Friday, September 30, 2011

JAM 8 MALAM | ADA AKU KISAH?

Aku tak nafikan! Ramai yang duduk melopong dan menganga depan TV bila jam 8 malam tiba. Masa tu kalau yang ada anak kecik menangis pun tak peduli dah. Makan malam pun bleh post-pone dulu.

Sebab apa?  Jeng jeng jeng! Sebab  ‘ sepanjang 20 minit yang akan datang anda akan disajikan dengan kisah lucu dalam rancangan Raja segala Maharaja Lawak’…. Saksikan di channel ?  tuuutttt!  Kah kah kah!

Aku memang dah lama tak ambik pot dengan cerita dongeng ‘pukul 8 malam’ ni... Cuma sesekali kalau ada kerabat yang datang kat umah tu, terpaksalah jugak ‘on’kan channel tu… tapi mula lah aku buat alasan nak gi toilet lah, nak gi kedailah dan sewaktu dengannya….kih kih kih!
Aku sungguh tak faham… dan diorang pun tak kisah samaada aku faham atau tak.  Aku sorang yang tak tengok, tapi berjuta lagi kat luar sana yang tak berkelip mata kat depan tv tu… peduli apa? Kah kah kah…
Setiap hari kalau di analisa betul-betul, 2 blok yang pertama  (jam 8.00pm -8.20pm sebelum commercial break tu), mesti kluar citer yang klise (kata org filem)… citer yang diulang-ulang tak tahu berapa puluh kali... omputeh kata re-run… macam astro la jugak…. Kah kah kah.
Cuma skripnya aje diolah sikit supaya nampak lebih fresh! Oh ya, lagi satu yang nampak berbeza  ialah penampilan 2 orang ‘penglipurlara’ yang boleh tahan handsome dan cute membacakan kisah-kisah ‘lagenda’ tu… Mmmm...
Hatta sepanjang 15-20 minit yang pertama, kita akan di momokkan dengan kisah-kisah silam yang di kontemporarikan. Maka kelihatanlah ia seperti cerita terkini. Maka melekat lah sebahagian manusia di muka bumi Malaysia ini... Namun, ramai gak yang sependapat ngan aku...kalau duduk kat restoran Ibrahim Maju pun dah bleh dengar orang komplen secara terbuka...

Jangan syok sendiri lah woiii! Cubalah pi keluar dan survey kat luar sana tu… buat VOXPOP (interview rambang). Tengok berapa ramai yang dah meluat dan muntah 18 kali dengan cerita ‘lawak’ korang tu. La ni, dah tak berapa nak kelakar dah! Kalau nak tau, Mak cik Felda pun dah pandai bagi komen ... kih kih kih!  Cari modal lain plak la beb!
Tapi sebenarnya, bagus jugak korang buat camtu… filem tempatan otomatik box-office. Sebab time tu ramai yang pi tengok wayang kat panggong dah la ni…. Hantu Bonceng dan Nasi lemak 2.0  lagi kelakar la woi!!
Apa-apa pun, buat la sesuka hati korang…. Ada aku kisah? Kih kih kih…

© Senyum Poyo

Thursday, September 29, 2011

SEORANG 'PEJUANG' YANG POYO

Beberapa hari ni, aku sengaja mengikuti perkembangan seorang daripada ratusan spesis yang tak punya pendirian ni. Aku boleh gelarkan dia ‘Mat Serban’lah. Sebab kebelakangan ni selalu nampak keluar kat TV dengan pakai serban… lagi pun aku tengok dia pun pandai menggelarkan orang dengan macam-macam ‘MAT’. Baguih konon… piiii dah!
Dia ni macam tak de keje lain lah. Tiap-tiap hari asyik nak memprovokasi orang melalui twitternya. Aku masih ingat lagi pada bulan Ramadhan yang lepas (tapi tak ingat ramadhan ke berapa lah), aku ada terbaca di twitternya bahawa beliau sedang berada ditanah suci... Buat umrahlah kot..  Alhamdulillah… syukur nak berubah dah...
Tapi you know what?? Sama jer ghoper nye... Patutnya bila dah kat sana tu, apalagi dalam bulan yang mulia, buatlah amal ibadat. Ni tak, macam duduk kat koridor depan masjid India tu je.... kat masjid India tu pun orang tak berenti bertasbih... Eh sorry la... aku pun tak nampak masa tu... agak-agak je.
Yang mengejutkan aku ialah, masa kat sana pun dia masih nak aktif postkan komen mengutuk orang lain. Dan salah sorang yang sering dikutuknya, ialah orang yang dulunya dia sanjung, sokong dan pertahankan. Tak yah lah aku mention kat sini. Tak tahu lah aku kalau ada  plak orang lain yang ‘operate’ twitter nya… kah kah kah
Aku tak berapa nak faham dengan dia ni. Oppps, sebenarnya tak perlu faham pun… cuma aku terfikir jap. Kalau ini lah rupa dan karekter seseorang yang kononnya berjuang untuk menegakkan agama dan kebenaran, apa agaknya akan jadi dengan negara ini? Lebih teruk lagi sebab dia selalu berceramah tentang akhlak dan isu yang sewaktu dengannya…. kalau ada je isu yang kontroversi sikit, hah mulalah dia melalak siang malam kat TV dan suratkhabar. Lagi satu yang aku heran, reporter tahu pulak nak cari dia kat mana tu! aduih...
Udah-udah la tu Yob! Ketika diberi kesempatan berada di kedudukan ko tu, nyawa pun masih ada sikit lagi,  cubalah buat sesuatu yang memberi manafaat untuk masyarakat. Bukan jadi lambakan spesis yang berjuang tak tahu untuk apa. Oppps! Silap…. dia tahu untuk apa...  Kih kih kih….
Ya Allah, selamatkan lah negara ku yang tercinta ini.
© Senyum Poyo

Tuesday, September 27, 2011

SELANGOR & RM1.1BILLION | TERBAIK

Sebenarnya, aku bukanlah pandai sangat dalam isu ekonomi ni pun. Ekonomi aku sendiri pun tak berapa nak betul… kih kih kih 
Tapi apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah, aku impressed bebenor dengan laporan kewangan kerajaan negeri Selangor baru-baru ni.  Dalam laporan yang aku baca (of course korang tak jumpa kat paper ‘biasa’–Cuma ada kat paper ‘luarbiasa’ je –kah kah kah ),  Sehingga kini, jumlah Simpanan Tunai kerajaan negeri Selangor  telah mencecah RM 1.1billion. Wow! Khabarnya, yang terbaik sejak 28 tahun yang lalu. Tahun 2010 je closing at RM 918 million… Mmmm, marvelous, marvelous  (kata upin ipin).
Persoalan yang bermain di minda aku ialah, sebelum ni cuma ada berapa billion? Kalau inilah yang terbaik sejak 28 tahun lalu, maknanya tak pernah lah Kerajaan Selangor capai angka tu sebelum ni… jadi kemana perginya hasil negeri  selama ni? Ehem, ehem!  Tak tau, tak tau!  Kah kah kah
Ntahlah, aku tak leh nak komen apa-apa… korang kalau dah tahu pun, jangan cakap ek… bahaya! Walaupun ISA dah dimansuhkan, jangan ingat bleh buat sesuka hati... nanti  kena akta lain plak… Jangan pandai-pandai nak wat 'fitnah' plak… :)
Walaupun aku bukan anak jati Selangor, aku tumpang gumbira dengan berita ni. Sebab anak-anak aku dah daftar di Selangor. Masa daftar je dah ada akaun untuk anak Selangor... Alhamdulillah!
Btw, kita harus terima hakikat bahawa berita ini telah menunjukkan prestasi kepimpinan kerajaan Selangor yang lebih baik dari sebelumnya... Aku terpaksa percaya pada sumber yang membuat laporan ini, sebab ia telah dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Selangor baru-baru ni.  Tak kan MB Selangor nak buat-buat citer kot! Respect sama you YB!
Kepada yang tak brapa nak cayer tu, periksalah 'chips' yang ada dalam kepala  tu. Takut-takut nak kena overhaul atau kena ganti baru. kih kih kih! Apa pun, yang betul itu tetap betul…

Tahniah buat seluruh rakyat Selangor!

© Senyum Poyo

Monday, September 26, 2011

| SEKEJAP 'COOL' SEKEJAP 'TAK COOL' ?

Alamak ! kejap je 'cool' nyer? Aku heran betul lah. Pagi tadi nampak 'cool' je YAB PM dan KM Penang naik basikal 'bersama' dalam sebuah akhbar lain...

Tapi bila buka satu akhbar ni, tetiba je nampak dah tak 'cool' lagi dah... Cuba tengok dan compare picture ni, dan tengok pulak yang aku post sebelum ni... "Disini ada, disana tiada"... kah kah kah!!

Hai lah media negara aku ni...... Apa lah mesej yang korang cuba nak sampaikan ni woiiii? Semoga aku tak tergolong dalam spesis-spesis yang sewaktu dengan ni...
Guan Eng! Sekejap ada, sekejap tak ada... kih kih kih
Apapun, aku dah lama tak amik pot dengan paper ni... Cuma hari ni aku rasa terpanggil lak sebab nak tengok stail spesis-spesis 'tertentu' dalam melaporkan berita.... Btw, teruskanlah 'perjuanganmu'... kih kih kih.

© Senyum Poyo

| PM & KM YANG 'COOL'

Hmmm... Siapa yang selalu melatah ni? Betul ke ada orang media yang mempersendakan minda kita? Eh, 'kita' plak, Minda aku… kih kih kih…
Cuba tengok photo kat bawah ni. Nampaknya PM dan KM Penang tu ok je… KM Penang pun sesama sokong aktiviti yang diatur oleh pihak PM… ha, baru lah ‘cool’… huhu
DS Najib & Guan Eng kayuh basikal 'bersama'...
Tapi apa yang agak mengecewakan sejak kebelakangan ni,  tiap-tiap hari kat news  tak kisahlah TV ke, suratkhabar ke, asyik nak citer tentang yang negatif kedua-dua pihak je. Amender lah korang yang menulis berita ni.
Woi, tolong jangan melaga-lagakan orang la. Tak takut seksa kubur ke?  Esok, malaikat bukak buku  dia pulak dan bacakan untuk korang, hah baru tahu…
Apapun, aku rasa dah sampai masanya untuk semua media harus berlaku adil dalam melaporkan berita.  Sekarang bukan zaman tok kadok lagi… Jangan ‘underestimate’ masyarakat…. Woi! sekarang ni Mak Cik Felda pun dah online  24/7 lah…. Come on!
Harap-harap berita dan gambar kat atas tu jadi satu permulaan yang baik. Biarpun berbeza fahaman politik, hubungan baik dan keharmonian tu harus terus terjalin... Yang benar tu tetap benar.  Usahlah asyik nak melapor keburukan pihak lain jer…
Fulamak! Poyo je coretan aku ni!  Kih kih kih… Chiao!!!!
© Senyum Poyo

Saturday, September 24, 2011

SURAU ARRAHMANIAH | TAMAN HARMONI KAJANG

Alhamdulillah... Inilah surau Ar-Rahmaniah yang telah hampir siap pembinaannya setakat ini (Sept 2011). Namun, masih banyak lagi kerja 'finishing' yang perlu di lakukan....

Surau Ar-Rahmaniah yang dalam pembinaan pada Sept 2011

Bukanlah tujuan aku untuk meraih simpati kat sini. Cuma sebagai warga penduduk Islam di Taman Hamoni Kajang ni, aku rasa terpanggil pulak untuk melakukan sesuatu apabila melihat  ahli-ahli jawatankuasa surau Ar-Rahmaniah ini sedang berusaha keras untuk mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan surau ini... 

Sebenarnya, proses pembinaannya dah pun berjalan sejak lebih setahun yang lalu. Namun akibat kekurangan peruntukan, kerja pembinaan pun berjalan agak perlahan lah sikit... maklum je lah...

Sebelum ini, penduduk Islam disini menggunakan sebuah surau lama yang dibangunkan hasil usaha dan sumbangan penduduk terawal di taman ini. Kini surau ini sudah tidak mampu lagi menampung bilangan jemaah yang semakin betambah.... Alhamdulillah, satu petanda baik untuk Qariah ini...

Bangunan Surau Lama yang telah dibangunkan
hasil gotong royong penduduk setempat pada 2002


Aku jugak difahamkan bahawa lebih 80% dari kos pembinaan surau baru yang ini adalah sumbangan penduduk setempat. Alhamdulillah, rasanya aku sedang bermustautin di tempat yang betul walaupun aku tidaklah aktif sangat dengan aktiviti masyarakat kat sini... gitu-gitu aje...

Sebenarnya surau Ar-Rahmaniah yang baru ini telah mula digunakan pada awal ramadhan 2011 yang lalu untuk bertarawikh, namun hakikat yang harus diterima ialah, surau ini masih belum siap sepenuhnya. Ini kerana peruntukkan yang ada sekarang agak terhad. Maka setiap urusan harus di 'prioritise'kan mengikut keperluan...

Oleh itu, aku ingin menyeru kepada saudara-saudara yang berkemampuan untuk membuat sumbangan kepada tabung pembinaan surau ini.
Ingat! Aku BUKAN wakil untuk mengutip derma ni, aku cuma ingin menyampaikan maklumat je...

Kepada yang ingin melabur saham akhirat ini  (tak kisahlah berapa pun)boleh lah membuat sumbangan terus menerus di akaun berikut :

                  Nama Akaun               : Tabung Pembinaan Surau Ar-Rahmaniah
                  Nombor Akaun Bank   : 5624-1400-5431                                   
                  Bank /Cawangan        : Maybank Islamic, Caw Kajang Prima       

Kepada yang dah tak sabar nak melabor saham akhirat tu, bleh lah terus ke Maybank2u online:

Bagaimanapun, kalau ada sesiapa yang rasa tak berapa nak yakin, elok lah visit laman web ni untuk kepastian dulu... tak pe, yakinkan diri dulu...  

Tapi kalau rasa tak yakin dengan akaun ni, tanyalah kat pegawai bank tu ...
Pas tu kalau masih tak yakin jugak, elok lah simpan je duit tu... Tak perlu lah nak ada rasa buruk sangka, bila nak buat amal ibadat ni... Tak de siapa yang nak paksa pun!

Insya Allah, semoga apa yang kita sumbangkan dengan keikhlasan itu akan mendapat keberkatan dari Allah... Wallahu a'lam...

© Senyum Poyo

Friday, September 23, 2011

| FELDA oh FELDA

|  Lagi dan lagi..? Jun 2011-saman RM344juta, Sep2011–Saman RM300juta.. Next?

Baru- baru ini aku terbaca satu lagi article tentang saman RM300 juta terhadap pengurusan felda dan spesis yang sewaktu dengannya. Menurut article itu, lebih 500 warga peneroka tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda. Mereka terasa di perbodohkan serta ditipu sejak tahun 1995….

Aduih! Kesian sekali pada mereka ni. Termasuklah keluarga aku… Aku cakap sebab aku pun anak Felda jugak… Dah lah susah bertahun-tahun membanting tulang untuk meng’hidup’kan anak-anak diaorang, kini dipersendakan pulak. Binawe betul!!! Mungkin mereka menyangka warga peneroka ni ‘tak berapa pandai’ kot… Tapi dia lupa, anak-anak peneroka Felda terlebih pandai… kih kih kih!

Yang hairannya tu, beberapa statement yang dibuat oleh ‘spesis’ tertentu seolah-olah Felda terus menerus memperjuangkan nasib warganya. Setiap keuntungan dikembalikan kepada pengusahanya. Namun, apa yang aku dapat rumuskan sendiri ialah, cuma sebahagian kecil yang diberikan kepada peneroka dan sebahagian besar menjadi habuan ‘spesis’ tertentu serta yang sewaktu dengannya…

Setahu aku tak berapa lama dulu, Felda pernah diwar-warkan mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda. Tapi pada masa yang sama, Felda juga membuat pinjaman sebanyak 6 billion ringgit dari KWSP… what is this? kepala bana!  Mungkin nak bayar semua saman tu kot? Kih kih kih….

Aku pun tak pasti sama ada betul atau tidak, tetapi pengerusinya pernah dillaporkan membuat kenyataan yang menganggap pinjaman itu satu ‘pengiktirafan’…. Aduih!!! Aku rasa ini adalah statement paling bodoh pernah aku baca dari seorang yang bergelar pengerusi… malah pernah menjadi pemimpin dalam kerajaan…. Tambah malu lagi sebab ‘dia orang kampong den’ hiks hiks!!! Kenapalah dia meng kompomkan kebodohan…. Macamana nak memimpin ni? Kemana halatujunya nanti?

Btw, aku cuma mampu mendoakan kebernaran itu akan terserlah satu hari nanti…. Seterusnya, kesedaran akan wujud dan hak mereka akan dikembalikan kepada pemiliknya…. Dan sesiapa yang rasa dirinya tak layak memimpin tu, eloklah berundur… Jangan tunggu sampai kena tendang! Kih kih kih….

© Senyum Poyo

CINTA MUKA BUKU | 'FACEBOOK LOVE'

Aku tak tau lak kenapa aku tertarik dengan KONSEP lagu ni. Nah tengok... Mungkin ramai yang dah berulangkali tengok, tapi cuba tengok sekali lagi... tengok dari segi konsepnya... it's actually has got something different! tak caya, cuba tengok lagi....Tapi itu pun kalau nampak... kih kih kih..

Btw, selamat menonton....


Beberapa hari kebelakangan ni, aku sibuk macam orang giler la pulak. So, banyak citer yang tak sempat aku update. Tapi, insya Allah, aku akan coretkan dalam masa terdekat.... Chiao!
© Senyum Poyo

Saturday, September 17, 2011

| HADIAH MERDEKA RAYA?

Sejak sehari-dua sebelum 16 September 2011 iaitu hari sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia, beberapa station TV dan akhbar telah memberi isyarat bahawa PM akan membuat pengumuman penting. Aku percaya, ramai juga yang tertanya-tanya amender yang bakal diumumkan tu...

Segalanya terjawab pada malamnya apabila pengumuman itu dibuat. Mungkin tidak ramai yang menyangka (termasuk aku sendiri) bahawa akta ISA akan di hapuskan... huh? lagi satu, akta buang negeri 1959... macam tak caya lak... Apa pun pada aku, inilah tindakan paling popular dari seorang PM... Tahniah! 

Selain itu, kalau tak silap aku ada dua lagi akta yang akan dikaji semula. Aku tak nak komen yang dua ni. Biar dia kaji dulu lah. Nanti salah coret, terkena akta 'baru' lak... kih kih kih.. 

Apakah ini sebagai hadiah untuk sambutan hari Merdeka, hari Malaysia dan Hari Raya yang disambut serentak pada hari ini? Rasanya, tak salah juga jika aku berpendapat bahawa ini lah 'ang pow' paling besar untuk seluruh rakyat Malaysia untuk Merdekaraya 2011...

Mmmm... mungkin juga 'hadiah' menjelang pilihanraya umum ke-13. Hanya Dia dan 'mereka-mereka' yang tahu...

© Senyum Poyo

Friday, September 16, 2011

| TAN SRI LEE LAM THYE

Semalam aku berkesempatan bertemu dengan aktivis NGO yang tak asing lagi di Malaysia ni. Dia adalah Tan Sri Lee Lam Thye... Lama jugak nak tetapkan temujanji dengan beliau. Maklumlah beliau terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan aktiviti.

Sebenarnya, aku cuma nak menemubual beliau untuk satu program yang sedang aku terbitkan (tak leh bagi tahu dulu)... Jadi aku cuba nasib untuk set appointment dengan beliau. Aku memang tahu, beliau memang kompom sibuk, tapi aku nak cuba dan terus mencuba...

Setelah beberapa email dan sms, akhirnya aku menerima satu 'friendly SMS' dari beliau.. lebih kurang bunyinya  ' kita jumpa hari Rabu 14 Sept di pejabat Yayasan Anti Jenayah Malaysia. Saya akan confirm time'...
apalagi, aku senyum lah. Tapi tak lah poyo sangat... kih kih...


Aku cukup bangga dengan beliau. Dalam usia yang mencecah 66 tahun, beliau masih aktif dan bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab sosial. Dan hampir semua kerja sosial yang dilakukan, tanpa dibayar gaji... huh? malah katanya, kekadang tu terpaksa lak guna duit poket sendiri...  so, kenapa dia buat semua ni?

Aku difahamkan bahawa apa yang dilakukan hanya kerana minat beliau yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di tanahair Malaysia ini... katanya, beliau sangat minat untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dan memahami masalah mereka. Apalagi golongan yang memerlukan perhatian... Jadi katanya, beliau akan meneruskan tanggungjawab itu selagi punya kudrat... fuh, respect betul aku..

Selain terlibat dalam beberapa badan kebajikan NGO, kini beliau menerajui Yayasan Anti Jenayah Malaysia. Sebuah yayasan yang bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras jenayah di seluruh Malaysia ni... huh! bukan mudah tu... apalagi kalau kerja tanpa bergaji pulak... fund yang ada pun adalah sumbangan dari pihak-pihak tertentu aje...
Persoalan yang bermain di kepala otak aku ni ialah, berapa ramai orang yang punya tanggungjawab seperti beliau? Mungkin ada, tapi bilangannya dah hampir pupus kot... Hmm, dunia hari ni memerlukan 'imbalan'...

Semoga usaha beliau dihargai oleh semua golongan... Dan usaha murni beliau ini akan menjadi contoh kepada orang lain termasuk aku... Kepada mereka yang pandai berpidato dan sewaktu dengannya tu, usah pandai bercakap kat kaca TV dan akhbar je, buatlah sesuatu.... Jangan nakkan publisiti je, tapi orang lain yang 'berkorban dan terkorban'.. Malu lah sikit!

© Senyum Poyo

Wednesday, September 14, 2011

| GST | Goods & Services Tax

Semalam aku terbaca berita tentang tax lagi... tapi kali ni lain pulak. Mungkin sebab aku ni tak pandai ekonomi, jadi aku rasa lain lah kot. Mungkin satu Malaya rasa benda ni biasa je... kih kih kih...

Apapun dalam ucapan PM semalam, beliau mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan ( dalam bahasa Inggerisnya GST - Goods & Service Tax ).. katanya, LHDN juga sedang bekerja keras mengatur segala keperluan terutamanya sistem untuk pelaksanaannya siap sedia untuk di gerakkan... 


Aku setuju kalau setiap sesuatu yang nak dilancarkan tu mesti ada tujuannya. Tak kisahlah untuk kepentingan golongan tertentu atau pun untuk manafaat bersama. Yang pasti, 'benda' tu mesti bersebab...

Aku bukan nak semprono mempertikaikan 'benda' ni, tapi aku tertanya-tanya la pulak. Amende yang terkandung dalam GST ni? Adakah cukai ini pada akhirnya akan ditanggung oleh 'consumer'?  atau camane? Aku percaya ramai lagi yang kurang faham. Atau memang aku yang bengong! tolonglah jelaskan untuk aku...

Apa pun penjelasan yang lebih mudah dan straight to the point sangat di perlukan... Jangan sampai disalah anggap macam isu-isu yang sewaktu dengannya ...

  © Senyum Poyo

Tuesday, September 13, 2011

| SENYUM POYO - PAGI SELASA

kih kih kih.... pagi-pagi ni aku terbaca lak satu blog ni. Saja- saja cari info untuk aku develop konsep baru untuk TV program yang aku nak propose (tak leh bagi tau dulu... hehe)...
Tapi sebenarnya bukanlah aku suka sangat dengan cara coretannya, tapi aku tertarik dengan adds on yang ada dalam blog dia... contohnya illustration yang di lakarkan ni....

pengakuan aku:  aku copy dari biaqpila.blogspot.com

Biar pun topik ni bukan benda baru, tapi some how, it sparks an idea untuk aku develop something yang entertaining... tunggu..


© Senyum Poyo

Sunday, September 11, 2011

| ULANGTAHUN 9/11

Aku tahu yang aku bukannya layak sangat nak bercakap tentang isu ini. Tapi aku rasa aku nak coretkan jugak apa yang ada di dalam kepala otak aku ni... Poyo kan? Kih kih kih...

Anyway, hari ini rakyat Amerika khususnya yang tinggal di bandaraya New York akan memperingati peristiwa hitam yang berlaku pada 11 September 2001. Camana majlis yang akan diadakan, aku tak tahu lah... dan aku rasa, tak perlulah aku nak ambil tahu sangat... sebab bukan itu point nya...


Biarpun tragedi itu dah 10 tahun berlalu, peristiwa tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Apatah lagi bagi keluarga dan rakan kepada mangsa yang terbunuh. Aku yakin, jutaan masyarakat dunia masih berkongsi  tempias kesedihan itu...

Tetapi yang peliknya, setiap tahun apabila menjelang tarikh 9/11, macam macam spekulasi akan tersebar. Ancaman bom lah, serangan berani mati lah dan lain-lain akan menjadi topik hangat di dada-dada akhbar seluruh dunia. Agak mengecewakan juga  apabila sesetengah akhbar sengaja memfokuskan kepada masyarakat Islam sebagai pengganas setiap kali tibanya  tarikh 9/11 ini. Seolah-olah ada sesuatu agenda yang sedang diatur dengan terancang... ah, mungkin itu anggapan aku je... tapi tak salah juga kalau aku punya perasaan cam tu... aku nye pasal lah!

Namun benarkah ancaman ini wujud? Atau ianya sengaja direka untuk memburukkan imej umat Islam? Hanya Allah yang mengetahui. Hakikatnya, masyarakat Islam terus di label sebagai pengganas. Tak tahu sampai bila...

Dari rasa simpati, aku dah mula rasa geram apabila membaca dan menonton berita yang tak habih-habih melemparkan tuduhan pada umat Islam. Ya, mungkin benar segelintir yang dinamakan 'ekstremis' memang wujud didalam masyarakat Islam, tetapi ia tidak menggambarkan keseluruhan pemikiran umat Islam. Malah terdapat juga 'ekstremis' bangsa lain yang menganut fahaman agama selain Islam yang melakukan keganasan. Tetapi ianya tidak di perbesarkan... aku pun tak nak komen...

Aku tertanya-tanya, apakah tanggungjawab yang diambil oleh lebih 1.3 billion umat Islam di seluruh dunia mengenai isu ini? Persidangan demi persidangan, forum demi forum, namun isu ini tetap tidak dapat diselesaikan dengan baik... Dunia dah nak kiamat! Tapi sebelum kiamat ni, sapa nak jawab semua ni?

Apapun, aku tahu yang aku pun tak leh nak buat apa-apa.. Cuma bleh merungut dalam hati je. Paling-paling pun, coretkan rasa hati aku kat sini... Mmmm, tu pun sebab aku baru buat blog ni... kalau tak? ntah la...

Aku pun tak amik pot samada korang setuju atau tak dengan aku... Aku pun bleh senyum poyo je...
Wallahu A'lam.....
© Senyum Poyo

Saturday, September 10, 2011

| FAKTA SEJARAH?

Aku tak leh nak tido lak malam ni... aku saja 'menyelak' beberapa news website untuk saja-saja nak bagi mengantuk. Sebab aku tahu, kalau baca beberapa akhbar harian tu, pasti aku akan ngantuk dengan beritanya... kih kih kih...

Sebenarnya aku dah lama tak membeli, membaca dan melihat suratkhabar sebab aku dah meluat sangat dengan propaganda didalamnya. Kekadang tu terasa malu pulak, sebab aku jugak salah sorang dari orang media. Cuma bezanya, aku bukan journalist yang di kontrol macam diaorang tu. Hihi...

To cut the story short, tetiba je aku tertarik dengan berita headline di Malaysiakini yang membahaskan isu penjajahan Inggeris. Maklumlah, bulan merdeka...

Zainal Kling membuat statement 'berani mati' apabila menyatakan pendapat beliau (tak tahu lak mana sumber rujukannya) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. huh?

Tak caya... ha tengok link ni... nah, ambik!

So, apa dah jadi dengan pembelajaran aku dan orang lain masa kat sekolah dulu?  termasuklah sebahagian dari pemimpin yang lebih kurang dekat dengan generasi aku?

Jadi apa pulak yang Tunku Abdul Rahman laungkan di Stadium Merdeka dulu? Kita kena tipu ke? Hey, jangan main-main la woi...

Aku rasa masih ramai makhluk diatas muka bumi Malaysia ni mulai konpius atau paling tidak pun tertanya-tanya bla terbaca statement ni. Apalagi pelajar yang sedang melalui pembelajaran atau yang nak amik periksa ketika ini... pada masa yang sama cikgu pun mulai bingung... ha, sapa nak jawab?

Aku cuma  berharap, isu ini di perjelaskan dengan segera... tak yahlah nak tunggu Parlimen bersidang... ataupun, nak tunggu tubuh suruhanjaya. diraja... kesianlah pada generasi anak-anak kita...

Paling penting ianya tidak dipolitikkan untuk populariti spesis-spesis tertentu... 


© Senyum Poyo

| OPEN HOUSE

Weekend ni adalah yang pertama selepas semua muslim mula bertugas setelah cuti lebaran selama seminggu.

Aku terdengar disini sana kengkawan mengatur rancangan untuk memenuhi undangan rumah terbuka. Mungkin anda juga menerima undangan yang sama. Aku pun ada lah satu dua jemputan... tak popular lah aku ni.

Apapun, aku rasa budaya ini sangat mulia kerana ianya akan mengeratkan silaturrahmi sesama kita. Tapi perisiannya harus betul.... ewah macam bagus sangat lak aku ni... poyo plak.. sorry la ye..

Sebenarnya aku ni memang anti-sosial sikit. Jadi aku hanya akan memilih untuk memenuhi undangan yang 'sesuai' dengan aku je... bukan sombong tapi...hmmm, ntah lah. memang itu perangai semulajadi aku.

Sebabnya simple je... aku tak leh tahan dengan muka-muka Poyo yang selalu mempoyokan diri mereka dalam majlis cam ni... Masa tu lah nak tunjuk gadget-majet baru, masa tulah yang pompuannya nak bercakap dengan style karamsingh walia (sebab gelang penuh sampai lengan) dan lain-lain lakonan yang sewaktu dengannya...

Aku tahu itu hak mereka, tapi aku jugak punya hak untuk meluat dengan tabiat itu... Jadi, untuk mengelakkan dosa kering dan kering minyak kereta, aku memilih untuk layan diri sendiri, isteri dan anak-anak aku je lah pada hujung minggu ni... Apa pun terima kasih atas undangan yang aku terima...

Poyo jugak aku ni kan?

© Senyum Poyo

Friday, September 9, 2011

| RASA TERPANGGIL

Salam sejahtera dan selamat Hari Raya ...

Aku bukan journalist. Aku bukan wartawan. Aku juga bukan kolumnis. Aku ialah aku yang mampu mencoret beberapa ayat untuk menyatakan pemikiran aku sendiri. Macam syok sendiri jugak la tu...

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa, hari ini aku terpanggil untuk mencipta blog peribadi ini untuk meluah segala rasa yang sering terpendam didalam 'Qalbu' aku ni. Tetiba je makin banyak perkara yang aku tak leh nak simpan lagi...
So, lahirlah Senyum Poyo.... aku namakan Senyum Poyo kerna wajah-wajah itulah yang selalu aku lihat pada sebahagian manusia yang ada disekeliling aku... Aku tak tahu berapa jumlahnya, tapi setiap hari aku pasti akan bertemu dengan wajah-wajah ini...

Aku sendiri pun tak tahu macamana pulak nak describe 'poyo' tu... tapi aku sendiri tahu lah... Contohnya macam rasa manis... cuma orang yang merasakan akan tahu apa itu manis... tapi tak leh nak habaq (kata org utara)...

tapi aku tahu,  perkataan senyum tu semua orang akan faham... aku gunakan ayat ni sebab, senyum itu adalah sedekah... jadi biar makhluk yang melihat dan membaca coretan aku ini akan senyum dan bersedekah selalu... tu pun kalau dia nak senyum... apa pun disini, aku punya pasal nak coret topik apa.

Asalkan aku tak melanggar hukum dunia dan akhirat, tak de siapa yang boleh nak halang aku...

Oklah, ini adalah cara aku nak buat mukaddimah... insya Allah, aku akan terus mencoretkan apa yang aku rasa nak coretkan...

Sehingga bertemu di coretan akan datang...
Wassalam...

© Senyum Poyo

MY Channel

Loading...