Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Rasanya sekarang ni, semua orang sedang bercakap tentang sambutan tahun baru 2012. Dimana-mana blog, twitter, facebook dan yang seangkatan dengannya sedang 'congested' dengan ucapan dan azam tahun 2012 yang bakal menjelma dalam beberapa jam lagi.

So, aku rasa tak yah lah aku nak cerita panjang lebar tentang perkara yang sama kat sini. Yang penting, apa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011 akan terus menjadi sejarah dan kenangan. Malah mungkin jugak banyak pengajaran yang aku perolehi untuk dijadikan panduan pada tahun yang bakal mendatang.

Nak cerita tentang azam tahun baru ni? aku rasa tak yah lah. Azam tahun-tahun yang lepas pun masih banyak yang tak tertunai lagi. kih kih kih.... Setakat nak war-warkan azam kat sini pas tu tak de apa-apa kemajuan,  buat habiskan karen je... baik buat perancangan dan bertindak dalam diam je... kih kih kih..

Apapun, selamat menyambut tahun baru 2012... semoga kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran melalui cabaran yang mendatang...

Tuesday, December 27, 2011

'INSENTIF' UNTUK WARGA FELDA 2011?

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari lagi. Cabaran untuk tahun 2012 sudah jelas kelihatan dari segala aspek. Baik dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Uwaah! macam baguih je... 

Apa yang aku nak coretkan disini adalah 'khabar istimewa' yang dipetik dari beberapa sumber yang tak payah aku sebutkan. Dan yang menariknya, ianya di 'anugerah'kan sebagai penutup tirai tahun 2011 yang penuh dengan kisah suka duka yang bakal menjadi sejarah....

Antara khabar istimewa yang menarik ialah bonus atau apa yang dinamakan 'insentif' untuk warga Felda... antara RM 400 - RM1200 bakal diagihkan kepada warga Felda yang 'setia' dengan Felda... Alhamdulillah.... Aku menyentuh topik ini kerana aku juga 'keturunan' warga Felda.  Huhu... aku tumpang bersyukur untuk keluarga aku...

Sejak beberapa hari lalu, hampir semua media, menjadikan topik ini sebagai salah satu topik utama mereka. Tak kurang pula beberapa 'soundbite' dari warga Felda dimuatkan didalam berita-berita utama di stesen TV. Tapi yang kurang menyenagkan aku ialah cara penyampaian berita itu oleh beberapa media ( tak payah mention la ). Seolah-olah, semua warga Felda ini cuma hidup dengan 'sumbangan' pihak pengurusan Felda semata-mata. Highlight susah payah perjuangan mereka tidak pernah diketengahkan. Seolah-olah, mereka ini hanya diberikan segala-galanya tanpa keringat dan titik peluh yang dikorbankan selama ini. Sungguh mengecewakan!

Lebih pedih lagi bila, ada pula beberapa 'spesis' yang tak habis-habis mencari populariti dengan membodek pihak-pihak tertentu. Kononya, tanpa 'pemberian' Felda mereka tak akan hidup macam sekarang. Aduih! Woi! tak perlu lah sampai macamtu... Dah lupa ke susah payah mak bapak korang berjuang dulu? Atau korang cuma hidup setelah segala-galanya dinikmati dari jerih mereka yang terdahulu? Tolong la kaji sejarah sikit... 

Aku tidak menafikan 'insentif' yang diberikan tu. Tapi aku merasakan memang wajar mereka mendapat 'habuan' tu. Malah, tak perlu di besar-besarkan kerana mereka berjuang untuk membina kehidupan mereka. Namun, apa yang aku dapat simpulkan dari hampir semua laporan media ini seolah-olah warga felda cuma warga yang 'makan gaji' dipenempatan tanah rancangan ini.... sedih betul jika mereka ini terus digula-gulakan oleh pihak tertentu yang tidak pernah mengetahui betapa sukarnya mereka yang berjuang diatas bumi yang bertuah kurniaan Allah ini...

Namun, ada pula spesis yang 'terlebih' mengagungkan insan yang cuma 'memegang amanah' daripada tuhan yang Maha Pemurah, yang mengurniakan segalanya hasil dari usaha bersungguh-sungguh yang diiringi dengan doa mereka yang ikhlas untuk membina kehidupan yang sempurna diatas muka bumi ini...

Apa pun, aku percaya warga Felda yang mendapat 'insentif' ini sentiasa mensyukuri pemberian ini, tatkala segala perancangan perbelanjaan pembuka tirai 2012 bermula. Sesungguhnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung bila tibanya tahun baru ini....

Friday, December 23, 2011

NFC~BETUL KE SERBU?


Setelah beberapa pihak mempertikaikan isu serius yang menjadi jenaka kepada   beberapa spesis tertentu iaitu 'kondo-untuk-lembu', akhirnya SPRM bertindak 'menyerbu' pejabat NFC. Aku macam pernah dengar kata-kata seperti ni- 'oh! ini prosedur biasa'.... korang pun kompom dah dengar banyak kali kan? kih kih kih...

Mmmm...semoga kekeliruan yang wujud selama ini akan terjawab. 
Tapi sebelum tu, aku nak clear kan dulu.... hehehe. Ini bukan aku yang cakap, tapi aku petik dari MalaysiaKini pada 23 Dis 2011:

PEGAWAI SPRM SERBU PEJABAT NFC

MalaysiaKini - Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam Pengawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Bukit Kiara pada sekitar 2.50 petang dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul disitu..

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut..

Hmmm... baguslah tindakan seperti ini diambil. Cuma aku ada 'kehairanan' sikit bila baca berita ni... Itupun kalau betul lah seperti yang di beritakan oleh penulis tu... Ha, jangan nak buat fitnah... kih kih kih.

Apa pun, cuba baca balik perenggan yang ketiga tu. Bahagian yang terakhir., "...dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul disitu." Ini bermaksud, media dah tahu yang SPRM nak kesitu... So, bukan 'serbu' lah maksudnya... Janganlah main-main woi!... kih kih kih

Kalau media dah tahu, maknanya tentulah ada orang yang dah 'bocorkan' info. Tak mustahil juga orang dalam NFC dah tahu dan bersedia dengan 'tetamu istimewa' mereka hari ini... ha tu dia SPRM! Jadi maksudnya apa?

Korang tahu tak? aku tak tahu.... Opps! Siapa tahu berapa tingkat bangunan NPC tu? ....kah kah kah! 

Wednesday, December 21, 2011

TV SATELIT PERCUMA?

Akhir-akhir ni semakin banyak pendekatan diskaun, subsidi dan lain-lain yang sewaktu dengannya diperkenalkan. Malah ada yang 'PERCUMA'... Alhamdulillah, pihak-pihak tertentu dah mula terjumpa kamus yang menterjemahkan maksud 'prihatin' yang sebenar.
Aku yakin, ramai yang menghargai 'sumbangan' yang diberikan. Ini adalah antara yang 'menarik"... aku petik dari Utusan Malaysia - 21 Disember 2011:

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Astro hari ini melancarkan televisyen satelit percuma pertama negara, NJOI dan serentak dengan itu, seramai 50,000 isi rumah berpendapatan rendah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan menerima dekoder secara percuma.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau menganggap langkah Astro itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan produck serta perkhidmatan mendahulukan keperluan rakyat. 
Sambil memuji langkah tersebut beliau berkata, akses kecara percuma kepada 37 saluran televisyen serta radio yang ditawarkan Astro melalui NJOI akan merpatkan jurang digital di antara penduduk miskin dengan masyarakat bandar di negara ini.
"Dunia hari ini memihak kepada golongan yang mempunyai akses kepada maklumat. Mana-mana kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada akses secara real time (terkini), mereka tiada kelebihan dan gagal untuk bersaing dengan dunia luar".
"Lebih penting NJOI ini ditawarkan secara percuma bagi fasa pertama dan terdapat saluran pendidikan untuk pelajar yang bakal menghadapai peperiksaan. Ini sudah tentu membantu kerana maklumatitu percuma berbanding terpaksa membayar kelas tuisyen".
"INI sebahagian daripada produk dan perkhidmatan 1Malaysia kerana ia mengutamakan rakyat," katanya semasa berucap merasmikan NJOI di perkarangan Perumahan Rakyat (PPR) Cohchrane Perkasa, disini hari ini...

Hmmm... untuk mereka yang layak mendapatkan khidmat ini, peluang untuk memperluaskan lagi pemikiran secara global bakal bermula... cuma, aku tertanya-tanya tentang list channel yang ditawarkan... Bukankah  sebahagian dari channel ini sememangnya telah diberikan secara percuma? Kwang kwang kwang!
Malah, aku terbaca artikel yang mengatakan sebuah dekorder khas harus digunakan untuk menonton channel 'percuma' yang ditawarkan.

Mmmm... apakah ini semua 'Percuma'? atau ada 'hidden-cost' yang harus ditanggung oleh pengguna dimasa depan? harap tidaklah jika benar-benar nak menyumbang...Tapi jika ada, usahlah gunakan perkataan 'percuma'. just straight to the point je!


Ohhh... keliru... keliru! 

Saturday, December 10, 2011

OMBAK RINDU | FENOMENA & KONTROVERSI

"Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah...." itu antara dialog yang meninggalkan kesan dalam filem Ombak Rindu garapan pengarah hebat Osman Ali...

Aku percaya ramai yang telah pun menonton filem ini. Sebagai warga industri, aku bangga sekali apabila pengarah dan penerbitnya berani membuat perubahan ketika genre 'horror' atau hantu yang masih popular dan mendapat tempat dihati penonton tanahair. Sekurang-kurangnya, semua jenis hantu boleh 'berehat' sekejap setelah beberapa tahun 'beraksi' dengan pelbagai 'rupa'... hehehe

Aku teruja sekali apabila dikhabarkan filem ini telah berjaya didalam 'pecah panggung' apabila dihari pertama tayangannya ia telah mengutip lebih RM750 ribu. Mendahului filem Twilight ciptaan hollywood... Mmmm...
Aku sendiri yang ke panggung pada hari kedua tayangannya telah melihat betapa filem ini memiliki daya tarikannya tersendiri. Aku hampir tidak mendapat tiket apabila cuma tinggal 2 seats pada tayangan jam 3.45petang di Cineleisure, Kota Damansara... Hebat kan!

Anyway, apa yang aku nak kongsikan ialah fenomena yang dicipta oleh filem Ombak Rindu ini. Biarpun fenomena seperti ini pernah wujud hampir 2 dekad yang lalu melalui beberapa filem melayu seperti Azura, Ali Setan dan beberapa filem lain, namun ianya bagaikan hilang ditelan arus oleh kerana populariti genre lain  mengambil tempat setelah penerbit Hollywood dan Hong Kong berjaya 'mencuri' hati penonton...
Kini ianya bangkit semula dan diharapkan ianya terus menjadi 'kompetitif' dengan genre filem melayu yang lain... Ini memberikan penonton pilihan setelah sekian lama 'sesak nafas' didalam pawagam. More healthy... hehehe

Tapi setelah seminggu tayangannya, aku agak 'gelisah' juga apabila kontroversi mula melanda filem Ombak Rindu ini. Aku rasa penerbit, pengarah, pelakon dan warga kerja filem ini juga dapat merasakan tempiasnya.
Cuba klik dan baca berita di Sinar Harian dan Berita Harian  ini... Aku tak tahu samada ianya sengaja diperbesarkan atau sebaliknya.

Kontroversi penulis novel asal Ombak Rindu yang dikatakan membangkitkan isu pembayaran yang tidak setimpal dan perubahan yang dilakukan didalam filem ini agak menggusarkan. Tapi bagi aku, setiap urusan didalam penerbitan mempunyai perjanjian dan kontrak. Segala persoalan yang berkaitan dengan pembayaran dan lain-lain syarat seharusnya telah dipersetujui ketika menandatangani kontrak.... Kalau pun ianya tidak menepati apa yang termaktub didalam perjanjian, kenapa media menjadi tempat rujukan? Aku tak tahu, mungkin orang yang terlibat mempunyai alasan yang tersendiri untuk membangkitkan isu ini... 

Bagi aku, media juga harus jujur dan berhati-hati didalam menyiarkan berita. Aku kecewa juga membaca berita tentang kontroversi Maya Karin seperti yang dilaporkan di media. Aku tak ada kepentingan pun dalam isu ini tetapi tidak dapat menidakkan kata hati aku yang membaca artikel yang diterbitkan. Benarkah Maya mengaku seperti apa yang dilaporkan? Atau ianya sengaja dimanipulasi oleh spesis yang cuba mencari peluang untuk mendapatkan sesuatu? aku tak tahu...

Apa pun sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu sering dimanipulasi bagi tujuan tertentu. Apa lagi jika artikel yang diterbitkan itu seolah-olah menggambarkan maksud sebenar orang yang telah meluangkan masa untuk ditemubual... Aku simpati melihat rakan-rakan yang menjadi mangsa keadaan seperti ini... tolong lah bertanggungjawab wei...

Apa pun, diharap dengan fenomena yang luar biasa bagi filem Ombak Rindu ini, segala kontroversi yang sengaja di war-warkan akan terhakis dengan sendirinya. Aku percaya penonton dan pembaca hari ini jauh lebih matang untuk membuat kesimpulan.... 

Apa pun Kudos to warga produksi Ombak Rindu.... 5 star for all of you!

Layan OST ni dulu... enjoy!



Sunday, December 4, 2011

KREDIBILITI ANUGERAH BERPRESTIJ

Aku sebenarnya bukanlah layak sangat nak memberi komen tentang dua anugerah industri hiburan tanahair yang sering dianggap berprestij. Namun, sebab aku menjadi salah seorang dari ribuan warga dunia hiburan (walaupun jadi 'budak kecik' yang berada dibelakang tabir), aku tak leh nak sorokkan kegusaran aku melihat apa yang terjadi pada acara yang berlangsung pada tahun 2011 ni...

Aku tak nak komen tentang penjurian, siapa yang menang dan siapa yang kalah. Itu adalah kebijaksanaan dan hak mereka yang telah dipertanggungjawabkan.  Saban tahun, penganjuran anugerah seperti ini pasti akan ada kalah menang dan juga 'sosek sosek' pasca penganjurannya terus berlarutan. Tapi tahun ini agak berlainan dari apa yang pernah berlaku....

Aku ambik contoh AIM2011... macamana boleh berlaku kesilapan pemilihan pemenang setelah segalanya diumumkan didepan ribuan penonton? Apa pun alasannya, imej penganjur sudah pun tercalar. Bagaimana pula dengan kredibiliti mereka yang dipertanggungjawabkan? Aku tak tahu... 

Satu lagi anugerah yang agak kecoh juga ialah FFM24... Pemilihan pemenang dipertikaikan lagi... Malah, pada malam kemuncak penganjurannya juga, aku dapat merasakan ke'hambar'annya. Tidak semeriah anugerah sebelumnya... Mujurlah dua orang pengacara berjaya memainkan peranannya sepanjang acara berlangsung. Apakah kerana ramai warga industri sudah dapat meramalkan keputusannya? atau disebabkan oleh "insiden" yang berlaku pada malam 'anugerah cipta' yang berlangsung beberapa hari sebelum acara kemuncaknya? aku pun tak tahu... tapi aku tak leh tipu yang hati aku semakin gusar. Walaupun aku tak menyumbang apa-apa kepada penganjuran acara ini, tapi aku masih menjadi 'ahli keluarga' industri ini...

Persoalan yang wujud dalam kepala aku ialah bagaimana dua buah acara berprestij ini dapat mengembalikan kredibilitinya setelah apa yang berlaku dipenghujung tahun 2011 ini? Aku masih lagi tak tahu. Aku cuma berharap agar isu ini dapat ditangani secara ilmiah....


Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MUDA | KEPULANGAN BERMARUAH!



Mmmm... Aku rasa ramai yang mencari alasan untuk pulang awal pada tanggal 21 November 2011 kelmarin.  Tak kurang juga yang cuba ambil cuti (bagi yang kerja malam) atau apa-apa excuse yang boleh dijadikan alasan.

Tujuannya cuma satu….. untuk bersama memberikan sokongan padu kepada Harimau Muda di Final Bolasepak Sukan Sea Indonesia....
Biarpun permulaan yang agak mengecewakan apabila nyanyian lagu Negaraku di persenda dan diejek oleh ‘spesis’ yang tidak bertamadun di Stadium Bung Karno, namun inilah pembakar semangat yang sebenar untuk hero-hero muda kita. Ejekan itu umpama satu simbolik sorakan pembakar semangat dari 27 juta rakyat Malaysia yang mana bilangan itu hampir menyamai penduduk di Jakarta… hehehe.
Ternyata hero-hero muda kita jauh lebih matang daripada ribuan penyokong Garuda yang belum menjengah ‘ketemadunan’ bersukan. Sukar untuk mereka menerima hakikat bahawa anak muda dari negara yang bernama Malaysia ini lebih jauh kehadapan meninggalkan mereka dari sudut kematangan pemikiran. Diminda mereka ini, Malaysia umpama 'penyamun' atau 'lanun' yang hanya ingin mengambil hak mereka....
Tidak banyak yang dapat aku simpulkan tentang kehebatan permainan kedua-dua pasukan. Aku tidak punya ayat yang lain daripada;  Harimau dan Garuda sama-sama memikili kehebatan tersendiri… Cuma hakikat dalam pertandingan, pasti ada kalah dan menang…
Mungkin berkat kesabaran dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, Allah telah menganugerahkan kemenangan ini kepada team kita….
Mmmm... Untuk rakan kita yang ‘tidak bertamadun’ di Indonesia, ini adalah satu peringatan dan pengajaran diatas ‘kebongkakkan’ kamu selama ini….
And now, keputusan telah ditelanjangkan kepada lebih 200juta warga Indonesia tanpa sesuatu yang diselindungkan.  Tidak perlu ada bukti yang harus kita terjemahkan di ‘mahkamah agong’ sukan sea 2012. Kepada spesis yang belum ‘bertamadun’ di sana, ini hakikat yang harus diterima… Mulakan lah membeli buku dan bahan bacaan yang berkaitan dengan TAMADUN manusia dalam segala aspek. Menjadi ‘ekstremis’ tidak akan menjadi 'kompas' kearah pembentukkan seorang manusia yang bertamadun….
Kepada hero-hero harimau muda, tahniah yang tidak terhingga dari aku dan seluruh rakyat Malaysia… termasuk juga beberapa orang rakyat ‘asing’ yang memiliki status pemustautin tetap di negara ini…. (aku nampak ramai yang menyokong anda)
Sesungguhnya anda bukan sahaja pulang sebagai hero, tetapi anda telah pulang dengan mengangkat maruah rakyat di negara Malaysia yang tercinta ini…. Kudos! 
Anda semua telah ‘mengajarkan’ satu ilmu kepada 'saudara-saudara' kita diseberang tentang bagaimana cara untuk menjadi manusia bertamadun dirantau ini….

Tahniah HarmauMuda! We are so proud of you… Aaauuuuuuummmmm!!!!!


Monday, November 14, 2011

Kondo untuk Lembu?


Ini satu berita yang paling lucu yang pernah aku baca pada minggu kedua bulan November 2011. 

Ketika beberapa pihak mempertikaikan pembelian kondo bernilai hampir 10juta yang menggunakan dana projek lembu oleh mereka yang terlibat, tetiba keluar pulak satu statement yang mengatakan pembelian kondo itu  sebenarnya merupakan satu pelaburan...Huh! statement apa ni? Kah kah kah... 

Rasanya ini hampir sama dengan statement 'orang kerusi" Felda satu ketika dulu : 'Pinjaman KWSP adalah satu penghargaan'... kah kah kah

Apapun cuba korang baca berita yang dipetik dari MalaysiaKini pada 11 Nov 2011 ni:

MalaysiaKini: Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Berita seterusnya boleh korang baca kat MalaysiaKini 11 Nov la... kah kah kah
Ini bukanlah urusan aku. Dan tak de kene mengena ngan aku pun... Tapi, bila terbaca berita cam ni, aku tak leh nak tipu diri aku la... aku yang sekolah atap ni pun tertanya-tanya juga... persoalan yang ada dalam kepala hotak aku ni ialah: 

1. Kenapa orang lain tolong jawabkan pulak ni...??? ke aku yang tak mengikuti "catatan sejarah"... kah kah kah

2. Setakat pemahaman aku, asalnya pinjaman tu nak buat projek lembu... Nape pulak pegi beli Kondo? Kalau pun memang nak 'divers' bisnes tu, nape sampai orang tanya baru nak jawab... fundingnya tu bukan ke pinjaman.?  kwang kwang!

3. Kalau memang nak buat pelaburan hartanah yang memang terbukti menguntungkan, kenapa pulak 'register' nak buat projek lembu? Hmmm... complicated!

Rumusan peribadi yang aku boleh buat ialah, Mungkin ini projek "Kondo untuk Lembu"... Kah Kah Kah.... kih kih kih....

© Senyum Poyo

Friday, November 11, 2011

11 Sebab Pada 11.11.11

Hmmm... aku tertarik membaca berita m-star online ni... so, aku nak kongsikan dengan korang yang belum sempat baca.... Ha, ini adalah 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan tahun ini yang aku petik dari m-star online:
KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11 November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan itu, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang....

So bila la agaknya ye? Sapa tahu? Kih kih kih.....

© Senyum Poyo

Tuesday, November 8, 2011

Bingung VS Bengong!

Minggu lepas aku terbaca di sebuah akhbar arus perdana (of course bukan favorite aku la) tentang perlantikan beberapa orang senator di DR. Aku kebingungan sekejap walaupun aku tahu yang aku tak patut bingung pun... Tapi bagaikan tak leh nak halau bingung aku tu kemana-mana...  aduish!

Aku sebenarnya bingung sebab terbaca nama salah seorang dari yang terpilih dilantik menjadi senator tu. Beliau memang popular satu ketika dulu, tapi  hmmmm....

Aku tidak mempertikaikan keputusan tapi cuma tertanya-tanya lah pulak. Kriteria apa yang membuatkan seseorang itu dilantik jadi senator? Satu Malaya dah tahu yang beliau ni pernah jadi kontroversi dalam isu.... tuuuuutttt! Tak yah lah aku sebut kat sini. Sebab korang semua pun dah tahu kot. Kalau tak tahu tu, pandai-pandailah cari tahu.... kih kih kih....

Cuma aku semakin heran dengan senario yang berlaku kat negara ni. Tak tahu dah berapa orang dilantik jadi 'pemimpin' dari golongan kaum kontroversi? Adakah  populariti melalui kontroversi menjadi salah satu 'penanda aras' untuk memegang sesuatu title ??? Entahlah, aku tak tahu!

Mmmm.... Apapun, akal yang lembab aku ni dah merasakan sesuatu yang aneh dalam isu ini. Sesuatu yang 'hangat' akan berlaku dan sudah boleh dijangka...  Ops! ini pandangan peribadi aku je! kah kah kah....

Tapi tak kesahlah, aku punya akal, aku rasa aku berhak nak fikir apa pun.... sapa suruh buat pengumuman tanpa ada penjelasan.... Hngh! mungkin aku yang kepala bana kot! Bengong dan tak faham-faham.... So, 'bingung' vs 'bengong'!

Mungkin mereka yang sewaktu dengannya ada jawapan... Tungguuuuu!!!!

© Senyum Poyo

Friday, October 21, 2011

‘RAMAS’ | SAPA NAK JAWAB?

Adooiiiiih!  Sejak minggu lalu hampir semua media kat tanahair aku ni berlumba-lumba nak mencoretkan isu ‘ramas’ dan ‘buah…. tuuuuttt’… yang tak jelas kebenarannya. Dan semalam pulak di dewan rakyat, kecoh kisah definasi ‘liwat’ dalam draft seksyen 14 enakmen hudud...  Cari publisiti apa pulak seorang ‘YB’ ni? Poyo betul….Rasanya macam tak bertamadun.  Aku fening membaca isu-isu ini. Aku rasa ramai juga orang lain yang sependapat dengan aku.
Aku terfikir macam-macamlah pulak, walaupun tak pernah masuk kat dewan milik rakyat tu (sebab namanya dewan rakyat). Kalau dah hari-hari diorang yang dipilih oleh rakyat ni dok bincang pasal benda-benda macam ni, bila nak bincang pasal ekonomi? Mana dia perbahasan tentang bajet? Transformasi? Isu kebajikan makcik luar bandar dan yang sewaktu dengannya? Walaupun aku tahu, isu yang dibangkitkan tu melibatkan pasal hukum-hakam… Tapi arif sangat ke orang yang membangkitkan tu? Kalau Cuma suam-suam kuku, baiklah rujuk dengan orang yang layak dulu… lagipun kalau nak berjuang tentang hukum agama, tak yahlah pakai ayat-ayat sumbang-sumbing cam tu… Islam tu suci dan bersih segala-galanya… Janganlah sebab kepentingan peribadi, korang nak kotorkan…Malu la sikit kat bangsa lain…
Dalam isu ‘ramas’ tu sapa nak jawab? Orang yang dikatakan ‘diramas’ dah pun buat statement. Tu diaaaa….. Minah tu duduk kat oversea la pulak… kah kah kah… kantoi!  Jelas dia tak de kena-mengena dengan episode ‘ramas-meramas’ ni.  Sapa punya kerja selama ni beb? So, nak tuding jari kat sapa pulak lepas ni? Apa pun, orang yang tak termasuk ‘dalam itu gambar’ dah dimalukan.

Sorrylah, aku nak tanya sikit. Ini ke budaya pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia?
© Senyum Poyo

Tuesday, October 18, 2011

5 KUMPULAN MELAYU?

Sejak kebelakangan ini, aku tengok masyarakat melayu di Malaysia ni dah menjadikan tuduh-menuduh, fitnah memfitnah sebagai budaya harian. Kewujudan teknologi internet dan media yang sewaktu dengannya dah jadi platform kepada golongan yang cuba mencari populariti. So, selagi boleh, segala isu telah cuba dipolitikkan. Maka, terburailah ikatan kemelayuan yang dibentuk oleh nenek moyang kita dulu...

Dari pengamatan aku sendiri (tak kisahlah betul ke tak), masyarakat melayu di Malaysia ni dah terbahagi kepada 5 kumpulan:

1. Melayu UMNO ( kita semua tahu )
2. Melayu PAS ( kita tahu, mereka tahu )
3. Melayu PKR ( kita-kita tahu )
4. Melayu atas pagar ( kita tak tahu )
5. Melayu Melayu ( dia aje yang tahu )

Yang aku nampak jelas, 3 kumpulan teratas terus-menerus bertelagah dan menuding jari antara satu kumpulan dengan yang lain. Manakala kumpulan ke 4 menanti 'kesesuaian waktu' untuk melompat ke 'kawasan selamat'... Mungkin sebahagian dari kumpulan ke 5 aje yang bercita-cita untuk mempertahankan perpaduan kesemua kumpulan itu... boleh ke? Wallahu a'lam.

Aku bukan nak bercerita tentang politik kat sini. Lagipun, sapa nak peduli ngan aku... aku pun langsung tak peduli... kah kah kah...
Tapi sebagai seorang daripada manusia yang berbangsa melayu, aku tak leh nak tipu diri aku sendiri. Aku memang sedih dan kecewa melihat perkembangan ini. Tapi aku pun tak dapat buat apa-apa selain mencoretkan rasa hati aku kat sini. Tu pun kalau ada orang nak baca... kih kih kih... pas tu? hampeh!

Sedar atau tidak, kita sedang ditertawakan oleh bangsa lain. Biarpun sepoyo mana pun coretan aku ni, terimalah hakikat bahawa kita harus berbuat sesuatu... Perbalahan yang berterusan ini sedang mengisyaratkan, bahawa bangsa kita sedang berada diambang 'kehancuran'.

Komen Dr M baru-baru ni bahawa melayu mungkin akan hilang kuasanya di tanahairnya sendiri dalam tempoh 10 tahun akan datang, mungkin ada betulnya...  cuba korang renungkan jap... Mungkin korang memang dah sedar, tapi tak leh buat apa pun ( macam aku jugak lah)... abih camno? 

Woiiii orang yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin! tolonglah buat sesuatu... Jangan sampai hanya menang pidato kat media, tapi akhirnya bangsa sendiri terburai....

Ya Allah, selamatkanlah bangsa dan agama yang aku cintai ini...

© Senyum Poyo

Saturday, October 8, 2011

ALAHAI | 'MAT SERBAN' TERUS MELALAK!

Aku cuba tak nak fikir tentang mat 'serban' yang sorang ni... tapi lagi aku tak nak tahu, lagi macam-macam dia cuba provoke. Walaupun dia bukan provoke aku, tapi geram juga bila terbaca 'coretan keramat' dia setiap hari...

Semalam ketika PM sedang bentangkan budget, si 'Mat Serban' ni tak habis-habis berikan pandangan dia kat twitter. Kononnya ada beberapa usul yang dia buat, telah ditunaikan oleh PM. Peeerrrgh! dahsyat tul... wa respek lu 'Mat Serban'... Bagi aku, tak pe lah kalau usul tu memberi kebaikan kepada semua... terimakasih lah 'Mat Serban' sebab buat usul yang 'terbaik' ... kih kih kih... tapi tak yah lah nak heboh satu kampung Yop!

Tapi dalam pada dia cuba 'menyampaikan mesej' belanjawan (kononnya nak tolong sampaikan pada seluruh malaya la tu), dia selang-selikan dengan provokasi yang buat kan orang macam aku ni bengang! Tak yah lah aku tulis apa yang dia provoke sebab korang (yang sama spesis dengan aku...kakaka) mesti sakit hati punya... aku pun tak nak jadi batu api... kang tak pasal-pasal kena akta hasutan pulak... aku ni nak cuba se 'nutral' yang boleh... kih kih kih

Tapi dari lain perspektif, aku rasa elok jugak dia terus melalak siang malam sekarang ni.... sebab manusia kat bumi Malaysia ni tak sebodoh yang dia hingat! lama-lama penat lah dia tu.... pas tu dia diam la kan?

Pesan aku pada 'Mat Serban', udah-udah le tu Yop! Buktikan keperihatinan ko tu dengan tindakan yang rasional.... bukan dengan mengutuk orang 24/7... Tak yah la cari publisiti murahan macam tu... Insya Allah kalau panjang umur, kita cuma tinggal 9 tahun je lagi nak sampai tahun 2020... Macamana nak maju kalau terus berbalah cam ni....

Itupun kalau panjang umur sampai tahun 2020... kalau tak, Munkar & Nankir dah tunggu nak buat sessi soal jawab dengan kita.... camno Yob?

© Senyum Poyo

Thursday, October 6, 2011

JOKE | BUSINESS DENGAN AIR LIUR

Aku nak kongsi satu joke yang kawan aku terbaca pagi tadi. Mungkin korang dah pernah baca atau dengar tentang joke ni… Aku tak kisahlah. Aku nak tulis juga… kah kah kah!
Zaman sekarang nak dapatkan business terlalu challenging. Tapi bagi yang pandai menggunakan akal yang dikurniakan Allah, ini tak menjadi masalah. Contohnya macam joke ni :
Seorang bapa memberi tahu anak bujangnya yang degil :
“I don’t care, I want you to marry someone of my choice”.. Then the son response : “NO! I have my own choice”
Then the father said : “I want you to marry Bill Gates Daughter!”  Then the son said:  “Huh.. oh YES!”
Then the father go and meet Bill Gates: “ I want my son to marry your daughter!” Then Bill Gates said:  “What? NO NO NO! NO WAY!”
Then the father  simply said: “My Son is an Executive Director at World Bank….”  Then, Bill Gates turn and look at him with smile: “Huh!  oh YES.. agreed…”
Next day, The father went to World Bank and talk to the CEO… “ I want you to appoint my son working as an Executive Director in this Bank..”  The CEO of World Bank said : “Get lost!....  Then before the father leaves the room, he cynically said : “Btw, My Son is Bill Gates’ Son inlaw…”
Then, the CEO of World Bank rush to approach him : “Wait Sir! Your Son can start work tomorrow….”
 
Kih Kih Kih… Tak yah nak susah-susah buat proposal yang panjang lebar… simple words and direct-to-the-point… berbekalkan air liur je and you'll get the deal! kih kih kih…
Moral of the story yang aku dapat dari cerita ni ialah, zaman sekarang perlu berani dan smart untuk berfikir secara kreatif… Ini lah formula yang dipakai oleh orang-orang yang sukses agaknye ye…. Tapi biar la betul caranya… silap haribulan, kena hambat pulak…
Selamat mencuba…. Kih kih kih!
© Senyum Poyo

Friday, September 30, 2011

JAM 8 MALAM | ADA AKU KISAH?

Aku tak nafikan! Ramai yang duduk melopong dan menganga depan TV bila jam 8 malam tiba. Masa tu kalau yang ada anak kecik menangis pun tak peduli dah. Makan malam pun bleh post-pone dulu.

Sebab apa?  Jeng jeng jeng! Sebab  ‘ sepanjang 20 minit yang akan datang anda akan disajikan dengan kisah lucu dalam rancangan Raja segala Maharaja Lawak’…. Saksikan di channel ?  tuuutttt!  Kah kah kah!

Aku memang dah lama tak ambik pot dengan cerita dongeng ‘pukul 8 malam’ ni... Cuma sesekali kalau ada kerabat yang datang kat umah tu, terpaksalah jugak ‘on’kan channel tu… tapi mula lah aku buat alasan nak gi toilet lah, nak gi kedailah dan sewaktu dengannya….kih kih kih!
Aku sungguh tak faham… dan diorang pun tak kisah samaada aku faham atau tak.  Aku sorang yang tak tengok, tapi berjuta lagi kat luar sana yang tak berkelip mata kat depan tv tu… peduli apa? Kah kah kah…
Setiap hari kalau di analisa betul-betul, 2 blok yang pertama  (jam 8.00pm -8.20pm sebelum commercial break tu), mesti kluar citer yang klise (kata org filem)… citer yang diulang-ulang tak tahu berapa puluh kali... omputeh kata re-run… macam astro la jugak…. Kah kah kah.
Cuma skripnya aje diolah sikit supaya nampak lebih fresh! Oh ya, lagi satu yang nampak berbeza  ialah penampilan 2 orang ‘penglipurlara’ yang boleh tahan handsome dan cute membacakan kisah-kisah ‘lagenda’ tu… Mmmm...
Hatta sepanjang 15-20 minit yang pertama, kita akan di momokkan dengan kisah-kisah silam yang di kontemporarikan. Maka kelihatanlah ia seperti cerita terkini. Maka melekat lah sebahagian manusia di muka bumi Malaysia ini... Namun, ramai gak yang sependapat ngan aku...kalau duduk kat restoran Ibrahim Maju pun dah bleh dengar orang komplen secara terbuka...

Jangan syok sendiri lah woiii! Cubalah pi keluar dan survey kat luar sana tu… buat VOXPOP (interview rambang). Tengok berapa ramai yang dah meluat dan muntah 18 kali dengan cerita ‘lawak’ korang tu. La ni, dah tak berapa nak kelakar dah! Kalau nak tau, Mak cik Felda pun dah pandai bagi komen ... kih kih kih!  Cari modal lain plak la beb!
Tapi sebenarnya, bagus jugak korang buat camtu… filem tempatan otomatik box-office. Sebab time tu ramai yang pi tengok wayang kat panggong dah la ni…. Hantu Bonceng dan Nasi lemak 2.0  lagi kelakar la woi!!
Apa-apa pun, buat la sesuka hati korang…. Ada aku kisah? Kih kih kih…

© Senyum Poyo

Thursday, September 29, 2011

SEORANG 'PEJUANG' YANG POYO

Beberapa hari ni, aku sengaja mengikuti perkembangan seorang daripada ratusan spesis yang tak punya pendirian ni. Aku boleh gelarkan dia ‘Mat Serban’lah. Sebab kebelakangan ni selalu nampak keluar kat TV dengan pakai serban… lagi pun aku tengok dia pun pandai menggelarkan orang dengan macam-macam ‘MAT’. Baguih konon… piiii dah!
Dia ni macam tak de keje lain lah. Tiap-tiap hari asyik nak memprovokasi orang melalui twitternya. Aku masih ingat lagi pada bulan Ramadhan yang lepas (tapi tak ingat ramadhan ke berapa lah), aku ada terbaca di twitternya bahawa beliau sedang berada ditanah suci... Buat umrahlah kot..  Alhamdulillah… syukur nak berubah dah...
Tapi you know what?? Sama jer ghoper nye... Patutnya bila dah kat sana tu, apalagi dalam bulan yang mulia, buatlah amal ibadat. Ni tak, macam duduk kat koridor depan masjid India tu je.... kat masjid India tu pun orang tak berenti bertasbih... Eh sorry la... aku pun tak nampak masa tu... agak-agak je.
Yang mengejutkan aku ialah, masa kat sana pun dia masih nak aktif postkan komen mengutuk orang lain. Dan salah sorang yang sering dikutuknya, ialah orang yang dulunya dia sanjung, sokong dan pertahankan. Tak yah lah aku mention kat sini. Tak tahu lah aku kalau ada  plak orang lain yang ‘operate’ twitter nya… kah kah kah
Aku tak berapa nak faham dengan dia ni. Oppps, sebenarnya tak perlu faham pun… cuma aku terfikir jap. Kalau ini lah rupa dan karekter seseorang yang kononnya berjuang untuk menegakkan agama dan kebenaran, apa agaknya akan jadi dengan negara ini? Lebih teruk lagi sebab dia selalu berceramah tentang akhlak dan isu yang sewaktu dengannya…. kalau ada je isu yang kontroversi sikit, hah mulalah dia melalak siang malam kat TV dan suratkhabar. Lagi satu yang aku heran, reporter tahu pulak nak cari dia kat mana tu! aduih...
Udah-udah la tu Yob! Ketika diberi kesempatan berada di kedudukan ko tu, nyawa pun masih ada sikit lagi,  cubalah buat sesuatu yang memberi manafaat untuk masyarakat. Bukan jadi lambakan spesis yang berjuang tak tahu untuk apa. Oppps! Silap…. dia tahu untuk apa...  Kih kih kih….
Ya Allah, selamatkan lah negara ku yang tercinta ini.
© Senyum Poyo

Tuesday, September 27, 2011

SELANGOR & RM1.1BILLION | TERBAIK

Sebenarnya, aku bukanlah pandai sangat dalam isu ekonomi ni pun. Ekonomi aku sendiri pun tak berapa nak betul… kih kih kih 
Tapi apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah, aku impressed bebenor dengan laporan kewangan kerajaan negeri Selangor baru-baru ni.  Dalam laporan yang aku baca (of course korang tak jumpa kat paper ‘biasa’–Cuma ada kat paper ‘luarbiasa’ je –kah kah kah ),  Sehingga kini, jumlah Simpanan Tunai kerajaan negeri Selangor  telah mencecah RM 1.1billion. Wow! Khabarnya, yang terbaik sejak 28 tahun yang lalu. Tahun 2010 je closing at RM 918 million… Mmmm, marvelous, marvelous  (kata upin ipin).
Persoalan yang bermain di minda aku ialah, sebelum ni cuma ada berapa billion? Kalau inilah yang terbaik sejak 28 tahun lalu, maknanya tak pernah lah Kerajaan Selangor capai angka tu sebelum ni… jadi kemana perginya hasil negeri  selama ni? Ehem, ehem!  Tak tau, tak tau!  Kah kah kah
Ntahlah, aku tak leh nak komen apa-apa… korang kalau dah tahu pun, jangan cakap ek… bahaya! Walaupun ISA dah dimansuhkan, jangan ingat bleh buat sesuka hati... nanti  kena akta lain plak… Jangan pandai-pandai nak wat 'fitnah' plak… :)
Walaupun aku bukan anak jati Selangor, aku tumpang gumbira dengan berita ni. Sebab anak-anak aku dah daftar di Selangor. Masa daftar je dah ada akaun untuk anak Selangor... Alhamdulillah!
Btw, kita harus terima hakikat bahawa berita ini telah menunjukkan prestasi kepimpinan kerajaan Selangor yang lebih baik dari sebelumnya... Aku terpaksa percaya pada sumber yang membuat laporan ini, sebab ia telah dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Selangor baru-baru ni.  Tak kan MB Selangor nak buat-buat citer kot! Respect sama you YB!
Kepada yang tak brapa nak cayer tu, periksalah 'chips' yang ada dalam kepala  tu. Takut-takut nak kena overhaul atau kena ganti baru. kih kih kih! Apa pun, yang betul itu tetap betul…

Tahniah buat seluruh rakyat Selangor!

© Senyum Poyo

Monday, September 26, 2011

| SEKEJAP 'COOL' SEKEJAP 'TAK COOL' ?

Alamak ! kejap je 'cool' nyer? Aku heran betul lah. Pagi tadi nampak 'cool' je YAB PM dan KM Penang naik basikal 'bersama' dalam sebuah akhbar lain...

Tapi bila buka satu akhbar ni, tetiba je nampak dah tak 'cool' lagi dah... Cuba tengok dan compare picture ni, dan tengok pulak yang aku post sebelum ni... "Disini ada, disana tiada"... kah kah kah!!

Hai lah media negara aku ni...... Apa lah mesej yang korang cuba nak sampaikan ni woiiii? Semoga aku tak tergolong dalam spesis-spesis yang sewaktu dengan ni...
Guan Eng! Sekejap ada, sekejap tak ada... kih kih kih
Apapun, aku dah lama tak amik pot dengan paper ni... Cuma hari ni aku rasa terpanggil lak sebab nak tengok stail spesis-spesis 'tertentu' dalam melaporkan berita.... Btw, teruskanlah 'perjuanganmu'... kih kih kih.

© Senyum Poyo

| PM & KM YANG 'COOL'

Hmmm... Siapa yang selalu melatah ni? Betul ke ada orang media yang mempersendakan minda kita? Eh, 'kita' plak, Minda aku… kih kih kih…
Cuba tengok photo kat bawah ni. Nampaknya PM dan KM Penang tu ok je… KM Penang pun sesama sokong aktiviti yang diatur oleh pihak PM… ha, baru lah ‘cool’… huhu
DS Najib & Guan Eng kayuh basikal 'bersama'...
Tapi apa yang agak mengecewakan sejak kebelakangan ni,  tiap-tiap hari kat news  tak kisahlah TV ke, suratkhabar ke, asyik nak citer tentang yang negatif kedua-dua pihak je. Amender lah korang yang menulis berita ni.
Woi, tolong jangan melaga-lagakan orang la. Tak takut seksa kubur ke?  Esok, malaikat bukak buku  dia pulak dan bacakan untuk korang, hah baru tahu…
Apapun, aku rasa dah sampai masanya untuk semua media harus berlaku adil dalam melaporkan berita.  Sekarang bukan zaman tok kadok lagi… Jangan ‘underestimate’ masyarakat…. Woi! sekarang ni Mak Cik Felda pun dah online  24/7 lah…. Come on!
Harap-harap berita dan gambar kat atas tu jadi satu permulaan yang baik. Biarpun berbeza fahaman politik, hubungan baik dan keharmonian tu harus terus terjalin... Yang benar tu tetap benar.  Usahlah asyik nak melapor keburukan pihak lain jer…
Fulamak! Poyo je coretan aku ni!  Kih kih kih… Chiao!!!!
© Senyum Poyo

Saturday, September 24, 2011

SURAU ARRAHMANIAH | TAMAN HARMONI KAJANG

Alhamdulillah... Inilah surau Ar-Rahmaniah yang telah hampir siap pembinaannya setakat ini (Sept 2011). Namun, masih banyak lagi kerja 'finishing' yang perlu di lakukan....

Surau Ar-Rahmaniah yang dalam pembinaan pada Sept 2011

Bukanlah tujuan aku untuk meraih simpati kat sini. Cuma sebagai warga penduduk Islam di Taman Hamoni Kajang ni, aku rasa terpanggil pulak untuk melakukan sesuatu apabila melihat  ahli-ahli jawatankuasa surau Ar-Rahmaniah ini sedang berusaha keras untuk mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan surau ini... 

Sebenarnya, proses pembinaannya dah pun berjalan sejak lebih setahun yang lalu. Namun akibat kekurangan peruntukan, kerja pembinaan pun berjalan agak perlahan lah sikit... maklum je lah...

Sebelum ini, penduduk Islam disini menggunakan sebuah surau lama yang dibangunkan hasil usaha dan sumbangan penduduk terawal di taman ini. Kini surau ini sudah tidak mampu lagi menampung bilangan jemaah yang semakin betambah.... Alhamdulillah, satu petanda baik untuk Qariah ini...

Bangunan Surau Lama yang telah dibangunkan
hasil gotong royong penduduk setempat pada 2002


Aku jugak difahamkan bahawa lebih 80% dari kos pembinaan surau baru yang ini adalah sumbangan penduduk setempat. Alhamdulillah, rasanya aku sedang bermustautin di tempat yang betul walaupun aku tidaklah aktif sangat dengan aktiviti masyarakat kat sini... gitu-gitu aje...

Sebenarnya surau Ar-Rahmaniah yang baru ini telah mula digunakan pada awal ramadhan 2011 yang lalu untuk bertarawikh, namun hakikat yang harus diterima ialah, surau ini masih belum siap sepenuhnya. Ini kerana peruntukkan yang ada sekarang agak terhad. Maka setiap urusan harus di 'prioritise'kan mengikut keperluan...

Oleh itu, aku ingin menyeru kepada saudara-saudara yang berkemampuan untuk membuat sumbangan kepada tabung pembinaan surau ini.
Ingat! Aku BUKAN wakil untuk mengutip derma ni, aku cuma ingin menyampaikan maklumat je...

Kepada yang ingin melabur saham akhirat ini  (tak kisahlah berapa pun)boleh lah membuat sumbangan terus menerus di akaun berikut :

                  Nama Akaun               : Tabung Pembinaan Surau Ar-Rahmaniah
                  Nombor Akaun Bank   : 5624-1400-5431                                   
                  Bank /Cawangan        : Maybank Islamic, Caw Kajang Prima       

Kepada yang dah tak sabar nak melabor saham akhirat tu, bleh lah terus ke Maybank2u online:

Bagaimanapun, kalau ada sesiapa yang rasa tak berapa nak yakin, elok lah visit laman web ni untuk kepastian dulu... tak pe, yakinkan diri dulu...  

Tapi kalau rasa tak yakin dengan akaun ni, tanyalah kat pegawai bank tu ...
Pas tu kalau masih tak yakin jugak, elok lah simpan je duit tu... Tak perlu lah nak ada rasa buruk sangka, bila nak buat amal ibadat ni... Tak de siapa yang nak paksa pun!

Insya Allah, semoga apa yang kita sumbangkan dengan keikhlasan itu akan mendapat keberkatan dari Allah... Wallahu a'lam...

© Senyum Poyo

Friday, September 23, 2011

| FELDA oh FELDA

|  Lagi dan lagi..? Jun 2011-saman RM344juta, Sep2011–Saman RM300juta.. Next?

Baru- baru ini aku terbaca satu lagi article tentang saman RM300 juta terhadap pengurusan felda dan spesis yang sewaktu dengannya. Menurut article itu, lebih 500 warga peneroka tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda. Mereka terasa di perbodohkan serta ditipu sejak tahun 1995….

Aduih! Kesian sekali pada mereka ni. Termasuklah keluarga aku… Aku cakap sebab aku pun anak Felda jugak… Dah lah susah bertahun-tahun membanting tulang untuk meng’hidup’kan anak-anak diaorang, kini dipersendakan pulak. Binawe betul!!! Mungkin mereka menyangka warga peneroka ni ‘tak berapa pandai’ kot… Tapi dia lupa, anak-anak peneroka Felda terlebih pandai… kih kih kih!

Yang hairannya tu, beberapa statement yang dibuat oleh ‘spesis’ tertentu seolah-olah Felda terus menerus memperjuangkan nasib warganya. Setiap keuntungan dikembalikan kepada pengusahanya. Namun, apa yang aku dapat rumuskan sendiri ialah, cuma sebahagian kecil yang diberikan kepada peneroka dan sebahagian besar menjadi habuan ‘spesis’ tertentu serta yang sewaktu dengannya…

Setahu aku tak berapa lama dulu, Felda pernah diwar-warkan mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda. Tapi pada masa yang sama, Felda juga membuat pinjaman sebanyak 6 billion ringgit dari KWSP… what is this? kepala bana!  Mungkin nak bayar semua saman tu kot? Kih kih kih….

Aku pun tak pasti sama ada betul atau tidak, tetapi pengerusinya pernah dillaporkan membuat kenyataan yang menganggap pinjaman itu satu ‘pengiktirafan’…. Aduih!!! Aku rasa ini adalah statement paling bodoh pernah aku baca dari seorang yang bergelar pengerusi… malah pernah menjadi pemimpin dalam kerajaan…. Tambah malu lagi sebab ‘dia orang kampong den’ hiks hiks!!! Kenapalah dia meng kompomkan kebodohan…. Macamana nak memimpin ni? Kemana halatujunya nanti?

Btw, aku cuma mampu mendoakan kebernaran itu akan terserlah satu hari nanti…. Seterusnya, kesedaran akan wujud dan hak mereka akan dikembalikan kepada pemiliknya…. Dan sesiapa yang rasa dirinya tak layak memimpin tu, eloklah berundur… Jangan tunggu sampai kena tendang! Kih kih kih….

© Senyum Poyo

CINTA MUKA BUKU | 'FACEBOOK LOVE'

Aku tak tau lak kenapa aku tertarik dengan KONSEP lagu ni. Nah tengok... Mungkin ramai yang dah berulangkali tengok, tapi cuba tengok sekali lagi... tengok dari segi konsepnya... it's actually has got something different! tak caya, cuba tengok lagi....Tapi itu pun kalau nampak... kih kih kih..

Btw, selamat menonton....


Beberapa hari kebelakangan ni, aku sibuk macam orang giler la pulak. So, banyak citer yang tak sempat aku update. Tapi, insya Allah, aku akan coretkan dalam masa terdekat.... Chiao!
© Senyum Poyo

Saturday, September 17, 2011

| HADIAH MERDEKA RAYA?

Sejak sehari-dua sebelum 16 September 2011 iaitu hari sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia, beberapa station TV dan akhbar telah memberi isyarat bahawa PM akan membuat pengumuman penting. Aku percaya, ramai juga yang tertanya-tanya amender yang bakal diumumkan tu...

Segalanya terjawab pada malamnya apabila pengumuman itu dibuat. Mungkin tidak ramai yang menyangka (termasuk aku sendiri) bahawa akta ISA akan di hapuskan... huh? lagi satu, akta buang negeri 1959... macam tak caya lak... Apa pun pada aku, inilah tindakan paling popular dari seorang PM... Tahniah! 

Selain itu, kalau tak silap aku ada dua lagi akta yang akan dikaji semula. Aku tak nak komen yang dua ni. Biar dia kaji dulu lah. Nanti salah coret, terkena akta 'baru' lak... kih kih kih.. 

Apakah ini sebagai hadiah untuk sambutan hari Merdeka, hari Malaysia dan Hari Raya yang disambut serentak pada hari ini? Rasanya, tak salah juga jika aku berpendapat bahawa ini lah 'ang pow' paling besar untuk seluruh rakyat Malaysia untuk Merdekaraya 2011...

Mmmm... mungkin juga 'hadiah' menjelang pilihanraya umum ke-13. Hanya Dia dan 'mereka-mereka' yang tahu...

© Senyum Poyo

Friday, September 16, 2011

| TAN SRI LEE LAM THYE

Semalam aku berkesempatan bertemu dengan aktivis NGO yang tak asing lagi di Malaysia ni. Dia adalah Tan Sri Lee Lam Thye... Lama jugak nak tetapkan temujanji dengan beliau. Maklumlah beliau terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan aktiviti.

Sebenarnya, aku cuma nak menemubual beliau untuk satu program yang sedang aku terbitkan (tak leh bagi tahu dulu)... Jadi aku cuba nasib untuk set appointment dengan beliau. Aku memang tahu, beliau memang kompom sibuk, tapi aku nak cuba dan terus mencuba...

Setelah beberapa email dan sms, akhirnya aku menerima satu 'friendly SMS' dari beliau.. lebih kurang bunyinya  ' kita jumpa hari Rabu 14 Sept di pejabat Yayasan Anti Jenayah Malaysia. Saya akan confirm time'...
apalagi, aku senyum lah. Tapi tak lah poyo sangat... kih kih...


Aku cukup bangga dengan beliau. Dalam usia yang mencecah 66 tahun, beliau masih aktif dan bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab sosial. Dan hampir semua kerja sosial yang dilakukan, tanpa dibayar gaji... huh? malah katanya, kekadang tu terpaksa lak guna duit poket sendiri...  so, kenapa dia buat semua ni?

Aku difahamkan bahawa apa yang dilakukan hanya kerana minat beliau yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di tanahair Malaysia ini... katanya, beliau sangat minat untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dan memahami masalah mereka. Apalagi golongan yang memerlukan perhatian... Jadi katanya, beliau akan meneruskan tanggungjawab itu selagi punya kudrat... fuh, respect betul aku..

Selain terlibat dalam beberapa badan kebajikan NGO, kini beliau menerajui Yayasan Anti Jenayah Malaysia. Sebuah yayasan yang bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras jenayah di seluruh Malaysia ni... huh! bukan mudah tu... apalagi kalau kerja tanpa bergaji pulak... fund yang ada pun adalah sumbangan dari pihak-pihak tertentu aje...
Persoalan yang bermain di kepala otak aku ni ialah, berapa ramai orang yang punya tanggungjawab seperti beliau? Mungkin ada, tapi bilangannya dah hampir pupus kot... Hmm, dunia hari ni memerlukan 'imbalan'...

Semoga usaha beliau dihargai oleh semua golongan... Dan usaha murni beliau ini akan menjadi contoh kepada orang lain termasuk aku... Kepada mereka yang pandai berpidato dan sewaktu dengannya tu, usah pandai bercakap kat kaca TV dan akhbar je, buatlah sesuatu.... Jangan nakkan publisiti je, tapi orang lain yang 'berkorban dan terkorban'.. Malu lah sikit!

© Senyum Poyo

MY Channel

Loading...