai macamtu... Dah lupa ke susah payah mak bapak korang berjuang dulu? Atau korang cuma hidup setelah segala-galanya dinikmati dari jerih mereka yang terdahulu? Tolong la kaji sejarah sikit... 

Aku tidak menafikan 'insentif' yang diberikan tu. Tapi aku merasakan memang wajar mereka mendapat 'habuan' tu. Malah, tak perlu di besar-besarkan kerana mereka berjuang untuk membina kehidupan mereka. Namun, apa yang aku dapat simpulkan dari hampir semua laporan media ini seolah-olah warga felda cuma warga yang 'makan gaji' dipenempatan tanah rancangan ini.... sedih betul jika mereka ini terus digula-gulakan oleh pihak tertentu yang tidak pernah mengetahui betapa sukarnya mereka yang berjuang diatas bumi yang bertuah kurniaan Allah ini...

Namun, ada pula spesis yang 'terlebih' mengagungkan insan yang cuma 'memegang amanah' daripada tuhan yang Maha Pemurah, yang mengurniakan segalanya hasil dari usaha bersungguh-sungguh yang diiringi dengan doa mereka yang ikhlas untuk membina kehidupan yang sempurna diatas muka bumi ini...

Apa pun, aku percaya warga Felda yang mendapat 'insentif' ini sentiasa mensyukuri pemberian ini, tatkala segala perancangan perbelanjaan pembuka tirai 2012 bermula. Sesungguhnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung bila tibanya tahun baru ini....

Friday, December 23, 2011

NFC~BETUL KE SERBU?


Setelah beberapa pihak mempertikaikan isu serius yang menjadi jenaka kepada   beberapa spesis tertentu iaitu 'kondo-untuk-lembu', akhirnya SPRM bertindak 'menyerbu' pejabat NFC. Aku macam pernah dengar kata-kata seperti ni- 'oh! ini prosedur biasa'.... korang pun kompom dah dengar banyak kali kan? kih kih kih...

Mmmm...semoga kekeliruan yang wujud selama ini akan terjawab. 
Tapi sebelum tu, aku nak clear kan dulu.... hehehe. Ini bukan aku yang cakap, tapi aku petik dari MalaysiaKini pada 23 Dis 2011:

PEGAWAI SPRM SERBU PEJABAT NFC

MalaysiaKini - Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam Pengawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Bukit Kiara pada sekitar 2.50 petang dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul disitu..

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut..

Hmmm... baguslah tindakan seperti ini diambil. Cuma aku ada 'kehairanan' sikit bila baca berita ni... Itupun kalau betul lah seperti yang di beritakan oleh penulis tu... Ha, jangan nak buat fitnah... kih kih kih.

Apa pun, cuba baca balik perenggan yang ketiga tu. Bahagian yang terakhir., "...dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul disitu." Ini bermaksud, media dah tahu yang SPRM nak kesitu... So, bukan 'serbu' lah maksudnya... Janganlah main-main woi!... kih kih kih

Kalau media dah tahu, maknanya tentulah ada orang yang dah 'bocorkan' info. Tak mustahil juga orang dalam NFC dah tahu dan bersedia dengan 'tetamu istimewa' mereka hari ini... ha tu dia SPRM! Jadi maksudnya apa?

Korang tahu tak? aku tak tahu.... Opps! Siapa tahu berapa tingkat bangunan NPC tu? ....kah kah kah! 

Wednesday, December 21, 2011

TV SATELIT PERCUMA?

Akhir-akhir ni semakin banyak pendekatan diskaun, subsidi dan lain-lain yang sewaktu dengannya diperkenalkan. Malah ada yang 'PERCUMA'... Alhamdulillah, pihak-pihak tertentu dah mula terjumpa kamus yang menterjemahkan maksud 'prihatin' yang sebenar.
Aku yakin, ramai yang menghargai 'sumbangan' yang diberikan. Ini adalah antara yang 'menarik"... aku petik dari Utusan Malaysia - 21 Disember 2011:

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Astro hari ini melancarkan televisyen satelit percuma pertama negara, NJOI dan serentak dengan itu, seramai 50,000 isi rumah berpendapatan rendah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan menerima dekoder secara percuma.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau menganggap langkah Astro itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan produck serta perkhidmatan mendahulukan keperluan rakyat. 
Sambil memuji langkah tersebut beliau berkata, akses kecara percuma kepada 37 saluran televisyen serta radio yang ditawarkan Astro melalui NJOI akan merpatkan jurang digital di antara penduduk miskin dengan masyarakat bandar di negara ini.
"Dunia hari ini memihak kepada golongan yang mempunyai akses kepada maklumat. Mana-mana kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada akses secara real time (terkini), mereka tiada kelebihan dan gagal untuk bersaing dengan dunia luar".
"Lebih penting NJOI ini ditawarkan secara percuma bagi fasa pertama dan terdapat saluran pendidikan untuk pelajar yang bakal menghadapai peperiksaan. Ini sudah tentu membantu kerana maklumatitu percuma berbanding terpaksa membayar kelas tuisyen".
"INI sebahagian daripada produk dan perkhidmatan 1Malaysia kerana ia mengutamakan rakyat," katanya semasa berucap merasmikan NJOI di perkarangan Perumahan Rakyat (PPR) Cohchrane Perkasa, disini hari ini...

Hmmm... untuk mereka yang layak mendapatkan khidmat ini, peluang untuk memperluaskan lagi pemikiran secara global bakal bermula... cuma, aku tertanya-tanya tentang list channel yang ditawarkan... Bukankah  sebahagian dari channel ini sememangnya telah diberikan secara percuma? Kwang kwang kwang!
Malah, aku terbaca artikel yang mengatakan sebuah dekorder khas harus digunakan untuk menonton channel 'percuma' yang ditawarkan.

Mmmm... apakah ini semua 'Percuma'? atau ada 'hidden-cost' yang harus ditanggung oleh pengguna dimasa depan? harap tidaklah jika benar-benar nak menyumbang...Tapi jika ada, usahlah gunakan perkataan 'percuma'. just straight to the point je!


Ohhh... keliru... keliru! 

Saturday, December 10, 2011

OMBAK RINDU | FENOMENA & KONTROVERSI

"Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah...." itu antara dialog yang meninggalkan kesan dalam filem Ombak Rindu garapan pengarah hebat Osman Ali...

Aku percaya ramai yang telah pun menonton filem ini. Sebagai warga industri, aku bangga sekali apabila pengarah dan penerbitnya berani membuat perubahan ketika genre 'horror' atau hantu yang masih popular dan mendapat tempat dihati penonton tanahair. Sekurang-kurangnya, semua jenis hantu boleh 'berehat' sekejap setelah beberapa tahun 'beraksi' dengan pelbagai 'rupa'... hehehe

Aku teruja sekali apabila dikhabarkan filem ini telah berjaya didalam 'pecah panggung' apabila dihari pertama tayangannya ia telah mengutip lebih RM750 ribu. Mendahului filem Twilight ciptaan hollywood... Mmmm...
Aku sendiri yang ke panggung pada hari kedua tayangannya telah melihat betapa filem ini memiliki daya tarikannya tersendiri. Aku hampir tidak mendapat tiket apabila cuma tinggal 2 seats pada tayangan jam 3.45petang di Cineleisure, Kota Damansara... Hebat kan!

Anyway, apa yang aku nak kongsikan ialah fenomena yang dicipta oleh filem Ombak Rindu ini. Biarpun fenomena seperti ini pernah wujud hampir 2 dekad yang lalu melalui beberapa filem melayu seperti Azura, Ali Setan dan beberapa filem lain, namun ianya bagaikan hilang ditelan arus oleh kerana populariti genre lain  mengambil tempat setelah penerbit Hollywood dan Hong Kong berjaya 'mencuri' hati penonton...
Kini ianya bangkit semula dan diharapkan ianya terus menjadi 'kompetitif' dengan genre filem melayu yang lain... Ini memberikan penonton pilihan setelah sekian lama 'sesak nafas' didalam pawagam. More healthy... hehehe

Tapi setelah seminggu tayangannya, aku agak 'gelisah' juga apabila kontroversi mula melanda filem Ombak Rindu ini. Aku rasa penerbit, pengarah, pelakon dan warga kerja filem ini juga dapat merasakan tempiasnya.
Cuba klik dan baca berita di Sinar Harian dan Berita Harian  ini... Aku tak tahu samada ianya sengaja diperbesarkan atau sebaliknya.

Kontroversi penulis novel asal Ombak Rindu yang dikatakan membangkitkan isu pembayaran yang tidak setimpal dan perubahan yang dilakukan didalam filem ini agak menggusarkan. Tapi bagi aku, setiap urusan didalam penerbitan mempunyai perjanjian dan kontrak. Segala persoalan yang berkaitan dengan pembayaran dan lain-lain syarat seharusnya telah dipersetujui ketika menandatangani kontrak.... Kalau pun ianya tidak menepati apa yang termaktub didalam perjanjian, kenapa media menjadi tempat rujukan? Aku tak tahu, mungkin orang yang terlibat mempunyai alasan yang tersendiri untuk membangkitkan isu ini... 

Bagi aku, media juga harus jujur dan berhati-hati didalam menyiarkan berita. Aku kecewa juga membaca berita tentang kontroversi Maya Karin seperti yang dilaporkan di media. Aku tak ada kepentingan pun dalam isu ini tetapi tidak dapat menidakkan kata hati aku yang membaca artikel yang diterbitkan. Benarkah Maya mengaku seperti apa yang dilaporkan? Atau ianya sengaja dimanipulasi oleh spesis yang cuba mencari peluang untuk mendapatkan sesuatu? aku tak tahu...

Apa pun sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu sering dimanipulasi bagi tujuan tertentu. Apa lagi jika artikel yang diterbitkan itu seolah-olah menggambarkan maksud sebenar orang yang telah meluangkan masa untuk ditemubual... Aku simpati melihat rakan-rakan yang menjadi mangsa keadaan seperti ini... tolong lah bertanggungjawab wei...

Apa pun, diharap dengan fenomena yang luar biasa bagi filem Ombak Rindu ini, segala kontroversi yang sengaja di war-warkan akan terhakis dengan sendirinya. Aku percaya penonton dan pembaca hari ini jauh lebih matang untuk membuat kesimpulan.... 

Apa pun Kudos to warga produksi Ombak Rindu.... 5 star for all of you!

Layan OST ni dulu... enjoy!



Sunday, December 4, 2011

KREDIBILITI ANUGERAH BERPRESTIJ

Aku sebenarnya bukanlah layak sangat nak memberi komen tentang dua anugerah industri hiburan tanahair yang sering dianggap berprestij. Namun, sebab aku menjadi salah seorang dari ribuan warga dunia hiburan (walaupun jadi 'budak kecik' yang berada dibelakang tabir), aku tak leh nak sorokkan kegusaran aku melihat apa yang terjadi pada acara yang berlangsung pada tahun 2011 ni...

Aku tak nak komen tentang penjurian, siapa yang menang dan siapa yang kalah. Itu adalah kebijaksanaan dan hak mereka yang telah dipertanggungjawabkan.  Saban tahun, penganjuran anugerah seperti ini pasti akan ada kalah menang dan juga 'sosek sosek' pasca penganjurannya terus berlarutan. Tapi tahun ini agak berlainan dari apa yang pernah berlaku....

Aku ambik contoh AIM2011... macamana boleh berlaku kesilapan pemilihan pemenang setelah segalanya diumumkan didepan ribuan penonton? Apa pun alasannya, imej penganjur sudah pun tercalar. Bagaimana pula dengan kredibiliti mereka yang dipertanggungjawabkan? Aku tak tahu... 

Satu lagi anugerah yang agak kecoh juga ialah FFM24... Pemilihan pemenang dipertikaikan lagi... Malah, pada malam kemuncak penganjurannya juga, aku dapat merasakan ke'hambar'annya. Tidak semeriah anugerah sebelumnya... Mujurlah dua orang pengacara berjaya memainkan peranannya sepanjang acara berlangsung. Apakah kerana ramai warga industri sudah dapat meramalkan keputusannya? atau disebabkan oleh "insiden" yang berlaku pada malam 'anugerah cipta' yang berlangsung beberapa hari sebelum acara kemuncaknya? aku pun tak tahu... tapi aku tak leh tipu yang hati aku semakin gusar. Walaupun aku tak menyumbang apa-apa kepada penganjuran acara ini, tapi aku masih menjadi 'ahli keluarga' industri ini...

Persoalan yang wujud dalam kepala aku ialah bagaimana dua buah acara berprestij ini dapat mengembalikan kredibilitinya setelah apa yang berlaku dipenghujung tahun 2011 ini? Aku masih lagi tak tahu. Aku cuma berharap agar isu ini dapat ditangani secara ilmiah....